Tuesday, November 30, 2010

APAM BERAS BERSALJU

Salam semua...suka tak makan kuih apam ni??? Terus terang akak nyatakan disini, selama hidup ni adalah kali ke 4 akak buat kuih apam dengan resepi yang berbeza2...Bila tengok sana sini ada apam dah teringin nak buat pulak. Apam ni tersangat la lembut & gebu. Makan pulak panas2 tu...huisshhh...nak cerita lebih2 pun tak guna sebab semua apam ni dah lama habis pun...
Ni resepi akak copy dari dapur Lyza. Lyza pulak tergoda tengok kat dapur Yatie yang sememangnya terror dgn kuih apam & lapisnya tu...Tergoda sangat dengan apam beras yang dibuat Lyza, nampak so lembut & gebu sehingga memaksa akak cepat2 membuatnya...Izinkan akak ya berkongsi pula resepi apam tersebut kat sini untuk future reference ok.... RESEPINYA
Bahan-bahannya
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara membuatnya 1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) 2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. 3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis. 4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 5. Perap selama 3 jam. 6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. 7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. 8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Sunday, November 28, 2010

PIZZA KERAK MOZZARELLA

Salam buat semua! Dah lamaaa tak makan pizza. Anak2 pun dah banyak kali sangat mintak dibuatkan pizza ni...So malam ni tertunai la jugak hasrat we all semua nak memakannya. Buat 2 jenis pizza, satu mana nak cukup ye tak? Alang2 nak menguli dohnya tu, kita buat lebih sikit. Yang kat atas tu seafood pizza, & satu lagi akak buat chicken pizza. Sedapnya pizza ni, rangup dan mewah dengan mozarella cheese...Jom kita makan pizza!!! RESEPINYA Bahagian doh:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar yis mauripan
  • 1 sudu besar tepung susu
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar oregano
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 cawan air

Cara membuatnya:

  1. Kesemua bahan2 diatas dicampurkan dan diuli agak lama sehingga sebati dan menjadi doh yang elastik.
  2. Biarkan doh ini naik sekali ganda, ambil masa lebih kurang 40 minit ok..
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian dan canaikan berbentuk bulat
  4. Jika nak buat kerak pizza, guna jari jemari tu dan leper2kan dibahagian tepi disekeliling pizza dan isikan dengan keju mozzarella yang dah dipotong kecil secukupnya macam kat gambar dibawah ni...

SOS PIZZA
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan air
  • 1 sudu tepung gandum dibancuh dengan sedikit air je

Cara membuatnya

  1. Campurkan kesemua bahan diatas dan masak diatas api sederhana
  2. Kacau2kan sehingga menjadi sos yang likat baru ditutup apinya

TOPPING ( INTI PIZZA )

  • Untuk bahan2 topping terpulang kepasa selera masing2 la, boleh letak isi ayam cincang, sosej, daging kisar, tapi sebelum tu haruslah ditumiskan dulu dengan sedikit minyak hingga 3/4 masaknya baru la boleh diletakkan atas doh pizza

Untuk seafood pizza akak letakkan bahan2 seperti berikut untuk topping :

  • 15 ekor udang bersaiz besar (dibuang kulit & dicelur dulu)
  • 8 jejari ketam (dipotong kecil2 & dicelur dulu)
  • 1 biji cili capsicum / benggala merah dihiris nipis2
  • 1 labu bawang besar holland dihiris nipis2
  • Keju mozzarella secukupnya diparut

CARA MELETAKKAN BAHAN2 TOPPING

  • Sapukan sos pizza tadi diseluruh permukaan doh (kecuali keraknya)
  • Taburkan sedikit cheese supaya bahan2 topping melekat dengan elok pada doh tu nanti, bila kita nak ngap pizza tu nanti topping tu tak de la jatuh2 ek!
  • Susun bahan2 topping kat bahagian atas cheese tu sehingga penuh dikeseluruhan permukaan pizza
  • Taburkan lagi parutan cheese mozzarella dibahagian atasnya pulak
  • Panaskan oven suhu 200C dan bakar pizza lebih kurang 20 minit atau sehingga garing

Saturday, November 27, 2010

MARBLE CHOC CHEESE CREAM

Salam semua! Ishhh3...tadi konon2nye nak buat aktiviti membersihkan kawasan depan rumah, tengok2 anak semua dah leboh pegi ke pasar malam (walaupun hari baru petang...) ikut babah depa....takpe2 baik mama tengok tv, crite pulak ntah apa2, baik layan je kek ni...
Kali ke dua buat sebab 1st time buat waktu raya haji, anak2 tak puas mkn sebab banyak bagi kat sana-sini. So, kali ni makan puas2 ya...
Mula tringin nak buat kek ni lepas tengok Yatie tayang kat SINI Emmmm memang dah sah terpikat & hasilnya memang tersangat lembut, gebu dan sedap......Cuma marble yang akak buat tu tak jadi secantik yang Yatie buat.
Jom kita tengok resepinya...

