Monday, October 15, 2012

TALAM KASTARD JAGUNG



Assalamualaikum, agak lama jugak simpan resepi kuih talam ni...waktu salin resepinya dulu semangat bukan main berkobar2 macam dah nak buat sesangat. Akhirnya terperaplah seketika resepi ni bersama2 ratusan resepi2 yang lain dlm simpanan akak. 

Udah nak jadi rezeki tu akhirnya malam Sabtu baru2 ni berpeluang jugak akak mencubanya. Senang je buat kuih ni kan...(bagi yang dah terror2 la kannn!!) tapi susah buat diri I sebab jarang2 buat kuih talam ni walaupun I memang sukaaa memakannya. Disebabkan I tak mahir kan, lambat jugak lah proses menyiapkan kuih ni. Rasa2nya lebih 2 jam untuk satu adunan. Anyway...akak tak kisahhh sebab hasilnya memang marvellous. Cukup lemaknya, manis pun ngam2 je...makan sepotong memang tak mencukupi!

Semua mesti tahu kalau resepi kuih talam yang lazat2 sebegini sudah semestinyalah dari Yatie @ Sinar Kehidupanku. Kalau anda yang zero knowledge bab kuih2 talam ni boleh la belajar dari blognya. Banyak tips2 yang berguna dan jika ikut betul2 cara membuatnya Insya Allah mesti menjadi.

Disebabkan akak over excited nak buat kuih ni, akak dah skip arahan dimana untuk lapisan atas (hijau), selepas blend harus dimasak sebentar naik wap je...akak pulak lepas je blend terus je tuang atas lapisan jagungnya. Tu yang tak berapa nak smooth tu kan! Nasib baik tak rosak kuih tu...huishhh...

Bagi penggemar2 kuih talam sememangnya rugi kalau tak cuba sebab kalau nak cari di kedai memang takkan jumpa. Di bawah ni akak letakkan resepinya untuk dijadikan future reference. Thanks to Yatie...:))


SUMBER : SINAR KEHIDUPANKU @ YATIE MEMORIES


Lapisan Bawah
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn jagung krim manis
  • 3 1/2 cwn santan
  • sedikit perwarna kuning
  • sedikit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)



Bahan Utk Lapisan Atas
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tpng ubi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas
  1. Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

2 comments:

  1. Salam kenal, jalan2 cari kawan baru :)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan juga ya...thanks sudi singgah sini :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...