Friday, July 29, 2011

IKAN PATIN GARING TOMATO


Assalamualaikum....Ikan patin ni memang fresh sebab masih hidup lagi waktu dibeli. Buat 2 jenis lauk dengan 2 ekor ikan patin yang beso2. Selain dari digoreng, akak masak gulai asam tempoyak...aii like!!! Yang bestnya ikan patin ni kalau digoreng garing, bahagian kulitnya rangup gitu. Tapi awas adik2 semua, jauhkan diri sikit semasa menggoreng sebab ikan ni akan meletup2. Ada petua suruh perah air limau nipis sikit dalam minyak tu supaya tak meletup tapi akak tak kuasa membuatnya.

Resepi yang akak masak adalah seperti di bawah ni...

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan patin (dipotong ke beberapa bahagian)
  • 3 biji buah tomato (dibelah 4 setiap satunya)
  • 2 biji cili merah dipotong memanjang
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam & serbuk kunyit (utk lumur pd ikan)
CARA MEMBUATNYA
  1. Goreng ikan seperti biasa sehingga betul2 garing. Angkat & ketepikan dahulu
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bahan2 yg dihiris seperti bawang besar, bawang putih & halia sehingga agak layu
  3. Masukkan cili kering kisar dan kacau2kan diikuti dengan sos cili, sos tiram & sos ikan, kacau biar sebati
  4. Tambahkan sedikit gula dan masukkan buah tomato & cili merah, masak sehingga tomato agak hancur
  5. Terakhir masukkan ikan patin goreng dan gaulkan biar betul2 sebati dengan sos nya sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan...

Thursday, July 28, 2011

AYAM BIRYANI BERKISMIS MADU


Assalamualaikum....Insya Allah tinggal 3 hari je lagi umat Islam akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Sebelum tibanya bulan kemuliaan yang dinanti2kan, seperti biasa akak sudah pun mulakan aktiviti mengemas rumah secara besar2an, buang segala sawang jika masih ada, lap semua debu2 pada perabut sampai berkilat, mengemas laman rumah, pasu2 bunga, cabut semua rumput & lalang yg menyakitkan mata. Tak lupa aktiviti menyelongkar & mengemas segala kain baju di kabinet bilik masing2, begitu juga barangan di almari dapur. Yang mana dh expired tu cepat2 dibuang, begitu juga yang menunggu hari je utk diexpirekan..(wah cunnya bahasa...) Kemas segala pinggan mangkuk, periuk belanga biar teratur kesemuanya (macam la banyak sangat daaaa...)

Lagi satu, akak juga akan check & punggah semua baju2 seisi rumah termasuk pembantu jika ada butang yg tertanggal, perlulah dijahit semula, jika ada seluar terkoyak, zip2 yg perlu digantikan, dan apa2 juga yg perlu direpairkan & jika masih boleh diselamatkan...mcm tu lah kan kalau dah semua lelaki nih..udah le tu semuanya aktif bersukan, apa dikenang lah dengan seluar2 depa tuuu...nasib baik mama ni merangkap tukang jahit jugak hehehe...

Macam tu lah yang akak biasa buat every year sebelum tibanya Ramadhan & dah jadi amalan semenjak dulu2 lagi. So, bila keadaan sekeliling nampak kemas & teratur baru lega & tenang rasa dihati untuk melangkah ke Ramadhan & seterusnya....

Okay laa, di gambar tu adalah ayam biryani yang akak masak untuk sekeluarga tempohari.Famili akak ni kalau seekor ayam boleh juga dihabiskan sekali hadap je, tapi bergantung juga pada jenis masakan. Macam ayam biryani ni, seekor ayam dipotong kepada 4 bahagian...emmm dah tentulah sekali hadap je kan. Tapi kalau dimasak merah, or rendang yang dipotong ke bahagian kecil, tahu pulak nak makan seketul aje dah cukup, takde pulak habis seekor...
Tanpa membuang masa akak & semua, baik tengok je lah resepi di bawah ni bagi yang berminat untuk mencubanya....Emmmm, memang sedap jika dimakan bersama nasi biryani..



BAHAN BAHAN
  • Seekor ayam dipotong 4 bahagian
  • 2 sudu besar rempah biryani (campur sedikit air jadikan pes)
  • Rempah penumis 4 sekawan
  • 12 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • Seinci halia dikisar
  • 1 ulas bawang besar dihiris nipis
  • 2 sudu makan madu asli
  • 1/2 cawan jus kismis (kisarkan 3 sudu besar kismis emas dengan sedikit air & tapiskan)
  • 1 sudu makan yogurt
  • 2 biji tomato dibelah 4 setiap satu
  • 2 cili hijau dibelah tengah
  • 1 tangkai daun ketumbar dihiris halus
  •  1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
 CARA MEMBUATNYA