SUMBER : Yatiememories  thanks
Bahan A:
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair
Bahan B:
  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  4. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  9. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi

Jemput makan, kek ni masih panas lagi tau... :)

AYAM PANGGANG SOS PIZZA MADU

Assalamualaikum semua dan salam petang Sabtu yang indah...petang2 gini seronok buat apa ya? Akak cadang kejap lagi nak berkebun kat depan rumah tu. Nampak lalangnya dah sama tinggi dengan akak je, kalau ajak hero2 akak mau riuh rendah 1 taman nanti ni..... Ayam panggang yang akak tunjuk ni yang akak buat untuk dinner semalam. Kali ni akak buat agak pedas, tapi akak tengok anak2 makan ok je macam tak pedas pun, bagus3..nampaknya depa dah reti makan pedas2 macam mama. Tinggal la babah sorang yang tak reti2 makan pedas...takde geng la dah ya babah! Hidangan lain adalah kentang putar, coleslaw dan wedges dengan sos mentega....sendiri bikin punya tau, tak main beli2 punya..kata2 yang agak sombong & bongkak... :) Resepinya seperti kat bawah ni ya... BAHAN-BAHANNYA
  • 1 ekor ayam bersaiz besar dibersihkan dan toskan
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 biji bawang merah *
  • 8 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 5 sudu besar madu
  • 1 sudu besar mustard
  • 3 sudu besar sos pizza
  • 3 sudu besar mentega
  • Garam secukupnya
CARA MEMASAKNYA
  1. Semua bahan * hendaklah dikisar halus
  2. Campurkan semua bahan kisar dengan serbuk cili, madu, mustard, sos pizza, mentega & garam dan kacau2kan sehingga sebati
  3. Lumurkan keseluruh ayam tadi sehingga betul2 rata dibahagian dalam dan luarnya dan perapkan selama 1 jam
  4. Simpan bakinya untuk disapu pada ayam semasa proses memanggang nanti
  5. Panaskan oven suhu 200C dan masukkan ayam
  6. Selepas 15 minit, keluarkan ayam dan sapukan lebihan bahan perapan tadi dan masukkan semula ke dalam oven
  7. Ulangi sehingga ayam betul2 masak, lebih kurang sejam dan boleh la dikeluarkan terus dari oven dan dihidangkan

Friday, November 26, 2010

LALA BERSOS TIRAM & DAUN BAWANG

Assalamualaikum...salam Jumaat buat semua. Ni akak sempat jugak update n3 sambil tunggu ayam panggang dalam oven tu. Senang buat ayam panggang ni, tak payah makan nasi dah. Ok, kat gambo tu siput lala yang akak masak tengahari tadi. Sedapnya lala ni tak terkira tau..isinya pulak beso2 gitu, rasa isinya pulak teramat la manis. Memang berbaloi membelinya. Cara memasaknya pun simple je tapi walaupun nampak simple rasanya sedap...yang penting lala tu mesti la fresh. So bagi sape yang suka makan lala boleh la cuba memasaknya begini, ok!! BAHAN-BAHANNYA
  • 1 kg siput lala
  • 6 biji bawang putih dicincang2 halus
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 pokok daun bawang dipotong2
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu besar untuk menumis
CARA MEMASAKNYA
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili diikuti kiub pati ayam dan tambah sedikit je air supaya tak terlalu kering dan kacau2kan
  3. Masukkan siput lala dan kacau2kan sehingga semua kulit terbuka sehingga nampak isinya
  4. Masukkan gula dan garam secukupnya, kacau hingga rata dan boleh la ditutup apinya.

Thursday, November 25, 2010

AWARD DARI AKMA MATA-HATI-JIWA

Assalamualaikum...ni award yang akak dapat dari Akma , malam ni baru sempat nak ambik. Terima kasih Cikgu Akma @ Cikma atas ingatan terhadap akak ni. Appreciate sangat. Ok, dah ambik award tu kena pulak jawap soalan2 seperti kat bawah ni.... 1) Nickname untuk tuan empunya blog Kak Ina 2) Ucapan untuk yang memberi award Syukran 3) 6 favourite artist/singer/group Susah nak cari jawapan ni...rasanya takde yg favourite 4) Tag award pada 10 rakan blogger Mak aiiii....

Wednesday, November 24, 2010

APAM PELANGI

Assalamualaikum buat semua yang hadir di sini...Yeay!!! Petang tadi tercapai jugak hajat nak buat apam pelangi ni..Dah lama dok simpan rasa jeles dan geram bila tengok dah ramai yang mencuba dan semuanya cantik2 belaka. Buatnya pun tak susah dan hasilnya memang sedap dan gebu. Cuma loyang yang digunakan lebih besar dari sepatutnya, tu yang nampak tak berapa tinggi apamnya tu... 

Resepi ni akak ambil dari rumah Kak Jun. Asalnya dari Hana. Terima kasih yang tak terhingga akak ucapkan buat kedua2nya dan izinkan akak berkongsi disini resepinya.. :))
BAHAN-BAHANNYA
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna
CARA MEMBUATNYA
  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.
Lorekan yang akak buat agak dalam.....

...hasilnya jadi bergelombang di bahagian lorekan tu. So, next time kalau nak lorek jgn dlm2 sgt

Tuesday, November 23, 2010

PUDING WARNA WARNI

Assalamualaikum... dah tengah malam gini orang semua dah tidur akak je yang belum tidur2 lagi nie.  Sambil layan internet ni ada sorang budak kecik kat sebelah akak ni ....tengah malam ajar English kat anak yg 7 years old, si Muzany tu..Akak kesian kat dia sebab banyak perkataan dlm English yang dia tak berapa reti nak sebut lagi, so before it is too late baik akak cepat2 bertindak. Alhamdulillah senang ajar Muzany ni sebab terang hati dia, senang dapat bila diajar sesuatu. 

