Assalamualaikum...Bertemu di pagi hari Isnin dengan entry biskut Snow Almond yang akak buat semalam. Amboi sedapnya biskut ni, rasanya yang rangup, lemak2 kacang badam, tambah pula disalut dengan coklat memang sangat2 memuaskan hati semasa memakannya.
Buat 1 bancuhan dapat 98 biji. Akak guna cutter bulat yang agak besar ni, cuba kalau guna cutter yang kecil sikit mesti dapat lebih dari 100 biji. Resepinya akak ambil dari Noorma @ Cendana Kasih. Waktu akak BW, bila ternampak je biskut ni, terus akak salin resepinya tu. Terima kasih yea sebab sudi kongsi resepinya dengan akak..Suka sangat biskut ni...
Akak copy resepinya di bawah ni untuk future reference akak & juga yang lain. Anda juga boleh klik
SINI << yea....
Bahan-bahan
•250g butter
•90g gula halus
•50g serbuk badam
•50g tepung ubi
•25g coffeemate
•25g nestum - kisar
•1sk esen coffee
•1 biji telur
•tepung gandum secukupnya (akak guna 400 g tepung gandum & 50 g tepung jagung)
Utk saduran
•Chocolate masakan - dicairkan
•breadcrumbs warna putih secukupnya
Cara-cara
•Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
•Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
•Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
•Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
•Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
•Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
Simpan dalam bekas kedap udara