  1. Ayam dilumur dengan sedikit kunyit & garam lalu digoreng dengan minyak terendam sehingga 3/4 masak, diangkat & ditoskan
  2. Tumis denga sedikit minyak semua rempah 4 sekawan termasuk hirisan bawang besar sehingga agak layu, baru masukkan bahan2 kisar dan kacau2kan 
  3. Diikuti dengan pes rempah biryani dan biarkan seketika agak garing sambil dikacau2
  4. Masukkan jus kismis, biarkan ia sebati barulah dimasukkan pula madu asli, kacau selalu
  5. Apabila kuah agak memekat, masukkan yogurt, setelah dikacau2kan masukkan tomato & cili hijau, kacau lagi
  6. Terakhir barulah dimasukkan ayam dan biarkan ia merenih dalam kuah biryani perlahan2 buat seketika. Jangan lupa gula & garam mengikut citarasa masing2
  7. Kacau biar betul2 sebati & mesra dengan ayam sebelum ditutup api. Taburkan daun ketumbar, kismis & bawang goreng. Ssedia untuk dihidangkan.

Wednesday, July 27, 2011

AIS BANDUNG TAPAI UBI SELASIHKU SAYANG

Assalamualaikum...Cuaca yang sememangnya panas terik ni memang kalau boleh nak minuman ais yang menyejukkan tapi kadang kala akak sendiri buntu jugak nak minum apa la pulak kan..So, minuman ni adalah ilham dari pembantu akak. Katanya ini lah minuman kegemaran penduduk kampungnya di Medan, Indonesia. Katanya lagi kalau ais bandung pasti diletakkan tapai ubi didalamnya.. ok, akak pun cubalah sebab memang dah takde idea nak minum apa...

Yang selasih tu pulak akak saja2 tambah. Semenjak 2menjak ni hari2 kalau minum ais mesti nak campurkan sedikit selasih. Selasih ni mengingatkan akak pada seorang rakan sekerja di bank dulu...Emmmm, rindu sangat pada semua gurau sendanya....Selasihku sayang....

Ok laa, senang je nak buat ais ni..Boleh juga nak refer di bawah ni... :)

BAHAN BAHAN 
  • 2 sudu besar gula sirap 
  • 1/2 gelas air masak
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh biji selasih
  • beberapa ketul tapai ubi
  • Ketulan ais batu secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan gula sirap, air masak & susu pekat manis, kacau2kan sehingga sebati
  2. Biji selasih direndam dengan 1/2 cawan air panas sehingga kembang & tapiskan
  3. Masukkan biji selasih, tapai ubi & air batu ke dalam air gula sirap tadi & boleh la terus diminum

Tuesday, July 26, 2011

ROTI LAPIS BAKAR DAGING BERKEJU

Assalamualaikum...Baru berkesempatan nak mengupdate blog..begitulah nampaknya bila segala2 yang berada disekeliling memerlukan perhatian yang lebih. Okay, ni adalah menu untuk makan lepas Maghrib tadi. Selain dari roti lapis bakar ni ada juga nasi goreng ayam buat yang rasa kepingin nak makan nasi tuu, emmmm perut Melayu gitu laaa kan tapi bagi akak cukuplah makan roti lapis ni..(not to say yang akak bukan Melayu ok!) Cuma bila umur dah meningkat ni soal pemakanan haruslah dijaga. Cukuplah makan nasi sekali sehari je...

Bagi sesiapa yang teringin nak cuba resepi yang simple & cukup mengenyangkan ni boleh la lihat resepi di bawah

BAHAN BAHAN
  • 8 keping roti putih (dipotong bahagian tepinya)
  • 1 mangkuk kecil daging dicincang/dipotong halus
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 6 biji tomato ceri dibelah 4 setiap satu
  • 3 kepingan keju dipotong kecil2
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan sedikit minyak & goreng daging sehingga agak garing, angkat & ketepikan
  2. Dengan lebihan minyak tadi tumiskan bawang putih &  bawang besar sehingga layu, masukkan serbuk lada hitam, kacau2kan & diikuti dengan daging goreng tadi, kacau sebati
  3. Masukkan tomato ceri, garam dan kacau2kan. Boleh la ditutup apinya
  4. Pecahkan telur dan kocak2kan & masukkan pula  susu cair & kacau sehingga sebati, ketepikan dulu
  5. Didalam bekas casserole, griskan sedikit mentega dipermukaannya
  6. Susun 2 keping roti (bekas yg akak gunakan kecil saja & cukup2 muat utk 2 kepingan saja, jika bekas besar boleh tambah rotinya sehingga menutupi kesemua bahagian)
  7. Tuangkan adunan telur & susu sehingga roti terendam sepenuhnya. Lapiskan dengan inti daging tadi dengan rata dikeseluruhan roti tadi. Taburkan potongan keju dibahagian atas inti pula
  8. Lapiskan dengan 2 keping roti lagi, tekan2 sedikit roti dan ulangi no 7 sehingga siap kesemua lapisan roti & lapisan inti daging diakhiri dgn lapisan roti...akak buat 4 lapisan roti & 3 lapisan inti
  9. Bakar dalam oven suhu 180C selama 20-30 minit atau sehingga permukaannya garing
  10. Keluarkan dari oven, tunggu sebentar dan bolehlah dipotong kepada beberapa bahagian. Picitkan sos cili & mayonis diatasnya jika suka..