Oh ya, kat gambar tu kan puding yang akak buat semalam untuk balas pinggan jiran sebelah rumah jugak...Puding ni sedap dimakan sejuk2, rasanya lembut sangat. Resepinya dah lama akak ambil dari blog Kak Hanieliza dan dah buat banyak kali pun. Jutaan terima kasih pada Kak Liza sebab tak lokek berkongsi resepi masakan yang lazat2 belaka. Akak sememangnya dah lama mengikuti blognya semenjak zaman pekerjaan dulu..... 

Ok, resepinya adalah seperti kat bawah ni...

RESEPI ASAL : HANIELIZA'S COOKING

BAHAN2NYA 

BAHAN A
  • 1 paket agar agar
  • 6 mug air
  • 2 cawan gula
BAHAN B
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan mentega (ni akak tambah)
  • 1 biji telur gred A (ni pun akak tambah)
BAHAN C
  • Beberapa titik pewarna yang dibenarkan (ikut suka warna apa nak bubuh)
CARA MEMBUATNYA
  1. Agar2 dimasak bersama2 air dan gula sehingga mendidih dan cair gulanya dan tutup api
  2. Tapiskan agar2 dan ketepikan dulu
  3. Campurkan semua bahan B kecuali mentega dan kacau sehingga sebati
  4. Masukkan ke dalam larutan agar2 tadi dan masak semula di atas api perlahan
  5. Masukkan mentega dan kacau2kan lagi sehingga mentega cair kesemuanya
  6. Boleh la ditutup api, tak perlu tunggu mendidih
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian ikut la berapa jenis warna nak bubuh ek....
  8. Titiskan pewarna pada adunan agar2 dan kacau2 kan biar sebati warnanya
  9. Tuangkan ke dalam apa2 bekas puding yang disukai dengan cara melapis satu persatu warna2 tersebut
  10. Buat sehingga habis dengan cepat sebab puding ni akan cepat mengeras dan jika dah keras terpaksalah dimasak semula atas api dan sambung semula kerja melapis agar2 tu
  11. Bila dah siap masukkan ke dalam fridge selama 2-3 jam dan boleh la dinikmati selepas itu.

Sunday, November 21, 2010

KARIPAP AYAM

Petang tadi, akak buat karipap ni...Masa buat karipap ni anak2 duduk keliling akak perhatikan aje mama membuatnya sebab takde yang reti nak menolong pun...yg tolong kacaunya ramai. Yang bertanya "bila nak siap ni mama?" beratus kali pun ada sampai tertidur2 sebab dah kena marah. Dah siap je, akak terus call hubby suruh balik cepat sebab nanti habis kena serbu. Tak buat banyak pun, dapat lebih kurang 25 ketul. Actually akak buat karipap ni untuk balas pinggan jiran sebelah rumah tapi anak2 akak yang lebih2 makan. Mungkin sebab depa dah kepenatan selesaikan tugasan membasuh kereta mama dan mop lantai bilik tidur...Terima kasih anak2ku sayang sebab tak pernah membantah dengan suruhan mama mu ini....

BAHAN2 UNTUK INTI
  • Isi ayam bahagian dada secukupnya dipotong kecil2
  • 10 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 3 biji bawang putih dicincang halus
  • 1 tangkai daun sup dihiris halus (tak letak pun takpe)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • Sedikit garam dan gula
BAHAN2 UNTUK KULIT KARIPAP
  • 1 kg tepung gandum
  • 5 sudu besar marjerin
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar minyak sapi ghee
  • 1 sudu teh garam halus
  • 350 ml air suam
CARA MEMASAK INTI KARIPAP
  1. Mula2 gorengkan ubi kentang dulu sampai empuk dan ketepikan
  2. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan daun kari, bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan
  3. Masukkan isi ayam dan goreng sebentar baru masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air supaya tak kering sangat
  4. Masukkan daun sup dan ubi kentang dan kacau2kan sehingga sebati
  5. Akhir sekali baru masukkan garam dan gula secukup rasa dan padamkan api
CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP
  1. Campurkan semua bahan2 kecuali tepung dan air suam dalam periuk dan panaskan hingga cair semuanya
  2. Tuangkan kesemuanya ke dalam tepung gandum yang sudah diayak terlebih dahulu
  3. Masukkan pula air suam sedikit demi sedikit sambil diuli tepung hingga jadi doh
  4. Rehatkan doh selama 15 minit
CARA MEMBUAT KARIPAP
  1. Canaikan doh jangan terlalu tebal dan gunakan penerap bulat dan terap satu persatu hingga habis adunan doh tadi
  2. Masukkan inti karipap di bahagian tengah secukupnya dan kelimkan bahagian tepi sekelilingnya
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng dengan minyak yang tidak terlalu panas
  4. Kulit karipap akan jadi tak cantik jika minyak terlalu panas
  5. Angkat dan toskan dulu minyaknya dan boleh la dihidangkan

KETAM CILI KARI BERNENAS

Assalamualaikum buat semua...seronok hari Ahad ni kan! Ditambah dengan keriuhan anak2 sepanjang cuti persekolahan yang baru bermula ni. Bagi anak2 akak ni depa dah faham, walaupun cuti sekolah tak bermakna depa boleh nak lazy2 depan tv sepanjang masa. Seperti biasa waktu cuti sekolah akak dah sediakan jadual waktu untuk depa ikuti. Setiap anak2 dah diberi tugasan dan tanggungjawap masing2 untuk setiap hari sepanjang cuti sekolah ni. Alhamdulillah anak2 pun tiada bantahan dan setiap tugasan dilaksanakan dengan baik walaupun harus diingat2kan selalu. Biasa la budak2, kalau kita terlalai depa pun sama ikut lalai jugak...Jadi, kalau dengar akak membebel kat rumah tu bukannya apa cuma sekadar mengingatkan anak2 supaya tak terus leka. 

