Tuesday, July 20, 2010

BREAD AND BUTTER PUDDING


Assalamualaikum, Salam buat semua....Dari petang tadi sampai ke malam hujan tak henti2,best la hujan malam2 gini. Malam ni tengah dok layan anak2 buat homework, tiba2 terasa nak buat pudding..Ntah kenapa tiba2 teringat dah lama tak buat bread butter pudding ni, seingat akak last sekali masa zaman kerja dulu2...
Teringat dulu walaupun bekerja dari pagi sampai petang akak memang tak jemu2 mencuba pelbagai resepi yang asal jumpa je dan rasa nak try tu akak terus buat..dan anak2 la jadi mangsa sebab kena makan apa yang mama depa dah masak tu kan..nasib baik resepi selalunya menjadi, tapi ada jugak sesekali tak menjadi tu, biasa la kan! 


Yang teringat tu sebab dulu first time buat pudding ni anak2 semua tak suka, ada la makan tapi tak banyak. Resepi pulak akak jumpa kat blog omputih mana ntah dah lama dah, main salin je.. So, akak ingat nak buat lagi sekali tapi ubah suai sikit kot2 kali ni depa suka....dan resultnya masa makan tadi...YES anak2 suka! Ni ha resepi dia... 


BAHAN BAHANNYA
  • 50 g mentega
  • 10 keping roti putih
  • 100 g sultana/kismis
  • 8 biji kurma dicincang
  • 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1/4 sudu teh serbuk buah pala
  • 350 ml susu segar
  • 50 ml whipping cream
  • 2 telur saiz A
  • 30 g gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUATNYA
  1. Griskan dengan sedikit mentega pada bekas yang bersesuaian, akak guna saiz 20 x 10 cm.
  2. Sapukan mentega pada semua kepingan roti, potong2kan kepada bahagian kecil. 1 keping dapat 9 bahagian.
  3. Susun kepingan roti dalam bekas tadi, cukup2 je utk 1 lapisan.
  4. Taburkan sultana dan kurma cincang ke atas roti tadi.
  5. Taburkan sedikit serbuk buah pala dan kulit kayu manis di atasnya.
  6. Ulangi langkah diatas sehingga dapat 3 lapisan roti.
  7. Dalam satu periuk kecil, panaskan susu segar dan whipping cream, tak perlu mendidih.
  8. Masukkan gula dan kacau sebati.
  9. Dalam 1 bekas lagi, 2 biji telur dipukul bersama sedikit esen vanila.
  10. Masukkan adunan telur ke dalam adunan susu segar, api dah tutup time ni. Pukul lagi hingga sebati.
  11. Tuangkan perlahan2 adunan telur ke dalam bekas roti yang siap disusun tadi hingga tenggelam semuanya. Biarkan 20 minit.
  12. Panaskan oven 200 C dan bakarlah ia selama 40 minit atau hingga kuning keemasan.
  13. 10 minit yang terakhir, keluarkan bekas dan taburkan sultana, kurma cincang dan gula pasir di atasnya dan sambung bakar lagi 10 minit.
Dah siap pun, setengah jam je buatnya..sedap dimakan panas2. Boleh juga dimakan dengan aiskrim, ikut selera masing2.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...