Sunday, July 24, 2011

PUDING JELLY OREN


Assalamualaikum....Nampaknya dah ramai yang mencuba puding jelly oren ni, akak pun tak nak ketinggalan, tambahan pula seisi rumah sememangnya menyukai puding. So, sewaktu menyiapkan bahan2 untuk nasi baryani  yang ditempah akak pun curi2 masa untuk membuat puding ni. Tu lah hasilnya...hehe..ada lapisan tu kejadiannya senget la pulak..Takpe lah kan nak makan sendiri. Yang penting tu rasanya yang sedap & sangat menyegarkan dengan jus orennya yang manissss sekali...

Resepi ni nampak di dapur Kak Nor & asalnya pula dari dapur Juwita Fariz. Izinkan akak berkongsi  resepinya disini yea...Thank you  :)




RESEPI ASAL : JUWITAFARIZ
SUMBER : KAK NOR SECUBIT GARAM

Lapisan Jernih

4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning (akak tukar kpd 1 sudu mkn oren sunquick)

cara-cara

  • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
  • Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
  • ketepikan

lapisan puding

4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning


Cara-cara
  • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
  • Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
  • Masak sebentar dan ketepikan
cara-cara untuk melapis.


  •  sediakan bekas yang sesuai.
  • masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
  • Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
  • Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

    Thursday, July 21, 2011

    HEART SHAPE PIDE


     Assalamualaikum...Dah lama sangat tak meroti, nampaknya petang tadi baru ada kerajinan. Itu pun kalau tidak kerana hati yang bagai meronta2 bila melihat roti berbentuk love ataupun heart ni di dapur Kak Nor Secubit Garam tempohari. Alhamdulillah, sedap, lembut & gebu sangat. Yang paling seronok bila tengok anak2 menikmatinya, makan berulang kali sampai ke malam. Mana tidaknya, saja akak buat 1 1/2 adunan bior banyak kot2 ada yg boleh bawak ke sekolah keesokan harinya. 

    Sesiapa yang teringin nak makan roti berbentuk love ni bolehlah mencubanya. Bukannya susah cuma perlukan kerajinan. Cara2 membentuk love boleh dirujuk di SINI & boleh tengok jugak gambar yang akak buat tadi di bawah. Resepi roti & intinya boleh semak dibawah ni...Terima kasih daun keladi yea Kak Nor.... :)


    BASIC DOUGH 
    resipi : K.Nor@SecubitGaram

    380gm tepung high protein (tpg roti)
    3 sudu besar susu tepung
    80gm gula castor
    3 sudu kecil yis segera
    1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
    100ml air
    100gm water roux*
    1/2 sudu kecil garam
    30gm butter
    30gm shortening

    Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
    Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
    Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
    Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
    Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
    Biarkan sehingga proses menguli selesai.
    Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
    Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

    #kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

    WATER ROUX : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
    30gm tepung gandum
    150ml air

    Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
    Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
    Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
    Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
    Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.



    INTI PIDE(Dari Turkish Pide)

    Bahan Inti pide:

    250 g daging cincang
    250 g cheese mozarella, dipotong nipis
    150 g cheese cheddar, dipotong dadu
    2 biji tomato, dipotong dadu
    1 biji bawang dpong dadu
    1/2 sudu teh serbuk lada hitam
    1/2 sudu teh serbuk cayenne
    1/2 sudu teh serbuk hot cajun
    1 sudu besar minyak zaitun
    3 biji telur
    daun sup secukupnya, dipotong halus
    garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka

    Cara:

    Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
    Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
    Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan. 



    CARA MEMBENTUK ROTI BERBENTUK HEART 




    Gunakan penimbang, ambil doh sebanyak 80g ulikan ia memanjang seperti bentuk di sebelah








    Ambil pisau dan belahkan dibahagian tengahnya dan tinggalkan sedikit tanpa belahan. Pastikan seimbang, sama besar dikedua2 bahagian







    Ambil penghujung doh yang dipotong dan bentukkan ia ke bahagian tengah seperti yang ditunjukkan







    Lakukan perkara yang sama di bahagian doh yang sebelah lagi sehingga membentuk heart shape







    Sudukan inti ke bahagian tengahnya sebanyak yang dikehendaki





    Wednesday, July 20, 2011

    SERI KAYA PANCAKE CIK MAT GEBU


    Assalamualaikum... Pancake dibuat untuk makan petang tadi. Actually dah pernah buat beberapa kali sebelum ni. Tapi tak sempat dipostkan entry nya disini. Okay lah...resepi pancake yang sememangnya sedap & disukai oleh hero2 yg berlima di rumah ni  adalah dari blog Dapur Tanpa Sempadan, siapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu. Terima kasih akak ucapkan yea! 