Ok lah, kat gambar tu ketam yang akak masak untuk makan tengahari. Ketam ni sederhana je besarnya tapi isinya agak padat la jugak. Memang puas makan....Ketam adalah salah satu hidangan yang sangat diminati oleh anak2 akak. Mesti masak lebih sebab depa ni tak sah kalau tak meratah ketam tu...(entah perangai sape depa ikut tu.....ngeh2) Ok la, resepinya kat bawah ni:

BAHAN-BAHANNYA
  • 10 ekor ketam
  • 8 biji bawang merah )
  • 5 biji bawang putih ) dikisar
  • 2 cm halia ) bersama2
  • 1 batang serai )
  • 2 cm lengkuas diketuk2
  • 1 batang serai diketuk2
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1/2 biji nenas dipotong kecil2
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 biji cili merah dibelah 2
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • Garam dan gula secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Ketam dibersihkan dan lumur dengan sedikit garam dan kunyit lalu digoreng sampai masak dan ketepikan dulu
  2. Tumiskan bahan2 kisar, lengkuas dan serai yg diketuk2 dan rempah kari dengan lebihan minyak goreng ketam tadi
  3. Masukkan pula cili kering kisar, jintan manis dan jintan putih dan tamabah sedikit air sekiranya terlalu kering dan masak hingga garing dan naik baunya
  4. Masukkan santan, tunggu mendidih kejap dan masukkan nenas, cili merah dan tomato diikuti ketam dan kacau2kan selalu
  5. Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula ikut kesesuaian citarasa masing
  6. Bila dah mendidih boleh la ditutup api dan sedia untuk dihidangkan

Thursday, November 18, 2010

FRUIT JELLY

Assalamualaikum buat semua yang hadir ke blog akak ni.....terima kasih akak ucapkan kerana sudi datang menjenguk ya! Maafkan akak sekiranya banyak kekurangan di sana sini almaklumlah blog akak ni belum pun setahun jagung, tersangat mudanya...(blog yg muda bukan akak tau...akak ni dah tua jugak kiranya tapi belum la angka 4 didepannya, coming soooonnnn...wahaha....

Ok la, malam2 Jumaat ni tak elok membebel lama2 so ni akak nak tayangkan fruit jelly yang akak buat sempena Aidil Adha semalam. Actually, malam sebelum raya tu akak tak tidur sebab menyiapkan tempahan masakan dan juga memasak untuk hidangan keluarga jugak. Fruit jelly ni la salah satu penyebab akak tak tidur semalaman.

Akak rasa sangat2 enjoy semasa proses penyediaan fruit jelly ni (kerja2 mcm ni memang i like la sangat)...Betul kata Yatie, berbaloi membuatnya. Yatie la jugak orangnya yang menggoda akak dengan fruit jellynya yang di intai dari blog Kak Nor yang memang teramat2lah kreatif segala jenis masakannya.
Terima kasih kepada Kak Nor dan Yatie kerana kedua2nya selalu memberi inspirasi kepada akak!!

YA
  • 5 biji buah oren (beli yang besar2)
  • 10 g serbuk agar2
  • 1000 ml air + jus oren
  • 7 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar bes minuman oren sunquick
CARA MEMBUATNYA
  1. Dapatkan dulu jus oren secukupnya dan ketepikan dulu, akak dapat lebih kurang 500 ml
  2. Untuk sukatan air tambah lagi 500 ml untuk cukupkan 1000 ml
  3. Masakkan semua bahan kecuali jus oren dan bes sunquick dengan air sebanyak 500 ml tu
  4. Apabila sudah mendidih padamkan api dan biarkan sebentar (akak tunggu 5 minit) naru masukkan jus perahan oren dan bes sunquick oren dan kacau2kan supaya sebati
CARA MENYEDIAKAN KULIT OREN
  1. Basuh bersih2 buah oren dan belahkan ditengah2 buah oren
  2. Torehkan bahagian atas dan bawah oren tu, hati2 jgn sampai tembus kulit oren
  3. Gunakan sudu yang paling nipis dan korek keluar bahagian isinya
  4. Isi2 oren ni untuk diambil jusnya dan kulit oren untuk dituangkan jelly yang dah siap bercampur jus oren tadi
  5. Letakkan kulit oren di atas gelas (akak letak atas bekas plastik dadih) baru tuangkan jelly ke atasnya perlahan2
  6. Biarkan ia sejuk di dalam fridge semalaman ( lagi sejuk lagi sedap dimakan....)
  7. Bila dah dikeluarkan dari fridge tu gunakan gunting dan potong bahagian tepi di sekeliling buah oren tu untuk tujuan kecantikannya ngeh3...
  8. Gunakan pisau yang paling tajam untuk dipotong2 seperti kita potong buah oren dan boleh la dihidangkan untuk dimakan.

