Assalamualaikum....Pelik pulak rasa malam ni bersemangat nak update blog walaupun agak kepenatan. Keluar dari rumah seawal 10 pagi untuk ke Kampar ditemani pembantu. Belum sempat keluar Tapah, ditahan JPJ atas 2 kesalahan, Alhamdulillah,setelah memberi beberapa reason, & yang paling penting atas budi bicara staff JPJ berkenaan, tiada saman yang dikeluarkan. Memang sebab yang akak berikan tu sangat kuat, dah bukan salah akak jadi macam tu kan...kan..."Hanya Allah saja yang dapat balas kebaikan yang Encik dah lakukan..terima kasih" ucap akak padanya. Dalam hati suspens jugak sebenornya, tak pernah experience benda camni seumur hidup. Sampai pembantu akak cakap "Ibu, tak payah pergilah ke Kampar, jom balik saja..." ehhh dia pulak yg lebih2 suspens. Bagi akak, no way la nak patah balik..perjalanan diteruskan.
Ayam ni akak masak untuk anak2 yang merajuk sebab ditinggalkan tanpa pesan...hahaha..Bior betui kalau bagitau depa semua mesti nak ikut. Bagi can la mama & pembantu gi jalan2, shopping2 kejap. Resepi dia macam kat bawah laa......
BAHAN BAHAN
- 5 ketul ayam bahagian drumstick
- 1 sudu besar 5 herba campur
- 1 sudu besar cili kering kisar
- 3 biji bawang putih (ditumbuk halus)
- 1/2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar madu
- 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
CARA MEMBUATNYA
- Lumurkan peha ayam dengan sedikit garam & serbuk kunyit dan gorengkan sehingga betul2 masak, ketepikan
- Panaskan sedikit minyak dengan api perlahan tumiskan bawang putih sampai naik baunya
- Masukkan cili kisar & serbuk 5 herba campur, diikuti sos tiram & sos cili. Kacau2kan biar sebati
- Masukkan madu & serbuk pati ayam dan kacau lagi biar pekat sosnya
- Yang terakhir masukkan paha ayam dan kacaukan lagi sehingga mesra dengan kuah sosnya dan bolehlah ditutup apinya.







Seorang lelaki (orang luar) singgah ke kedai runcit...beli sedikit barang2 runcit sambil sembang dengan hubby.."Camne ok ke bisnes di kawasan ni?" tanya lelaki tu.. Hubby jawap, "Dulu ok tapi semenjak org sebelah buka kedai, dah la jual benda yang sama, lepas tu lelong harga murah2, jual di bawah harga kawalan pulak tu, bisnes dah banyak kurang dari biasa. Sekali orang tu jawap balik begini "Takpelah, biar orang buat kita, jgn kita buat orang..banyakkan sembahyang hajat, sembahyang dhuha, selawat & banyakkan doa setiap hari, Insya Allah..apa2 pun pahala dah tentu dapat.. Saya tengok dari luar pun memang terasa macam kedai ni tutup je, bila masuk pun hati jadi lain macam. Memang ada yang tak kena ni. Takpe Encik, jgn putus asa... "

















Assalamualaikum....Daging dendeng ni dimasak tengahari tadi selepas selesai semua tugasan di dapur. Ekoran dari ketidakpuasan hati akak dari hasil daging dendeng yang dimasak masa kenduri akad nikah kelmarin, akak cuba lagi memasaknya hari ini dengan resepi yang diubahsuai. Actually kan, bukannya tak sedap ke apa yang akak masak untuk kenduri tu...cuma kesedapannya macam tak maksimum aje...Akhirnya setelah mencuba lagi, kali ini baru lah betul2 puas hati rasanya, dapat lah sudah rasa daging dendeng idaman hati akak..So, next time kalau ada tempahan menu ni lagi tak perlu nak risau lagi tentang rasanya.
BAHAN BAHAN
CARA MEMBUATNYA