    Selalu jugak bila masuk blog beliau , akak akan ajak hero2 akak sekali melihatkan hasil masakannya. Tujuan untuk membangkitkan semangat dihati anak2 lelaki akak rajin ke dapur. Maklumlah, anak2 semua lelaki, kalau tak dilatih dari sekarang susah jugak nak cakap macamana lah nanti kan! Alhamdulillah setakat ini semua yg dah besar2 tu (15, 13 & 12 tahun) semuanya suka masak memasak ni. Bagi akak penting untuk anak lelaki tahu memasak sebab sekurang2nya bila berjauhan dari keluarga atau bila isteri dalam pantang bolehlah diharapkan ke dapur..Takdelah hari2 kena beli lauk di kedai je...

    Okaylah, resepinya akak copy dari blog Cik Mat Gebu untuk future reference. Thanks again...

     
    BAHAN-BAHANNYA :-)
     
    3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
    1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
    2 camca besar seri kaya (mat guna jenama "Yeo's") akak guna jenis Agromas
    1 biji telur, dipukul sedikit
    1/2 cawan susu segar
    3 camva besar air
    30 gram mentega dicairkan#
    1 camca besar mayonnaise
    1/2 camca teh esen vanilla
    Secubit garam
    Madu, Strawberry, Seri kaya untuk dimakan bersama pancake#

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Dalan bekas, satukan semua bahan diatas kecuali bahan bertanda (#), kacau rata hingga sebati dan masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
    2. Panaskan non-stick pan bersaiz 4 inci dengan sedikit minyak. Tuang 1/3 cawan adunan dan masak dengan api kecil. Tutup dengan tudung periuk, biar hingga permukaan pancake berbuih dan kelihatan kering. Terbalikkan. Masak hingga perang, alih dalam pinggan, buat hingga habis, yang penting guna api kecil.
    3. Hidangkan pancake yang telah siap bersama madu, strawberry atau seri kaya, jika suka... Selamat mencuba

      Tuesday, July 19, 2011

      NASI BARYANI JASMINE PUSA 1121


      Assalamualaikum buat semua yang datang berkunjung ke sini...Rasa bengang, tension dan mcm2 rasa dah ni. Apa hal laa dah sampai ke malam bekalan air di kawasan taman ni terputus. Dari petang tadi sebenarnya. Yang geram tu tak de notis yang diberikan. Jiran kiri & kanan semua tertanya2 sesama sendiri, "apa ke halnya Yeop"??? Rasa menyesal pulak bayar bil air in advance...Kalau sampai tengah malam ni takde jugak air mau ada yang bertukar jadi monster ni, idak pun jadi hamster...kih3...

      Nasi baryani ayam madu ni akak masak untuk tempahan. Resepi yang biasa2 saja, tapi rakyat belah Tapah ni nampaknya ramai yang berkenan nasi Baryani. Ada yang tertanya2, beras apakah gerangannya ni? Kenapa beras ni panjang semacam jek? Dan lain2 soalan yg sewaktu dgnnya...Ini kes tak pernah merasa makan nasi baryani seumur idup kot, tu yang rasa pelik & curiga tu. Hmmmm....bagi yang dah biasa masak nasi baryani tentu tahu kan, beras yang digunakan adalah beras basmathi. Normally akak gunakan basmathi jenis yg biasa tapi semenjak 2 menjak ni beras basmathi Jasmine Pusa 1121 ni jadi pilihan. Banyak kelebihannya, nak tahu kena la cuba yea...

      Di bawah ni ada resepi untuk nasi baryani tersebut...


      BAHAN BAHAN
      • 1 kg beras basmathi (direndam selama 20 minit)
      • 1 labu bawang besar dihiris2
      • Rempah 4 sekawan ( 1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)
      • 2 sudu besar rempah baryani
      • 2 sudu makan minyak sapi
      • 2 sudu makan minyak biasa
      • 2 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan
      • 2 buah tomato (setiap satu dibelah 4)
      • 3 biji cili hijau (dibelah tengah)
      • 4 1/2 cawan air
      • 1 1/2 cawan susu cair
      • 2 sudu besar yogurt
      • 1 sudu teh gula
      • 3/4 sudu teh  garam (atau secukup rasa yg disukai)
      • 6 ulas bawang merah *
      • 4 ulas bawang putih*
      • 1 inci halia *
      • 5 biji gajus *
      • 1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus bersama2 batangnya)
      • Air mawar
       Satukan bahan bertanda * dan kisarkan bersama2 sehingga sebati

      CARA MEMBUATNYA
      1. Beras yang direndam dibuang airnya & dibasuh semula dan toskan
      2. Masukkan minyak sapi & minyak masak ke dalam periuk dan tunggu hingga panas lalu tumiskan rempah 4 sekawan, hirisan bawang besar & daun pandan 
      3. Masukkan bahan kisar diikuti dengan rempah baryani, masukkan secawan air dan biarkan sehingga rempah agak garing & naik aromanya sambil dikacau2kan
      4. Masukkan pula tomato & cili hijau, diikuti dengan susu cair, yogurt & air, kacau2kan & masukkan juga  gula & garam secukupnya 
      5. Apabila sudah mendidih, masukkan beras basmathi dan biarkan nasi masak dengan api perlahan
      6. Apabila nasi sudah kering airnya, perlahankan api & kaupbalikkan nasi perlahan2 dan renjiskan air mawar dan letakkan hirisan daun & batang ketumbar dipermukaan atas nasi
      7. Tutup periuk nasi dan wapkan selama 20 minit lagi sebelum dipadamkan apinya.