Wednesday, November 17, 2010

RENDANG BERKARI AYAM

Assalamualaikum...semoga semuanya sihat2 selalu ya! Di sini adalah rendang ayam yang akak masak untuk dimakan dengan lemang di pagi Aidil Adha tadi. Selain dari rendang yang akak masak ni ada juga beberapa jenis masakan rendang air tangan mak mertua yang jadi hidangan kami. Hari ni akak banyak gunakan hari cuti dengan aktiviti mengemas dapur tambah pulak pagi2 tadi sibuk sediakan set nasi baryani tempahan dari pelanggan...faham2 je la macamana keadaan dapur tu kan!! Dan hari ni jugak akak ambil peluang untuk buat persediaan bahan2 untuk memasak keesokan harinya pulak...Ok la ya, seperti biasa resepinya ada kat bawah ni...
BAHAN-BAHANNYA
  • 2 ekor ayam dipotong agak sederhana besarnya
  • 20 biji bawang merah *
  • 2 labu bawang besar *
  • 10 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 2 cm lengkuas *
  • 5 batang serai *
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • Bahan penumis 4 sekawan secukupnya
  • 3 helai daun kunyit dihiris halus
  • 2 mangkuk santan pekat dari 2 biji kelapa
  • 5 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 sudu besar gula
  • Garam secukupnya

Bahan yang bertanda * hendaklah dikisar bersama2

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis bahan2 penumis dan bahan kisar diikuti cili kering kisar dan rempah kari, tambah 1 cawan air dan masak sehingga agak garing dan naik baunya
  2. Masukkan pula daging ayam dan kacau2kan ia hingga sebati dan tambah santan pekat dan kacau2kan lagi
  3. Apabila kuah dah agak pekat, masukkan kerisik diikuti asam keping, garam dan gula secukupnya
  4. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan kacau supaya rata
  5. Boleh la ditutup api apabila ayam dah cukup masak dan kuah rendang sudah betul2 pekat dan sedia untuk dihidangkan

SALAM AIDIL ADHA 1431H

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1431H BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA
"Dan bagi tiap2 umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain2nya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan pengurniaan Nya kepada mereka binatang2 ternakan yang disembelih itu kerana Tuhan kamu semua lah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada Nya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang2 yang tunduk taat
Surah al-Hajj, ayat 34

Monday, November 15, 2010

PAI AYAM & CENDAWAN

Assalamualaikum...malam2 gini makan pai ayam yang tersangat la yummy...dah abis dah ni, jadi tak boleh nak mintak2 ya! Jangan marah...Buat pai ni waktu perut anak beranak dah kelaparan tambahan hari hujan pulak tu, tgh sejuk2 ni rasa macam kat Cameron Highlands pulak..dapat pulak makan pai ayam ni tengah panas2, cuba bayangkan! Takpe3, sape teringin nak makan boleh la cuba buat sendiri ya. Bukannya susah pun. Intinya tu kalau taknak letak ayam boleh tukar kepada tuna, udang atau daging... 

BAHAN-BAHANNYA
PASTRI PAI
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan shortening
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan air ais
INTI PAI
  • 2 ketul isi ayam bahagian dada di potong kecil2
  • 1 tin sup ayam cendawan
  • 10 biji cendawan butang dalam tin dihiris nipis2
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis2
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 5 sudu besar susu segar (takde pun tak pe ok)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 keping keju dipotong kecil2
CARA MEMBUATNYA
  • Ayakkan tepung gandum dan garam bersama2 sebanyak 2 kali
  • Masukkan shortening dan mentega ke dalam tepung tadi dan gaul secara perlahan sehingga jadi berderai seperti serbuk roti
  • Masukkan air ais sedikit demi sedikit, uli tepung secara perlahan2 dan tak perlu diuli lama2, asalkan dah jadi doh cukup la
  • Bungkuskan dalam plastik dan masukkan dalam fridge selama 20 minit
  • Untuk intinya: panaskan mentega dan tumis bawang besar dan isi ayam sehingga kekuningan
  • Masukkan cendawan butang, lada hitam dan susu segar diikuti sup ayam cendawan dan kacau2kan hingga sebati
  • Bila inti dah pekat, masukkan gula dan sedikit garam ikut citarasa masing2 dan boleh la ditutup apinya
  • Keluarkan pastri dari fridge dan bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian ukurannya besar sedikit dari bekas pie dish & 1 lagi bahagian cukup untuk menutup bahagian atas pai nanti, canaikan pastri dengan ketebalan sederhana
  • Masukkan bahagian yang lebih besar ke dalam bekas dan tekan2 sedikit di sekeliling bahagian tepi
  • Tuangkan kesemua inti pai ke dalam pastri tadi, taburkan potongan keju di bahagian atas inti
  • Tutupkan permukaannya dengan sekeping lagi pastri dan kelimkan bahagian tepi supaya melekat kuat
  • Cucuk2 dengan hujung garfu supaya pai tak mengembung semasa dibakar nanti
  • Panaskan oven 200C dan masukkan pai dan dibakar selama 1 jam atau sehingga nampak garing permukaannya
  • Bila dah diangkat biarkan dulu selama 20 minit baru la boleh dipotong dan dihidangkan.
Rangup, lemak & berkrim.......

Sunday, November 14, 2010

AYAM PANGGANG BEREMPAH AIR TANGAN HUBBYKU...

