Friday, August 26, 2011

KERABU MANGGA BILIS


Assalamualaikum...Sudah tentu ramai yang sedang sibuk berkemas & bersiap2 untuk pulang ke kampung masing2 sempena hari raya nanti. Pasti ada yang sudah dalam perjalanan menuju ke destinasi masing2. Diharapkan anda semua memandu dengan berhati2 dan ingatlah yang tersayang. Bagi akak nak balik kampung hanya ambil masa 20 minit saja. Jadi tak perlu bersiap bagai nak rak. Nak ulang alik 2-3 kali sehari pun boleh. Walau bagaimana pun, persiapan tetap ada dari segi biskut raya, kek dll yang serba sederhana untuk diberikan untuk bonda tersayang..

Oklah, actually kan agak lama nak makan kerabu mangga ni. Dah beberapa kali beli mangganya tapi tak terbuat2 sampai la mangga jadi masak. Kali ni beli mangga terus je buat. Seperti yang dijangkakan yang makan kerabu ni hanyalah akak & Yuni. Sedap kerabu ni tau...tak caya cubalah buat yea, tengok resepinya di bawah ni ok! :)

BAHAN BAHAN
  • 2 biji mangga separuh masak dihiris & potong memanjang
  • 1 bunga kantan dihiris halus
  • 2 ulas bawang merah dihiris halus
  • 5 biji cili padi dihiris halus
  • Segenggam ikan bilis digoreng garing
  • 2 sudu besar kacang tanah digoreng & ditumbuk 
  • 2 biji limau kasturi (diperah & ambil jusnya)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar gula
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan kesemua bahan2 kecuali kacang tanah & ikan bilis ke dalam mangkuk dan kacaukan biar betul2 sebati
  2. Masukkan kacang tanah yg ditumbuk dan ikan bilis goreng apabila sudah masanya untuk dimakan (maksud akak bila dah hampir waktu berbuka la kan..) supaya tetap rangup. Sedia untuk dihidangkan



2 comments:

  1. kerabu mangga memang pebret saya, kalau jumpa mangga muda mesti buat kerabu tapi selalu buh udang kering je. lain kali nak cuba buat ikut resepi ni plak. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!

    ReplyDelete
  2. Gerhana Luka..nanti cuba buat letak bilis pulak..nak tmbh udg kering lg pun ok jugak..lg sedap rasanya.

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf jika ada tersalah & silap dr akak..

    ReplyDelete