Thursday, July 28, 2011

AYAM BIRYANI BERKISMIS MADU


Assalamualaikum....Insya Allah tinggal 3 hari je lagi umat Islam akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Sebelum tibanya bulan kemuliaan yang dinanti2kan, seperti biasa akak sudah pun mulakan aktiviti mengemas rumah secara besar2an, buang segala sawang jika masih ada, lap semua debu2 pada perabut sampai berkilat, mengemas laman rumah, pasu2 bunga, cabut semua rumput & lalang yg menyakitkan mata. Tak lupa aktiviti menyelongkar & mengemas segala kain baju di kabinet bilik masing2, begitu juga barangan di almari dapur. Yang mana dh expired tu cepat2 dibuang, begitu juga yang menunggu hari je utk diexpirekan..(wah cunnya bahasa...) Kemas segala pinggan mangkuk, periuk belanga biar teratur kesemuanya (macam la banyak sangat daaaa...)

Lagi satu, akak juga akan check & punggah semua baju2 seisi rumah termasuk pembantu jika ada butang yg tertanggal, perlulah dijahit semula, jika ada seluar terkoyak, zip2 yg perlu digantikan, dan apa2 juga yg perlu direpairkan & jika masih boleh diselamatkan...mcm tu lah kan kalau dah semua lelaki nih..udah le tu semuanya aktif bersukan, apa dikenang lah dengan seluar2 depa tuuu...nasib baik mama ni merangkap tukang jahit jugak hehehe...

Macam tu lah yang akak biasa buat every year sebelum tibanya Ramadhan & dah jadi amalan semenjak dulu2 lagi. So, bila keadaan sekeliling nampak kemas & teratur baru lega & tenang rasa dihati untuk melangkah ke Ramadhan & seterusnya....

Okay laa, di gambar tu adalah ayam biryani yang akak masak untuk sekeluarga tempohari.Famili akak ni kalau seekor ayam boleh juga dihabiskan sekali hadap je, tapi bergantung juga pada jenis masakan. Macam ayam biryani ni, seekor ayam dipotong kepada 4 bahagian...emmm dah tentulah sekali hadap je kan. Tapi kalau dimasak merah, or rendang yang dipotong ke bahagian kecil, tahu pulak nak makan seketul aje dah cukup, takde pulak habis seekor...
Tanpa membuang masa akak & semua, baik tengok je lah resepi di bawah ni bagi yang berminat untuk mencubanya....Emmmm, memang sedap jika dimakan bersama nasi biryani..



BAHAN BAHAN
  • Seekor ayam dipotong 4 bahagian
  • 2 sudu besar rempah biryani (campur sedikit air jadikan pes)
  • Rempah penumis 4 sekawan
  • 12 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • Seinci halia dikisar
  • 1 ulas bawang besar dihiris nipis
  • 2 sudu makan madu asli
  • 1/2 cawan jus kismis (kisarkan 3 sudu besar kismis emas dengan sedikit air & tapiskan)
  • 1 sudu makan yogurt
  • 2 biji tomato dibelah 4 setiap satu
  • 2 cili hijau dibelah tengah
  • 1 tangkai daun ketumbar dihiris halus
  •  1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
 CARA MEMBUATNYA

  1. Ayam dilumur dengan sedikit kunyit & garam lalu digoreng dengan minyak terendam sehingga 3/4 masak, diangkat & ditoskan
  2. Tumis denga sedikit minyak semua rempah 4 sekawan termasuk hirisan bawang besar sehingga agak layu, baru masukkan bahan2 kisar dan kacau2kan 
  3. Diikuti dengan pes rempah biryani dan biarkan seketika agak garing sambil dikacau2
  4. Masukkan jus kismis, biarkan ia sebati barulah dimasukkan pula madu asli, kacau selalu
  5. Apabila kuah agak memekat, masukkan yogurt, setelah dikacau2kan masukkan tomato & cili hijau, kacau lagi
  6. Terakhir barulah dimasukkan ayam dan biarkan ia merenih dalam kuah biryani perlahan2 buat seketika. Jangan lupa gula & garam mengikut citarasa masing2
  7. Kacau biar betul2 sebati & mesra dengan ayam sebelum ditutup api. Taburkan daun ketumbar, kismis & bawang goreng. Ssedia untuk dihidangkan.

7 comments:

  1. Waaa! Operasi besar2an tu...byk tul tenaga...kalau kak cek mesti buat slowly...satu persatu...sebab tenaga tak byk dah...kalau buat sekali gus...mau pengsan...he he...
    Sedapnya ayam beryani..mkn ngan nasi beryani lagila sedapnya...:)

    ReplyDelete
  2. wah! akak! kemain projek di rumah ye! saya pon mcm tak sedar je lagi berapa hari nak pose...aktiviti masak memasak makin rancak. yang bestnya pulak, time masak2 tu sempat lagi duk try test dgn lidah...risau jugak bulan pose nanti sasul mcm tu..hihih...

    dah lama saya tak makan nasi biryani ni...kene pulak dgn ayam rempah mcm ni...aduh....seleranya!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumwbh Kak Azlina....
    Padanlah byk ngat tempahan nasi merata2 , sbb akak kita ni memang teror tahap ultraman wat masak2 lauk nih....mmmmmmsedap elok je nampak ayam beryani berkismis dan berMAdu.....muahahah......silap2....buang BER- madu je daaa...:P

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum....sedapnyer ayam beriani..specialnya ada kismis tu yer..nak kena try jugak ni nnt.

    ReplyDelete
  5. Kak Cek...Mmg kena buat satu persatu, start dr awal x le penat sgt, umur dh camni mengah jugak kalau buat sorang2, so kena kerah juga tenaga semua baru fair kan! Betul sgt, ayam tu mmg ngam dgn nasi biryani :)

    Nuwairani Ismail..Bulan pose nnt xyah test2 dgn lidah, nnt batal pulak pose..tawakkal je la kan! Kalau ada masa buat la nasi biryani kalau teringin, susah2 order je ngan akak.. :)

    Ayu Safieza@Humaira'..Waalaikumussalam, eiii takut aii nnt kena serang dgn ultraman..xde la teror...Ayu lagi la, mcm magic kitchen dh akak tengok, kejap2 kluar makanan itu ini, ada saja masakan yg menggoda akak...Ha ahh, madu je tau jgn bermadu..haishhh.. :)

    Rabiatun Adawyah..Waalaikumussalam, Nanti bila2 free tu try la masak, mkn dgn nasi biryani lg best..Kismis tu buat penambah rasa & kelainan sikit dr yg biasa akak buat..thanks yea Tun!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikumwbh kak Azlina....

    Thank you for the nice words, doa n ucapan buat Aisy.....:)Amat menghargainya....:)

    err....ada lauk lagi tak????:Pngeeeeeeeee

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Ayu...Sama2 kita doakn utk si comel Aisy, kalau rumah dkt boleh jugak geng dgn hero2 akak. lauk yg ni dh abis, yg lain2 tu ada la sikit2 lg, meh2 jemput mkn.. :)

    ReplyDelete