Assalamualaikum semua....Salam petang Ahad, mudah-mudahan semuanya sihat2 ya. Ni akak nak tunjuk ayam panggang air tangan hubby. Wah....jenuh juga akak dan anak2 menunggu dengan sabarnya ayam panggang ni. Akhirnya dah dekat pukul 3 petang baru la kami sekeluarga makan tengahari. Hubby akak kalau bab panggang memanggang ni memang minat sangat la dia...Resepinya :
  • 1 ekor ayam di belah 4 bahagian (direbus 3/4 masak & toskan ayam, simpan air rebusan)
  • 10 biji bawang merah *
  • 4 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 biji buah keras *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 2 batang serai *
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 batang serai diketuk2 & diikat bersama2 (digunakan utk sapu bahan pes panggang pada ayam nanti)
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 2 sudu besar gula ( boleh tambah ikut kesesuaian rasa)
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Semua bahan yang bertanda * hendaklah dikisar bersama2 hingga betul2 lumat
  2. Panaskan 1 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga kekuningan
  3. Masukkan pula pes cili kering, serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar dan boleh tambah 1 cawan air rebusan ayam, tunggu hingga agak garing
  4. Masukkan pula santan pekat dan kacau2kan hingga kuah menjadi betul2 pekat.
  5. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa dan bila dah sebati rasanya bolehlah ditutup api
  6. Ayam yang dah direbus 3/4 masak tadi dikelar2 sedikit pada permukaannya
  7. Lumurkan ayam dengan pes ayam panggang yang dah kita masak tadi secukupnya, baki pes simpan untuk disapu semasa proses memanggang nanti ya..
  8. Perap selama 1 - 2 jam supaya rasa rempah sebati dengan isi ayam
  9. Sediakan tempat memanggang dengan bara api yang sederhana boleh la mula memanggang ayam tu (gunakan alat memanggang yang sesuai ok)
  10. Gunakan serai yang dah diketuk2 dan diikat bersama2 tu untuk menyapu baki pes pada ayam yang sedang dipanggang
  11. Alih2kan semasa memanggang ayam dan boleh la diangkat bila dah cukup garing, tak perlu terlalu lama kerana ayam dah 3/4 masak, kalau lama sangat isi ayam dah tak sedap, hilang jusnya...

Sedap betul ayam panggang air tangan babah ni.....

Kita cicah dengan air asam ni, lagi la terangkat....

Owh....patut la lambat Yang ooi...ikan keli turut jadi mangsa panggang. Emmm sedap3...

Friday, November 12, 2010

ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualakum buat semua....harap semuanya sihat2 yea! Seperti biasa akak sampai kat sini dah malam, orang lain dah nak masuk bilik tidur akak baru dapat nak menjenguk kat sini. Yang kat gambar tu adalah asam pedas ikan pari yang akak masak tengahari tadi. Akak kalau masak asam pedas mesti la betul2 pedas, kalau ala-ala nak pedas je baik tak payah masak dan tak payah makan.. Setiap kali memasak ikan pari ni, akak akan teringat kepada pembantu rumah akak yang pertama dulu, Yus namanya. Dia ni boleh kata semua yang akak masak dia akan makan dengan berseleranya, kira dia ni memang senang la nak jaga (akak ni jaga pembantu rumah macam jaga anak2 la pulak kan...) Tapi bila time masak ikan pari je, sikit pun dia tak teringin nak makan. Sekali tu akak pun tanya dia kenapa tak makan ikan pari. Dia pun jawap dia tak sanggup nak makan ikan pari sebab ikan pari tu jenis ikan yang beranak, bukannya jenis bertelur. Akak pun tanya sape cakap, katanya nenek dia..wakakakaaa.....tak kuasa dah nak layan. Emmm, less people more food kan!! BAHAN-BAHANNYA
  1. Seekor ikan pari (dipotong sederhana besar)
  2. 3 sudu besar cili kering *
  3. 6 biji bawang merah *
  4. 1 labu bawang besar *
  5. 3 biji bawang putih *
  6. 2 cm belacan bakar *
  7. 2 batang serai ( 1 diketuk & 1 lg dikisar bersama2 bahan yg lain)
  8. 2 hirisan lengkuas diketuk2
  9. 1 mangkuk air asam jawa sederhana pekat
  10. 1 mangkuk air
  11. 1 bunga kantan dibelah 2
  12. 10 bij kacang bendi
  13. 2 tangkai daun kesum
  14. Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  • Mula2 kisarkan sehingga betul2 halus semua bahan bertanda * bersama sebatang serai
  • Panaskan minyak lebih kurang 2 sudu besar dan tumiskan semua bahan kisar tadi bersama2 serai dan lengkuas yang diketuk, biarkan sehingga betul2 garing, boleh tambah sedikit air jika terlalu kering
  • Masukkan air asam jawa, dan semangkuk lagi air, tunggu mendidih sebentar
  • Dah mendidih masukkan bunga kantan, kacang bendi dan daun kesom, tunggu sebentar sambil dikacau2 bil hingga nampak berminyak di permukaannya
  • Akhir sekali masukkan ikan pari dan garam secukupnya
  • Tunggu mendidih dan tutup api apabila ikan sudah betul2 masak dan sedia untuk dihidangkan

Wednesday, November 10, 2010

VADE UDANG

Assalamualaikum buat semua...vade udang ni dibuat petang tadi. Makan petang2 sambil minum kopi. Teringin nak makan vade so kena la buat sebab kat area sini takde orang yang menjualnya. Vade ni walaupun dah sejuk tapi masih lembut...makan tengah panas2 apalagi lah, memang sedap. Resepinya mudah aje, begini :
BAHAN-BAHANNYA
  • 1 cawan tepung kacang dhal hitam
  • 2 cawan tepung gandum
  • Udang segar secukupnya
  • 2 labu bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji cili hijau dihiris halus
  • 2 tangkai daun kari dihiris halus
  • 1 sudu besar yis mauripan
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cm halia dicincang halus2
  • 1/s dudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan air suam

