Assalamualaikum semua dan salam petang Sabtu yang indah...petang2 gini seronok buat apa ya? Akak cadang kejap lagi nak berkebun kat depan rumah tu. Nampak lalangnya dah sama tinggi dengan akak je, kalau ajak hero2 akak mau riuh rendah 1 taman nanti ni.....
Ayam panggang yang akak tunjuk ni yang akak buat untuk dinner semalam. Kali ni akak buat agak pedas, tapi akak tengok anak2 makan ok je macam tak pedas pun, bagus3..nampaknya depa dah reti makan pedas2 macam mama. Tinggal la babah sorang yang tak reti2 makan pedas...takde geng la dah ya babah! Hidangan lain adalah kentang putar, coleslaw dan wedges dengan sos mentega....sendiri bikin punya tau, tak main beli2 punya..kata2 yang agak sombong & bongkak... :)
Resepinya seperti kat bawah ni ya...
BAHAN-BAHANNYA
- 1 ekor ayam bersaiz besar dibersihkan dan toskan
- 1 biji bawang besar *
- 3 biji bawang merah *
- 8 biji bawang putih *
- 2 cm halia *
- 2 sudu besar serbuk cili
- 5 sudu besar madu
- 1 sudu besar mustard
- 3 sudu besar sos pizza
- 3 sudu besar mentega
- Garam secukupnya
CARA MEMASAKNYA
- Semua bahan * hendaklah dikisar halus
- Campurkan semua bahan kisar dengan serbuk cili, madu, mustard, sos pizza, mentega & garam dan kacau2kan sehingga sebati
- Lumurkan keseluruh ayam tadi sehingga betul2 rata dibahagian dalam dan luarnya dan perapkan selama 1 jam
- Simpan bakinya untuk disapu pada ayam semasa proses memanggang nanti
- Panaskan oven suhu 200C dan masukkan ayam
- Selepas 15 minit, keluarkan ayam dan sapukan lebihan bahan perapan tadi dan masukkan semula ke dalam oven
- Ulangi sehingga ayam betul2 masak, lebih kurang sejam dan boleh la dikeluarkan terus dari oven dan dihidangkan
No comments:
Post a Comment