Wednesday, July 13, 2011

KARI IKAN BAWAL


Assalamualaikum...Ikan bawal selain dari masak masam manis, sedap juga dimasak kari. Dapat pulak ikan bawal yang besar2, lagi best. Kuah kari ikan ni kalau disimpan semalaman lagi best, boleh cicah dengan chapati pulak..

Tengahari tadi, 3 member lama dari CIMB datang secara mengejut. Tak sempat akak nak masak something yg special utk depa semua. Udah le pagi tadi lambat start masak, actually rasa malas nak buka sebab sakit tekak tapi last minute ubah fikiran. Semua datang siap pakai baju uniform lagi, jgn main2 tau, sekarang kerja bank pun dah ada uniform..Nasib baik la akak dah resign, if not akak pun kena pakai uniform mcm tu jugak. Apa2 pun terubat juga rindu. Lain kali datang tu bagitau dulu, jgn main terjah je, boleh la akak masak yg special2...

Resepi kari ikan bawal akak letak macam biasa....macam tak biasa!!! :))

BAHAN BAHAN
  • 5 ekor ikan bawal (disiang & dibersihkan terlebih dahulu)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar pes asam jawa Adabi (bancuh dgn 1 cwn air)
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 biji tomato dibelah 2 setiap satu
  • 2 biji cili hijau dibelah tengah
  • 2 biji cili merah dibelah tengah
  • 3 ulas bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • Sedikit halia dihiris
  • 1 sudu teh halba campur
  • Secubit serbuk lada hitam
  • 3 tangkai daun kari
  • Terung bulat dibelah 4 setiap satu
  • Kacang bendi secukupnya
  • Garam secukup rasa
BAHAN YG PERLU DIKISAR BERSAMA
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

    CARA MEMBUATNYA
    1. Di dalam periuk yang sesuai, panaskan 5 sudu besar minyak masak & tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih & halia, halba campur & daun kari sehingga kekuningan
    2. Masukkan bahan kisar dan kacau2kan sebentar lalu dimasukkan pula serbuk kari ikan, kari daging, serbuk cili kisar & serbuk lada hitam dan guna api perlahan masak sehingga rempah2 naik aromanya & agak garing, kacau2kan
    3. Masukkan pula pekatan air asam jawa dan kacau sebati diikuti dengan santan pekat, biarkan kuah mendidih perlahan2 sambil dikacau
    4. Masukkan terung bulat, tunggu ia agak lembut dulu
    5. Masukkan pula ikan bawal ke dalam kuah kari, masukkan juga tomato, cili merah & cili hijau, biarkan kuah mendidih perlahan2 sambil dikacau2kan sedikit
    6. Terakhir masukkan pula garam secukup rasa & sedikit gula bagi penambah rasa
    7. Sebelum ditutup api, masukkan dahulu kacang bendi dan masak sebentar sahaja
    8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

    4 comments:

    1. akak,dulu keja bank ke?..bank mana yg dah pakai uniform tu kak?saya ni dok luar ni sure ketinggalan zaman skit...hehe

      ikan bawal memang sedap..msk kari pun sodap...:)

      ReplyDelete
    2. Assalamualaikumwbh...kak Azlina.....

      MMMMM salam windu di angin lalu,....mmmm sliur tgok kari bawal kak ni....mmm sure dah yileeek eik?

      Owh Humaira' tu nama timangan family....kene add in dlm profile sbb suku sakat cari dlm internet tak jumpa n tak kenal lak ayu safieza....:)

      ReplyDelete
    3. Lina....kak cek dtg ni nak tumpang makan...bestnya ikan bawal masak kari...makan ngan nasi panas2...pas tu ada lak sambal belachan...ikan masin sikit...ngan ulam2am...perghhhh....mau tak bangun2 dari meja makan ni...he he...:)

      ReplyDelete
    4. Nieza...camtu la critenye, pakai baju uniform tu waktu tertentu je, xde la 24jam kena pakai.. :)

      Ayu Safieza@Humaira'..
      Waalaikumussalam, dr semlm dh yileek nye kari bawal tuu. Sedap nama Humaira tu, & nama Ayu Safieza tu pun tak kalah sedapnye jugak... :)

      Kak cek..Haaa, tu lah pasalnye baju sya dh banyak yg tak muat ni..kena diet la rasanya, tp dh masak rugi pulak x mkn, betul tak? :)

      ReplyDelete