CARA MEMBUATNYA

  1. Satukan tepung kacang dhal, tepung gandum dan soda bikarbonat dan diayak bersama2
  2. Masukkan yis, bawang besar, cili hijau, daun kari, garam dan serbuk lada ke dalam bekas tepung tadi
  3. Masukkan air suam dan gaul sehingga betul2 sebati. Adunan ini agak lembut dan melekat2 jika disentuh
  4. Peramkan sebentar dalam 1 ke 2 jam
  5. Waktu nak menggoreng, panaskan minyak secukupnya (agak banyak juga)
  6. Letakkan alas plastik yang dibasahkan sedikit dengan air atas tapak tangan, guna sebelah tangan lagi (basahkan jari2 dulu) dan jemputkan adunan keatas plastik dan dibentukkan menjadi agak leper
  7. Letakkan udang dibahagian permukaannya dan ditekan2 sikit supaya melekat
  8. Alihkan ke dalam minyak perlahan2 dan goreng la sehingga warnanya kekuningan
  9. Setiap kali nak menjemputnya basahkan dulu jari untuk memudahkan dan tidak melekat2 di jari...begitu juga dengan alas plastik hendaklah selalu dibasahkan dengan air supaya tak melekat.

Tuesday, November 9, 2010

PERIA CILI BERSANTAN

Salah satu hidangan yang akak masak tengahari tadi. Sangat cepat habisnya sebab ramai yang suka termasuk akak...Lepas siap dimasak, akak akan ketepikan sedikit sebab nanti habis tak merasa pulak...Tadi akak ratah2 je peria ni sebab tak makan nasi..memang sukaaa sangat peria tapi kena masak style macam ni baru akak makan.
BAHAN-BAHANNYA :
2 biji buah peria
5 biji cili merah *
1 labu bawang besar *
3 biji bawang putih *
Sedikit udang segar
1 cawan santan pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
CARA MEMBUATNYA
  • Peria dibelah tengahnya, gunakan sudu dan buang bahagian tengah termasuk bijinya, dihiris nipis2 dan direndam dengan air yang dicampur sedikit garam selama 15 minit untuk menghilangkan sedikit rasa pahitnya, toskan
  • Bahan yang bertanda * hendaklah dikisar bersama2 dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan garing sedikit
  • Masukkan udang sambil dikacau2kan dan tunggu beberapa minit baru masukkan sos tiram dan peria yang dah dihiris nipis tadi, kacau lagi
  • Tuangkan santan pekat dikuti garam dan gula, rasa dulu jika ada yang kurang boleh ditambah ikut citarasa
  • Kacau2kan selalu dan bila dah agak pekat santannya boleh la ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Peria idaman hati ku.....

JEMPUT-JEMPUT PISANG

Salam semua....Jemput lah makan jemput-jemput pisang ni, panas2 lagi tau..buat jemput2 ni di waktu malam untuk dikunyah2 sambil melipat kain yang menggunung sebab dah 2 hari tak melipatnya. Semasa update n3 ni dah tinggal beberapa ketui je cokodok ni....(pernah dengar tak perkataan COKODOK??) Malam ni tak makan nasi pun, tak larat nak makan sebab penat sangat dengan aktiviti luar (cabut rumput kat depan kedai laaa...) Kalau ada orang suap, best kan... Apa2 pun ini la resepi untuk gorengan jemput-jemput pisang kali ini. Akak kalau buat jemput2 ni ikut bantai je apa yang ada pada waktu tu...Janji bila makan rasanya sedap. Lagi satu, dah nama pun jemput2 mesti la guna jari kan, ada pulak sorang tu (tak leh bagitau nama dia, rahsia la konon2nya) kata dia geli la guna jari, baik guna sudu. Ikut suka la kan, bagi akak baik lagi pakai jari2ku yang comel ni. Kalau ada sesape yang tak reti buat boleh la cuba ya!
BAHAN-BAHANNYA
15 biji pisang yg masak ranum (dibuang kulitnya ok)
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu segar
Minyak untuk menggoreng
Air garam (1 sudu teh garam campur 1 cawan air)
CARA MEMBUATNYA
  • Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air garam ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sehingga pisang betul2 hancur dan sebati
  • Tuangkan ia ke bekas yang bersesuaian
  • Panaskan minyak di kuali dengan api sederhana
  • Ni cara mak akak ajar, celup2 dulu jari-jemari ke dalam air garam sebelum menjemput adunan pisang tu
  • Jemput dengan tangan bulat2 ikut saiz yang kita suka dan masukkan ke dalam minyak perlahan2
  • Alih2kan sekali sekala tapi jgn selalu sgt nanti tak jadi membulat, jadi melonjong pulak
  • Dah agak coklat warnanya bolehlah diangkat dan toskan betul2 dulu minyaknya sebelum dimakan panas2

