Friday, July 29, 2011

IKAN PATIN GARING TOMATO


Assalamualaikum....Ikan patin ni memang fresh sebab masih hidup lagi waktu dibeli. Buat 2 jenis lauk dengan 2 ekor ikan patin yang beso2. Selain dari digoreng, akak masak gulai asam tempoyak...aii like!!! Yang bestnya ikan patin ni kalau digoreng garing, bahagian kulitnya rangup gitu. Tapi awas adik2 semua, jauhkan diri sikit semasa menggoreng sebab ikan ni akan meletup2. Ada petua suruh perah air limau nipis sikit dalam minyak tu supaya tak meletup tapi akak tak kuasa membuatnya.

Resepi yang akak masak adalah seperti di bawah ni...

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan patin (dipotong ke beberapa bahagian)
  • 3 biji buah tomato (dibelah 4 setiap satunya)
  • 2 biji cili merah dipotong memanjang
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam & serbuk kunyit (utk lumur pd ikan)
CARA MEMBUATNYA
  1. Goreng ikan seperti biasa sehingga betul2 garing. Angkat & ketepikan dahulu
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bahan2 yg dihiris seperti bawang besar, bawang putih & halia sehingga agak layu
  3. Masukkan cili kering kisar dan kacau2kan diikuti dengan sos cili, sos tiram & sos ikan, kacau biar sebati
  4. Tambahkan sedikit gula dan masukkan buah tomato & cili merah, masak sehingga tomato agak hancur
  5. Terakhir masukkan ikan patin goreng dan gaulkan biar betul2 sebati dengan sos nya sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan...

4 comments:

  1. Wslm Ina, lupa lak nak cerita sb apa nama pasar tu psr filipina. Sebabnya majoriti org sana yg menjualnya. Sini mmg ramai sgt filipina yg mcm dah jd negara mereka, beranak pinak dah.

    Ikan patin susah skit nak jumpa kt sini, teringat mertua kt kpg, selalu masak patin. Nmpk sdp yg Ina masak tu tp...telan air liur je la...

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum kak lina..
    Maaf dh lama x jengah ke dapo kak lina ni..menu semuanya sedap2..byk yg dh terlepas..wah kak lina pon terrorla wat deko2..cayala kak lina..

    Btw..selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak buat kak lina n famili..

    ReplyDelete
  3. Zanafahmi..Owh camtu ceritanya...nanti balik kampung dapatlah makan ikan patin puas2 kan... :)

    Lyza...Waalaikumussalam, Lyza sibuk bnyk tempahan yea! Akak x de terror bab deko ni cuma minat saja. Lyza tu lagilah...Selamat Berpuasa & menyambut Ramadhan jua buat Lyza sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  4. mantaappsss thanks min infonya
    jangn lupa follow biar bisa join http://febrizki.blogspot.com/

    ReplyDelete