Tuesday, May 17, 2011

PUDING SAGU & KISAH MISTERI....

Assalamualaikum...Kembali disini dengan puding sagu yang sememangnya sedap sehingga menjilat sudu & piring. Actuallykan, dah lama akak mengidam nak makan puding sagu ni cuma baru berkesempatan nak membuatnya. Semenjak dua menjak ni ada 1 perkara yang bermain2 di fikiran akak, nak kata tension pun ada...Akak ni bukan jenis orang yang suka membebankan fikiran dengan masalah remeh temeh, tapi bila melibatkan sesuatu yang misteri sebegini...
Seorang lelaki (orang luar) singgah ke kedai runcit...beli sedikit barang2 runcit sambil sembang dengan hubby.."Camne ok ke bisnes di kawasan ni?" tanya lelaki tu.. Hubby jawap, "Dulu ok tapi semenjak org sebelah buka kedai, dah la jual benda yang sama, lepas tu lelong harga murah2, jual di bawah harga kawalan pulak tu, bisnes dah banyak kurang dari biasa. Sekali orang tu jawap balik begini "Takpelah, biar orang buat kita, jgn kita buat orang..banyakkan sembahyang hajat, sembahyang dhuha, selawat & banyakkan doa setiap hari, Insya Allah..apa2 pun pahala dah tentu dapat.. Saya tengok dari luar pun memang terasa macam kedai ni tutup je, bila masuk pun hati jadi lain macam. Memang ada yang tak kena ni. Takpe Encik, jgn putus asa... "

Macam tu lah ceritanya. Cerita kedai nampak tutup...Dan sebenarnya, banyak lagi cerita2 misteri yang lain. Malas la akak nak cerita kat sini...Yang mencadangkan kami jumpa bomoh2 ni, siap nak temankan sekali pun memang ramai.... Bagi diri akak & hubby, kami ada usaha & berdoa yang berterusan. Tak perlulah dicanangkan & dihebahkan, apa sahaja yg kami lakukan biarlah antara kami & Allah sahaja yang tahu. Ya...sememang perit bila menghadapi situasi sebegini, hanya yang menanggung saja yang tahu. Yang melihat tu memang ramai & boleh la cakap apa saja (selagi belum kena batang hidung sendiri!)..."Kenapa tak buat macam ni?...Kenapa tak buat macam tu...? Kenapa boleh jadi macam ni?....Kenapa boleh jadi macam tu?...Cakap2 sebegini sangat negative, & sangat tak bermakna. Cakap macam orang tak berotak & tak tahu agama...Bagi akak & hubby, kami yakin rezeki di tangan Allah & rela diuji. Kami ikhlas nak berniaga walaupun terpaksa berdepan dgn masalah2 sebegini. Nak balas2? Owh...tak perlu balas2..biar Allah je yang balas....Takkan senang hidup orang berniaga dengan cara kotor sebegini. Wallahualam.... 

Dan akak terharu bila dengar ayat ini dari mulut seorang bff baru2 ini..."Takpe Ina, kuatkan semangat. Bagus awal2 lagi Ina & suami dah diuji dalam perniagaan ni. Sesetengah orang tu pada awal bisnes nampak maju, berjaya, tapi di penghujungnya pulak menghadapi masalah besar. Semua nama2 besar yang dah berjaya dalam bisnes mengalami banyak masalah pada awal perniagaannya. So, Ina...u are one of them...tabahkan hati....kejayaan pasti menyusul" Sejukkan hati dengar orang cakap begini. Very positive, sangat membina...


Cukup la sudah dengan cerita misteri. Bagi akak ujian ni sangatlah kecil...akak pernah dilanda ujian yang besar macam tsunami pun ada...Sekarang akak perlu tumpukan pada tempahan2 katering yang sudah diterima. Seronok buat katering ni, sehari masak, seminggu boleh rehat...(Amboi!!!) Jom layan puding sagu ni, dah tentu sedap rasanya. Tuang susu cair tu lebih sikit, gula melaka tu pun kena lebih baru la best kan! Oklah, resepi nya akak copy dari Lina. Thanks yea Lina... 

RESEPI: PUDING SAGU 

By: linapg.blogspot.com KLIK SINI
 
Sagu:
  • 1cawan biji sagu (warna putih)
  • 1 liter air
  • 1 helai daun pandan simpul
  • Pewarna kegemaran
Cara-Cara:
  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
  3. Masak hingga sagu bertukar jernih.Tutup api dan biarkan seketika
  4. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji
  5. Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing.Kacau guna garfu
  6. Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan
Untuk Manisan
  • 1 ketul gula melaka/gula nipah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis
Untuk menghidang:

Keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga kuah gula melaka.
Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.

5 comments:

  1. assalam,sy prnh dgr citer camni..kedai buka tp org lalu lalang kata kedai ttp,cam ada something mengaburi mata depa suma tu..adat org bsnes camtu ada jatuh bgn,biarlah org buat kita,jgn bls balik,kalau tidak..kita juga sam dgn mereka..bersabarlah..Allah sedang menguji,mungkin ada ganjaran yg lebih besar sdg menanti..

    psstt..sedap tu puding sagu..alangkah bagus kalau dapat menikmatinya hehehe..tq ya

    ReplyDelete
  2. Salam azlina...

    tabahkan hati dengan dugaan yang dihadapi...tuhan lebih tahu ape yg terbaik utk hambanya....selalu berfikiran positif...Insyaalllah tuhan sentiasa ada bersama2 hambanya ....

    sedap pulak kak cek tgk puding sagu ni...teringin lak nak buat...:)

    ReplyDelete
  3. Lina_pg...Waalaikumussalam, mcm tu la..dah bnyk x sgt timbul hal ni mcm dah x larat dengo pon ada..thanks yea atas kata2 semangat ni, appreciate it! Puding sagu tu mmg ngancam kan, tengok la ambik dr sape pulak kan..hehe..thanks skali lg Lina...

    Cik Cek...Waalaikumussalam, Insya Allah, akan sentiasa be positive, x suka fikir negative2 ni..buat penin2 je kan! Aii suka hepi2 je..Kak cek, thank you atas kata2 motivasi tu, meh la sini kita belanja mkn puding sagu ni, sedap tau!!! :)

    ReplyDelete
  4. Assalam Lina..akk harap pekara ni dapat diatasi dengan cara yang terbaik. Akk pun pernah dengar cerita gini, mmg org lalu x nmpk kedai..atau pun terlepas kedai..

    Manusia ni kalo ramai yang dengki dan nak cepat kaya sanggup buat macam2..akk harap lina n hubby tabah menghadapi dugaan ini.

    memang sedap nampak puding sagu tu

    ReplyDelete
  5. Kak Rosaliza...Waalaikumussalam, Insya Allah akan tabah & x mengaku kalah...Terima kasih yea sudi beri kata2 semangat yg bermakna buat saya n hubby. Bior le apa org nak buat, apa org nk kata, yg penting sya xde dengki2 kat org & x lupakan Allah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...