      Monday, July 18, 2011

      PUDING TELUR BEROTI




       

      Assalamualaikum...Tercari2 resepi yang menggunakan lebihan roti, teringat pula pada resepi kak Rosaliza ni. Ramai juga yang dah mencuba puding roti ni nampaknya. Memang sedap puding ni, lain la sikit dari puding telur yang biasa dibuat tu. Puding sebegini memang digemari oleh seluruh rakyat. So, kepada sesiapa yang tak de idea nak buat apa dengan lebihan roti boleh cuba resepi ni yang sememangnya enak.

      Resepinya akak copy dari dapur Rosaliza. Terima kasih yea kak Rosa kerana sudi berkongsi2 resepi yang lazat ni.

        

      RESEPI DARI : EMBUN KASEH ROSALIZA

      Bahan2nya
      •  3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
      •   4 keping roti gardenia
      •   3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
      •   2 cawan air suam
      •   1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
      •   esen vanilla (1 sudu teh)

      Cara- cara

      1. Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus kemudian ketepikan. 
      2. Panaskan pengukus 
      3. Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu. 
      4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. 
      5. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak..(akak kukus 15 minit je sbb guna acuan kecil2)



      Friday, July 15, 2011

      BAKED SANDWICH


      Assalamualaikum....Lepas Maghrib tadi menjamu selera dengan baked sandwich ni. Nampak di dapur Nieza petang tadi semasa bw. Nampak sangat yummy so akak pun cepat2 la kumpul segala bahan2 yg diperlukan. Dah siap semua bahan2, akak pun telan 2 biji pil selsema yg menyebabkan akak terlena selama 1/2 jam. Akhirnya, patut siap petang tapi lepas Maghrib baru dapat dijamah..

      Memang sedap dan rangup rotinya yang baru dikeluarkan dari oven. Lain kali boleh buat lagi dengan inti yg berbeza pulak..Resepi ni akak copy dari Nieza. Resepi asalnya dari dapur Madihaa. Kak Nor Secubit Garam pun dah buat...Apa2 pun thanks kerana berkongsi2 resepi yg simple tapi sedap dan yg paling penting anak2 semua suka...Thanks again yea!!



      Resepi asal : Dari Dapur Madihaa
      Sumber : Nieza Our Journey Begins 
                    Kak Nor Secubit Garam

       
      Bahan Kulit/Casing 
      Roti gardenia secukupnya

       
      Bahan-bahan Inti 
      1 biji bawang besar, dicincang
      2 biji bawang putih, dicincang

      1 cili merah dihiris halus (akak tambah)
      1/2 camca serbuk lada hitam
      1 sudu besar sos tiram
      200gm - 300gm isi ayam, dicincang
      5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
      1 biji telur
      Garam & gula secukup rasa
      Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese)



      1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit. boleh rujuk step by step disini
      2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
      3. Masukkan ayam dan cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
      4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
      5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
      6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
      7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan

      Thursday, July 14, 2011

      YOGURT STEAMED CUPCAKE AKA APAM YOGURT

       

      Assalamualaikum...Tercapai jugak hajat nak makan apam yogurt ni. Keinginan tu dah lama dipendam semenjak terlihat di dapur Kak Nor Secubit Garam. Disebabkan hari ni banyak berehat dirumah sempatlah akak mencuba resepi yang dah lama disalin tu.

      Memang cantik kejadian apam ni. Rasa pun sedap, gebu sangat..... Feedback dari seluruh rakyat pun sangat baik. Mana tidaknya, sekali hadap je dah habis..Dapat lebih kurang 12 cup muffin.

      For future reference, resepi akak letak dibawah ni yg akak copy dari dapur Kak Nor. Resepi asal dari Rima @ Bisousatoi.com. Terima kasih diucapkan buat kedua2nya..


      RESEPI ASAL   : RIMA
      SUMBER DARI : KAK NOR SECUBIT GARAM


      2 cups sugar
      1 tsp ovallete
      2 cups flour
      1 cup fresh yoghurt (thick)
      2 eggs
      1/2 tsp double acting baking powder
      1tsp cocoa powder
      1tsp chocolate paste
       
      Method

      Beat all of them together until the batter becomes pale, thick, and the whisk leaves a vivid trail when stirring through the batter.
      Spare some batter for the chocolate topping (about 5 Tbsp), mix it with cocoa powder and chocolate paste.
      Drop the white batter into cups, then drop a teaspoon of chocolate batter on top of every cup. Steam for about 15 - 20mins.

