Wednesday, June 27, 2012

SAMBAL HITAM PAHANG


Assalamualaikum buat semua yang sudi hadir disini...Cuaca yang begitu panas terik tadi tiba2 dah bertukar menjadi hujan, dingin & nyaman betul rasanya, almaklumlah tinggal kat tepian bukit la katakan...Nyaman je suasana kat area baru ni. Memang berbaloi2 pindah rumah sakan tempohari, walaupun tersgt2 la penat macam nak pengsan waktu nak mengemas. Untung la ada ramai anak lelaki ni, dapat la dikerah2 tenaga depa mengangkat, menyusun, mengatur perabut dsb nya. Walaupun dah 3 minggu berlalu masih ada lagi saki baki barang2 yang belum sempat diusik..Hopefully by end of this month semuanya akan siap dikemas.  

Berbalik pada gambar kat atas tu, sambal hitam Pahang ni akak buat semalam. Stok belimbing buluh ni dapat waktu ziarah keluarga kakak aii di Tronoh Mines Jumaat lepas. Bila tengok pokok belimbing buluh kat belakang rumahnya tu terus teringatkan sambal hitam Pahang resepi mertua Madihaa@Ratna. Memang dah lama akak teringin nak cuba buat baru semalam tercapai. Rasa dia memang sedap & menyelerakan, cuma agak pedas, mungkin akak dah terlebih letak cili padi kot. Proses menyiapkan sambal ni tak lah serumit yang akak sangkakan. Cuma ambil masa agak lama jugak nak kecutkan belimbing buluh tu, 70 biji kesemuanya (ambil masa lebih kurang 1 1/2 jam)

Akak takde kacau pun selang 2 minit macam Ratna sebab malas...hehe...cuma sesekali je akak kacau2kan. Lepas 40 minit nampak dah kering belimbing tu baru la akak selalu mengacaunya sampai kecut kesemuanya. Jenuh jugak tang nak kecutkan dia. Malam semalam merasa la makan dengan nasi panas2, memang meletup. Harap2 betul la menjadi sambal hitam Pahang yang akak buat ni macam yang kat Pahang jugak ya Ratna. Tapi kan, dulu waktu akak  ke Pahang tak de pulak ternampak sambal ni kat mana2 kedai makan...

Ok lah, nak tahu apa bahan2 dia & cara membuatnya, semua ada di bawah ni, akak copy terus dari pemilik asal resepi ini. Terima kasih buat Ratna kerana sudi berkongsi resepi sambal yang sedap ni. Puas rasanya bila dah berjaya buat sesuatu yang dihajati kan!!! Akak dah merasa sambal hitam Pahang ni, memang best, anda bila lagi? Selamat mencuba...



SUMBER : DARI DAPUR MADIHAA 
RESEPI MERTUA MADIHAA
           
Bahan2
 
  • ½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
  • ½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
  • 6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
  • 5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak

Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok. Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  
PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

                               

12 comments:

  1. Salam K.Ina..kdg2 balik kg tgk buah belimbing tu kt pokok punya lah byk..tak tau nk buat apa.
    Sok2 klu blk kg lagi nk ambik belimbing..nk try masak camni la.Nampak sedapppppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sambal ni Atie, berbaloi membuatnya. nanti jgn lupa buat banyak2 tau...

      Delete
  2. sedapnya..................nak sket...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teacher...kalau nak kena dtg ambik kat Tapah lerr..sedappp, rugi kalau tak rasa!!!

      Delete
  3. terima kasih kak lina sudi cuba resepi mertu sy tu ye... sebenarnya sy sendiri pun tak pernah tgk sendiri rupa sambal yg sebenar.. tp kalau tengok sambal kawan yg jual online tu mmg nampak serupa.. & sambal ni kalau kita buat byk2 leh makan masa bersahur bulan puasa nnt kak... sedapnya.. sy pun dah kecur tgk sambal akak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu kira jadi ler sambal akak ni ya Ratna...Memang pun akak dah plan nak buat banyak utk sahur nanti. tak yah lauk lain pun takpe kan..Btw, TQVM ya sebab sudi share resepi yg best ni...

      Delete
  4. Assalamualaykumwbh Kak Azlina....

    Waaaaaaaa...belimbing buluh...kat Trg jrg dah jumpa ni, dulu selalu gak ada dimasak di mana2 dlm kuah nasi dagang.....hmmmm.....kat Al Khor ni, lagi la.......

    Sedap la kak.....buat ayu seliur lak, kikikikiii....ganti ngan apa ye kat sini niiiiii....???.hihiihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ayu...mmg sedap sgt2...tambah kalau mkn suap2 dgn laling, lagi laaaa! takyah le ganti dgn apa2, jom tukar dgn steak,aci tak Ayuuuu..sedapnyaaa steakkkk tuuuuu...

      Delete
  5. Assalammualaikum Ina, oh..pindah rumah rupanya, tu yg lama menyepi tu. Akak tak pandai langsong nak gunakan belimbing buluh utk memasak. Tengok kat sini, keluar air lior akak ni haa....mcm kena cari kat pasar tamu lps ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak zana, ha ah la..gara2 tu yg bertmbh bizi jadinya. kalau dah terliur tu apa tunggu lagi..cepat2 cari belimbing buluh tu tau..hehe

      Delete
  6. minta izin iklan,spicos sambal hita, di fb utk tempahan

    ReplyDelete
  7. Salam..kami ada menjual Sambal Belimbing Hitam Siblings Homemade...Jika berminat boleh hubungi kami atau melawat fb dan blog kami...

    Roslina - 013 9945803...

    Facebook :https://www.facebook.com/pages/Sambal-Belimbing_Siblings-Homemade/684402898275573

    Blog : http://siblingshomemade.blogspot.com/

    100 gram - RM6.00
    200 gram - RM11.00
    500 gram - RM27.00
    1 kg - RM50.00
    *Tidak termasuk postage.
    *COD - Sekitar Kuala Lipis dan Raub...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...