Sunday, November 7, 2010

GREEN APPLE CLAFOUTI

Malam ni akak tak makan nasi pun, akak makan yang kat gambo tu aje...adakah akak on diet? Jawapannya, no..no..no..Sebab kalau akak berdiet akak takkan sentuh apa2 makanan gini. Ingat lagi dulu pernah berdiet dengan makan biskut oatmeal, buah epal dan minum susu low fat, exercise 1 jam sehari. Hasilnya, memang amat menggembirakan. Dalam 2 bulan boleh turun lebih kurang 10 kg...heh, ni betul2 tau, tak tipu punya...Nantilah kot2 bila masa mengizinkan akak teringin nak diet balik macam tu...(alasan yang tak logik...) Masa shopping kat Tesco aritu akak beli stok epal hijau dengan banyaknya, macam sebulan takyah beli epal hijau...dah hantu epal nak buat camne kan! ngeee Sebelum Maghrib tadi masuk oven, lepas Isyak dah boleh makan. Resepinya macam ni laaa.... BAHAN-BAHANNYA
  • 2 biji epal hijau yang segar bugar (dibuang biji dan dihiris nipis)
  • 2 sudu teh halia yg disagat halus
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 biji telur ayam
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu teh vanila

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan oven 180C
  2. Susun buah epal yang dihiris nipis di atas pie dish atau apa2 je loyang pun boleh
  3. Taburkan 2 sudu makan gula dan sagatan halia di atas buah epal tu dan ketepikan dulu
  4. Masukkan tepung, garam, gula yang 1/2 cawan, telur, susu dan vanila ke dalam pengisar dan kisar sekejap hingga sebati
  5. Curahkan adunan ke atas epal yang disusun dalam pie dish tadi
  6. Bakar selama 45 min atau hingga garing permukaannya
  7. Keluarkan dari oven dan biarkan 10 minit baru boleh dihidangkan.

Jemput makan clafouti dengan nescafe o panas....

JUS EPAL ASAM BOI

Jom minum jus epal asam boi...emmmm lega tekak dapat minuman macam ni kan!! Ni yang akak buat untuk minum2 selepas lunch tadi. Tengah takde keja tadi belek2 entry masak2 akak baru terperasan belum ada satu pun minuman yang masuk kat sini. Bukanlah sebab akak ni tak pernah buat minuman ya, baru iye tuuu.... Takpe lah since blog ni pun usianya baru bape bulan je kan, belum terlambat lagi, betul tak? Okay, terimalah minuman pertama kat sini untuk semua pembaca yang tersayang....
BAHAN-BAHANNYA
  • 1 biji epal hijau
  • 2 biji asam boi
  • 3 sudu besar sirap gula
  • 1 gelas air masak
  • Air batu hancur secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Epal hijau dikupas kulitnya dan dibuang bijinya lalu dipotong kecil2
  2. Masukkan kedalam juice blender sekali dengan sirap gula dan air masak
  3. Blend kan sehingga betul2 sebati dan hancur epalnya
  4. Ambil jusnya dan tuangkan ke dalam gelas
  5. Masukkan asam boi dan diikuti air batu hancur dan sedia untuk dinikmati
I like!!!......U like ????

CHICKEN BLACK PEPPER WITH SHITAKEI MUSHROOM

Assalamualaikum semua...moga semuanya sihat di hari Ahad yang membahagiakan ini..Memang bahagia sangat kan kalau dapat bersantai dengan anak2 kat rumah. Ni salah satu hidangan yang akak masak untuk lunch nanti. Nak makannya lambat lagi so sempat la akak tayang2 kat sini dulu. Waktu beli cendawan shitakei ni kat Tesco memang dah niat nak masak camni. Resepinya seperti di bawah... BAHAN-BAHANNYA

1 ekor ayam dipotong 14 8 cendawan shitakei dihiris2kan 8 biji bawang merah * 4 biji bawang putih * 2 cm halia * 1 sudu makan sos lada hitam 1 sudu makan kicap pekat 2 sudu makan kicap cair 2 biji tomato dibelah2 2 biji cili merah dipotong mancis (memanjang) 1 labu bawang besar dipotong bulat 1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan secawan air 1 sudu makan gula dan sedikit garam (ikut citarasa masing2) yang bertanda * bahan untuk dikisar Cara membuatnya
  • Ayam digaul dengan sedikit je garam dan kunyit lalu digoreng seperti biasa dan ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga kekuningan
  • Masukkan sos lada hitam, kicap pekat dan kicap cair diikuti tepung jagung yang siap dibancuh dan sebatikan kuahnya
  • Masukkan ayam yang dah siap digoreng tu dan kacau2kan lagi
  • Masukkan pula buah tomato, cili merah dan bawang besar diikuti cendawan shitakei dan masak sebentar je hingga cendawan lembut
  • Tutup api dan boleh la diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Cendawan shitakei

Saturday, November 6, 2010

JOM IKUT GI TESCO KAMPAR NAK?

Assalamualaikum....semalam tiba2 hubby ajak pergi Tesco Kampar. Tengok jam dah pukul 9 malam. Laaa, kenapa tak habaq awai2...biasa la orang pompuan nak siap bukan cukup 10 minit. Lepas tu, suruh cepat2 pulak. Takpe2... demi taknak terperuk kat rumah akak pun berlari ke atas dan sarung je jubah apa yang ternampak kat mata. Tudung pun main sambar je laa...Anak2 pun ikut, semua pakai baju tidur...kalau suruh depa tukar baju alamat Tesco pun dah tutup.. Hubby dengan calculatornya...tak sah kalau tak campur, tolak, kali & bahagi Dah nama pun orang dapur kan.... Puas hati bila dah dapat Ultraman Hasilnya..... Kalau tak 2 troli, tak sah kan hubby...... Kereta dah jadi macam lori je....Masa ni dah 12 tgh malam, singgah pulak makan Sate Zul kat Bandar Baru Kampar, sampai rumah dah pukul 1.40 pagi...