      Wednesday, July 13, 2011

      KARI IKAN BAWAL


      Assalamualaikum...Ikan bawal selain dari masak masam manis, sedap juga dimasak kari. Dapat pulak ikan bawal yang besar2, lagi best. Kuah kari ikan ni kalau disimpan semalaman lagi best, boleh cicah dengan chapati pulak..

      Tengahari tadi, 3 member lama dari CIMB datang secara mengejut. Tak sempat akak nak masak something yg special utk depa semua. Udah le pagi tadi lambat start masak, actually rasa malas nak buka sebab sakit tekak tapi last minute ubah fikiran. Semua datang siap pakai baju uniform lagi, jgn main2 tau, sekarang kerja bank pun dah ada uniform..Nasib baik la akak dah resign, if not akak pun kena pakai uniform mcm tu jugak. Apa2 pun terubat juga rindu. Lain kali datang tu bagitau dulu, jgn main terjah je, boleh la akak masak yg special2...

      Resepi kari ikan bawal akak letak macam biasa....macam tak biasa!!! :))

      BAHAN BAHAN
      • 5 ekor ikan bawal (disiang & dibersihkan terlebih dahulu)
      • 2 sudu besar serbuk kari ikan
      • 1 sudu besar serbuk kari daging
      • 1 sudu kecil serbuk cili
      • 1 sudu besar pes asam jawa Adabi (bancuh dgn 1 cwn air)
      • 1 cawan santan pekat
      • 3 biji tomato dibelah 2 setiap satu
      • 2 biji cili hijau dibelah tengah
      • 2 biji cili merah dibelah tengah
      • 3 ulas bawang merah dihiris
      • 3 ulas bawang putih dihiris
      • Sedikit halia dihiris
      • 1 sudu teh halba campur
      • Secubit serbuk lada hitam
      • 3 tangkai daun kari
      • Terung bulat dibelah 4 setiap satu
      • Kacang bendi secukupnya
      • Garam secukup rasa
      BAHAN YG PERLU DIKISAR BERSAMA
      • 8 ulas bawang merah
      • 1 ulas bawang besar
      • 6 ulas bawang putih
      • 1 inci halia

        CARA MEMBUATNYA
        1. Di dalam periuk yang sesuai, panaskan 5 sudu besar minyak masak & tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih & halia, halba campur & daun kari sehingga kekuningan
        2. Masukkan bahan kisar dan kacau2kan sebentar lalu dimasukkan pula serbuk kari ikan, kari daging, serbuk cili kisar & serbuk lada hitam dan guna api perlahan masak sehingga rempah2 naik aromanya & agak garing, kacau2kan
        3. Masukkan pula pekatan air asam jawa dan kacau sebati diikuti dengan santan pekat, biarkan kuah mendidih perlahan2 sambil dikacau
        4. Masukkan terung bulat, tunggu ia agak lembut dulu
        5. Masukkan pula ikan bawal ke dalam kuah kari, masukkan juga tomato, cili merah & cili hijau, biarkan kuah mendidih perlahan2 sambil dikacau2kan sedikit
        6. Terakhir masukkan pula garam secukup rasa & sedikit gula bagi penambah rasa
        7. Sebelum ditutup api, masukkan dahulu kacang bendi dan masak sebentar sahaja
        8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

        Tuesday, July 12, 2011

        RED VELVET CUPCAKES & BIRTHDAY CAKE FOR MY DEAREST SISTER



        Assalamualaikum...Salam penuh keceriaan. Bukan senang nak berblog awal2 pagi ni, akak pun macam tak percaya pulak rasanya tapi disebabkan dah on internet untuk check email dr seseorang so akak pun terlajak mengupdate blog ni.

         Semalam dah terlanjur nak buatkan untuk sis akak red velvet cake, akak pun lebihkan adunan dan dapatlah 12 cupcakes, cukuplah untuk rakyat dirumah ni menikmatinya. Cupcakes dengan frosting yang sangat yummy, cream cheese orange....


        Akak makan 1/2 cupcake je. Beruntung akak ada pembantu yang tak reti jemu makan kek. "Kek ibu semua enak sekali...."katanya. Emmmm, kalau kata tak enak nanti tak dapat pulak makan kek ibu ehhh? Macam2 lah kan..apa2 pun dialah pembantu yang amat akak sayangi, dah lebih 8 tahun dia setia bersama akak, disaat jatuh bangunnya kehidupan akak...Woishhh, dah melalut kemana ceritanya ni kan...

        Okay lah, jom tengok resepi di bawah ni..Akak guna resepi red velvet cake yang berbeza dari yang pernah akak buat sebelum ni, tapi rasanya tetap lazat...salin resepi ni dah lama, tak tahu dah dari mana asalnya sebab masa tu main salin je, yang pasti dari blog omputih...resepi kat bawah ni akak translatekan ke BM ikut pemahaman akak. 

