Friday, July 15, 2011

BAKED SANDWICH


Assalamualaikum....Lepas Maghrib tadi menjamu selera dengan baked sandwich ni. Nampak di dapur Nieza petang tadi semasa bw. Nampak sangat yummy so akak pun cepat2 la kumpul segala bahan2 yg diperlukan. Dah siap semua bahan2, akak pun telan 2 biji pil selsema yg menyebabkan akak terlena selama 1/2 jam. Akhirnya, patut siap petang tapi lepas Maghrib baru dapat dijamah..

Memang sedap dan rangup rotinya yang baru dikeluarkan dari oven. Lain kali boleh buat lagi dengan inti yg berbeza pulak..Resepi ni akak copy dari Nieza. Resepi asalnya dari dapur Madihaa. Kak Nor Secubit Garam pun dah buat...Apa2 pun thanks kerana berkongsi2 resepi yg simple tapi sedap dan yg paling penting anak2 semua suka...Thanks again yea!!



Resepi asal : Dari Dapur Madihaa
Sumber : Nieza Our Journey Begins 
              Kak Nor Secubit Garam

 
Bahan Kulit/Casing 
Roti gardenia secukupnya

 
Bahan-bahan Inti 
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang

1 cili merah dihiris halus (akak tambah)
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese)



1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit. boleh rujuk step by step disini
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam dan cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan

7 comments:

  1. wahhh...cepat yer dah sampai dapur akak pula...sedap kan..nieza pun suka mkn rangupx2 tu...:)

    ReplyDelete
  2. assalam....hemm..tak mkn la anak akak jwbnya kalau ada bwg2 ni...
    kat sini roti gardenia tak sedap la...

    ReplyDelete
  3. ramai dh try rcp ni...hmm cam nak wat jugaklah..

    ReplyDelete
  4. Nieza...tu la akibatnya suka ngendap dapur org, kan dh berjangkit..hehe..memang sedap kan yg rangup2 tu.. :)

    Zanafahmi..Iye ke kak, ala rugi tak dpt buat ni sbb sedapppp sgt, tuko ke roti jenis lain pun boleh punye... :)

    ReplyDelete
  5. Lina_pg...buat la cepat2, mesti anak2 semua suka mkn..mak pun mesti suka jugak kan! :)

    ReplyDelete
  6. Kak Azlina.....nak 5 ketols baked sandwich with extra cheese yer...nak wat bekal stay up ni....:) Simpla but healthy, boleh try ni....mmmm yummy!!

    ReplyDelete
  7. Ayu Safieza@Humaira'...no problem nak extra cheese bnyk mana pon boleh..tp nnt tergemuk jgn salahkan akak tau...senang je buatnya ni nnt bila2 Ayu buat yea.. :)

    ReplyDelete