Sunday, October 24, 2010

UDANG GORENG MENTEGA

Salam petang Ahad...waaa bestnye hari ni, dapat berehat panjaaang kat rumah, lega rasanya!!! Besok akak dah kena bersilat lagi kat dapur kan! Haha...seronok tau bersilat kat dapur ni...Alhamdulillah, customer pun dah agak bertambah, walau tak seramai mana tapi pada akak ok la tuuu...Kalau datang ramai sangat berduyun2 akak pulak yang terrrpengsan nanti, camne kan..kan... RTH pun baru usianya 6 bulan...kalau baby yg 6 bulan tu cuba perhatikan, mana ada yang boleh berjalan maupun berlari lagi kan!! Jadi, biarkan slow n steady ya! Akak pun rasa seronok sebab sekarang akak tak terperuk je kat dapur. Kejap2 akak akan berlari2, terkejar2 ke depan dan dapat nyembang2 dengan customer walaupun tak lama. Hari Jumaat lepas ada sorang customer lelaki tu bagitau kat akak begini la lebih kurang..."Akak, saya ni macam dah ketagih pulak hari2 nak pekena kari akak ni, amenda yang akak bubuh?" Akak cuma sempat jawap dengan memberikan senyuman yang sangat manis + kelat2 gitu...manis sebab memang dah natural kan, nak buat camne...(perasannya ko ni...)dan kelat sebab masa tu ramai customer non stop sampai berpeluh2 dahi depan customer, eeeiii tak suka kan peluh2 depan orang! Apa pun akak puashati bila customer puas makan masakan air tangan akak ni. Syukur, Alhamdulillah... Udang mentega tu salah satu hidangan yang dimasak untuk makan tengahari tadi. Sengaja masak banyak untuk anak2 meratahnya pulak...haha..perangai meratah ni dah mama yang ajar nak buat macamana kan!! Resepi yang amat mudah disediakan, jom makan udang... BAHAN-BAHANNYA 1/2 kg udang bersaiz agak besar 2 sudu besar mentega 2 tangkai daun kari 6 biji cili padi dihiris2 3 biji kuning telur Garam dan kunyit
  • Udang yang dah siap dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan kunyit dan digoreng dengan sedikit minyak
  • Masukkan pula cili padi dan daun kari kedalam gorengan udang tadi
  • Bila udang dah masak angkat kesemuanya
  • Didalam minyak yang sama masukkan mentega dan panaskan ia supaya cair
  • Bila dah betul2 panas, tutupkan api
  • Masukkan kuning telur yang dah dipukul ke dalam mentega cair tadi sedikit demi sedikit
  • Kacau2kan sehingga jadi garing lalu diangkat dan ditoskan
  • Taburkan kuning telur ni di atas udang goreng tadi dan boleh la dihidangkan

3 comments:

  1. Salam azlina,
    udang ni kan kalau tambah nestum sikit lagi sedap tau. akak tak pernah buat tapi selalu makan, memang sedap

    ReplyDelete
  2. Wsalam kak Aidah, betul3...mmg + nestum lg terangkat, lemak dan rangup kan!lepas ni nak buat yg versi nestum pulak!

    ReplyDelete
  3. dh lama teringin nk masak nih tp selalunya hajat x kesampaian... g kedai order jerk ler...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...