        BAHAN BAHANNYA
        • 2 cawan tepung kek
        • 2 sudu besar serbuk koko
        • 1/2 sudu teh garam
        • 3/4 cawan buttermilk ( 3/4 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka makan)
        • 2 sudu besar pewarna merah
        • 120 g mentega
        • 1 cawan + 2 sudu besar gula halus
        • 2 biji telur gred A
        • 1 sudu teh esen vanila
        CARA MEMBUATNYA
        1. Mula2, campurkan tepung kek, garam & serbuk koko, ayakkan bersama2
        2. Dalam bekas pengadun, guna mixer pukul gula & mentega sampai kembang
        3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan adunkan lagi sehingga sebati
        4. Tambahkan esen vanila, adunkan lagi dengan kelajuan sederhana
        5. Buttermilk dicampurkan dengan pewarna merah & kacau2kan terlebih dahulu
        6. Masukkan tepung ke dalam adunan tadi di selang seli dengan buttermilk, diakhiri dengan tepung, kacau sehingga betul2 rata
        7. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai, griskan dengan mentega & lapik dengan kertas baking dulu sebelum tuang adunan
        8. Panaskan oven 180C dan bakar selama 40 minit atau sehingga betul2 masak

        UNTUK CREAM CHEESE FROSTING - CUPCAKES

        BAHAN BAHAN
        • 80 g cream cheese
        • 60 g mentega
        • 1 cawan gula aising (diayak ) boleh kurangkan
        • 1 sudu teh orange oil
        CARA MEMBUATNYA
        1. Satukan cream cheese, mentega dan gula aising, pukul sehingga betul2 kembang
        2. Masukkan orange oil & pukul lagi sehingga sebati 


          Actually kan, niat nak buat red velvet cake untuk my dearest sister sejak bulan lepas lagi. Dah sebulan birthdaynya baru akak berkesempatan membakingkan untuknya.. So, sebaik je siap terus hantar ke pintu rumah sis akak. Cewahhh, door to door service lagi..only for my sis okay!! Kami pun pergi macam rombongan Cik Kiah & sempat makan2 lagi. Ada, meehoon goreng Singapura, pizza & keropok Terengganu.

          Kek berbentuk love akak bahagikan ke 3 bahagian maka dapatlah 2 bahagian disapu dengan cream cheese ni.. Resepi cream cheese frostingnya macam di bawah ni

          BAHAN BAHAN
          • 120 g cream cheese
          • 1/2 cawan gula aising (boleh dikurangkan)
          • 150 ml whipping cream
          • 1 sudu teh esen vanila
          CARA MEMBUATNYA
          1. Masukkan whipping cream dalam bekas pengadun yang disejukkan dalam fridge terlebih dahulu, pukul dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit sehingga betul2 kembang
          2. Satukan cream cheese, mentega dan gula aising dalam bekas berasingan, pukul sehingga betul2 kembang juga & masukkan whipping cream tadi dan pukul lagi
          3. Yang terakhir masukkan esen vanila & sambung pukul lagi sebentar saja 


            Inilah rupa kek untuk sis akak Cikgu Rohaya...Okay lah, hari ni akak ada tempahan masakan untuk Tuan Magistrate Tapah. Menu pilihannya adalah nasi minyak, ayam kicap bercili, kari daging kentang, masak lemak nangka & ikan kering, sambal belacan & ulam2an serta pencuci mulutnya bubur pulut hitam...

            Nampaknya akak akan memasak dari pagi sampailah ke petang...lalalalaaa.....Memasak akan jadi sangat menyeronokkan sekiranya betul2 ada minat, betul tak ? Sehingga berjumpa lagi.... :)

            Sunday, July 10, 2011

            UDANG GALAH MERAH SERAI BEREMPAH


            Assalamualaikum...Tentu semua sedang sibuk menyiapkan hidangan makan tengahari kan! Atau pun mungkin ada yang tengah menjamu selera bersama keluarga tercinta..Bagi akak pula, makan tengahari adalah sekitar jam 2-30 ke 3.30 ptg, lambat kan! Tapi macam tu lah kebiasaannya.



            Udang galah sungai ni memang manis rasa isinya. Anak2 suka masakan kering macam ni, walaupun bagi akak lebih suka jika dimasak lemak cili api...Anak2 ni memang suka dapat meratah udang galah, bila time nasi dah habis dipinggan masing2 tibalah sessi ratah meratah pulak...emmmm bab ratah2 ni faham2 aje lah sape yang ngajonye kan..hik2...tambah kat bahagian kepala udang galah ni...Alahai sedapnye

             
            Oklah, style akak masak adalah macam resepi di bawah ni....
            BAHAN BAHAN
            • 1 kg udang galah sungai
            • 1 sudu besar serbuk kari ikan
            • 1 sudu besar cili kering kisar
            • 2 sudu besar sos cili
            • 1 sudu besar sos tomato
            • 1 sudu besar sos tiram
            • 2 sudu besar gula (boleh kurangkan tu..)
            • Garam secukup rasa
            • Sedikit serbuk kunyit
            • Kacang pea dalam tin secukupnya
            BAHAN UNTUK DIKISAR BERSAMA2
            • 8 ulas bawang merah
            • 1 labu bawang besar
            • 5 ulas bawang putih
            • 1 inci halia
            • 1 batang serai
            CARA MEMBUATNYA
            1. Udang galah dibersihkan & ditoskan, lumur dengan sedikit kunyit dan garam lalu digoreng sehingga masak. Angkat & toskan
            2. Tumiskan semua bahan kisar dengan sedikit minyak masak, masukkan serbuk kari ikan & serbuk cili, kacau2kan sehingga naik aromanya & rempah agak garing
            3. Masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato, kacau sebentar, masukkan pula gula & garam secukupnya
            4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan udang galah tadi dan kacau biar sebati & mesra dengan kuahnya
            5. Terakhir baru masukkan kacang peas dlm tin dan kacau2 sebentar & bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan..

            Saturday, July 9, 2011

            KEK PISANG LEMBAP BERCIP COKLAT


            Assalamualaikum...Kek pisang ni akak buat 2 hari yang lepas. Pada mulanya tu nak buat kek pisang biasa je tapi bila ternampak cip coklat yang masih berbaki tu terasa nak masukkan pula ke dalam kek ni. Anak2 kalau tengok ada bercoklat2 tu suka lah hati depa nak makan. Apa2 pun kek ni semuanya dah selamat di makan yang tinggal cuma gambarnye aje.

            Nak lama2 di sini pun tak dapat sebab ada banyak kerja yang perlu akak settlekan. Oklah, kot2 ada yang teringin nak cuba bolehlah tengok resepi di bawah ni yea....


            BAHAN BAHAN
            • 800 g pisang yg masak ranum (dilenyekkan terlebih dahulu)
            • 1 1/2 cawan gula halus
            • 2 biji telur
            • 150 ml mentega dicairkan
            • 1/2 cawan susu cair
            • 3 cawan tepung kek ( boleh guna tepung gandum biasa + 2 sudu teh baking powder)
            • 2 sudu teh esen vanila
            • 1 cawan cip coklat 


              CARA MEMBUATNYA
              1. Satukan telur dan gula, pukul sebentar hingga gula larut
              2. Masukkan mentega cair dan pukul sebati, diikuti dengan susu cair & vanila, pukul sebentar
              3. Masukkan pisang yang dilenyekkan, kacau2kan diikuti dengan tepung kek yang sudah diayak terlebih dahulu dan gaulkan sehingga sebati
              4. Terakhir, masukkan cip coklat dan gaulkan sehingga rata dalam adunan
              5. Griskan loyang & alas dengan baking paper, masukkan adunan ke dalam loyang & taburkan lagi cip coklat di bahagian atasnya pula
              6. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak.

              Wednesday, July 6, 2011

              RENDANG IKAN MAMONG

              Assalamualaikum....Ada tak sesape yang dah cemuih makan rendang ayam, rendang daging ? Meh sini, meh sini...akak ada masak rendang ikan mamong. Kalau nak tahu akak lah peminat no 1 rendang ikan ni. 2 ekor pun senang2 habis kena ratah...hehehe pecah rahsia :)
              Yang buat akak lagi suka memasaknya sebab mudah & cepat. Tak sampai 20 minit dah siap 1 menu...Ikan mamong yang digunakan semestinyalah yang fresh & bersaiz L or XL. Kalau ikan yang kecil2, kurus2 mcm tak cukup vitamin tu rasanya tak berapa sesuai sebab nanti hancur pulak. Akak letak je resepi dia di bawah ni yea.....

              BAHAN BAHAN
              • 8 ekor ikan mamong saiz besar
              • 6 ulas bawang merah *
              • 4 ulas bawang putih *
              • 1 inci halia *
              • Sehiris kecil lengkuas *
              • 1 batang serai *
              • 5 biji cili padi *
              • 2 biji buah keras *
              • Sedikit kunyit hidup * jika takde boleh ganti sedikit serbuk kunyit
              • 2 sudu besar cili kering kisar
              • 1 cawan santan pekat
              • 1 sudu besar kerisik
              • 1 keping asam gelugur
              • 1 sudu besar gula
              • Garam secukup rasa
              • Sehelai daun kunyit dihiris halus2
              Semua bahan bertanda * hendaklah dikisar bersama2

               
              CARA MEMBUATNYA
              1. Ikan mamong dibersihkan dan ditoskan terlebih dahulu
              2. Didalam kuali, tumiskan semua bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga naik aromanya, masukkan cili kisar dan kacau2kan
              3. Apabila cili nampak agak garing masukkan santan pekat, kacau lagi
              4. Diikuti dengan kerisik, asam gelugur, gula & garam secukup rasa, kacaukan lagi biar sebati
              5. Biarkan kuah mendidih seketika & menjadi agak pekat
              6. Terakhir, baru masukkan ikan mamong tadi kedalma kuah rendang dan tunggu sehingga ikan betul2 masak
              7. Masukkan hirisan daun kunyit, kacau perlahan2 supaya ikan tak hancur & tutup api serta sedia untuk dihidangkan