Wednesday, June 30, 2010

AYAM MASAK MASALA

Assalamualaikum buat semua..moga2 semuanya sihat2 je ya! Malam ni akak buat ayam masak masala. Akak masak lauk ni bukan untuk dimakan dengan nasi tau...tapi untuk dicicah dengan roti canai yang dibuat sendiri tadi. Wah, anak bila tau je mama nak buat roti canai mula la riuh rendah order roti canai kesukaan masing2. Ada yang nak roti canai telur, ada yang nak roti canai planta, ada yang nak roti canai pisang , akak pun layan je la apa depa nak. Actuallykan, akak pun memang semenjak dua menjak ni dh macam seronok menebar roti canai. Especially bila semakin lama semakin cantik tebarannya. Rasa macam dah lulus je, dah boleh jadi menu kat RTH ni..hehe..
Ni resepi ayam masala...
Seekor ayam
1 bawang besar dihiris2
10 biji bawang merah )
5 ulas bawang putih ) dikisar
Halia 1cm )
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kas-kas ) takde pun
1 sudu teh garam masala ) takpe
4 biji limau nipis diambil jusnya
2 tangkai daun kari
2 sudu makan gula
Garam dan kunyit secukupnya
Ayam diperap bersama garam, kunyit, serbuk cili, 2 sudu makan bawang2 yang dikisar dan air limau selama setengah jam.
Gorengkan ayam hingga masak. Ketepikan dulu ayam.
Didalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris, lebihan bawang kisar, rempar kari, jintan manis dan jintan putih.
Bila tumisan tu dah wangi je baunya bolehla dimasukkan ayam tadi, daun kari dan secawan air.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masak lebih kurang 10 minit dan sedia dihidang.

Monday, June 28, 2010

KUIH BAKAR KENTANG

Salam buat semua...akhirnya akak pun terbuat jugak kuih bakar kentang seperti yang dilihat di rumah Asma, Mas dan Izah. Memang dah agak pun hasilnya amat memuaskan hati orang yang memakannya. Tersangatlah gebunya cuma agak manis sikit la..tapi tak pe yang tu boleh adjust ikut citarasa masing2. Ni lah resepinya... BAHAN BAHANNYA
  • 2 biji kentang - rebus dan lenyek
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/3 cawan minyak sapi/butter
  • Pewarna (jika perlu)
  • Sedikit bijan (tak letak pun tak pe)

CARA MEMBUATNYA

  1. Kacau telur dan gula hingga hancur gulanya.
  2. Masukkan tepung gandum dan santan, kacau lagi hingga sebati lalu ditapiskan.
  3. Tuang dalam ubi kentang yang dilenyek.
  4. Masukkan butter yang dah dicairkan dan sebatikan dengan adunan.
  5. Sapukan loyang dengan minyak, panaskan sebentar dalam oven.
  6. Tuangkan adunan dalam bekas loyang.
  7. Bakar 20 min 180C.

HARGAILAH IA SEBELUM TERLAMBAT...

Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi... 

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...
Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu,kau merusak kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kaurasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?
Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "
Lalu TUHAN menjawab" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
PELUKAN & CIUMAN'nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal"...
Apa itu Yaa TUHAN ??Bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"...

Sunday, June 27, 2010

ROTI PURI KEMBONG

Assalamualaikum semua..dah malam2 ni mesti semua tengah dok bersantai dengan famili tersayang kan ! Roti puri ni akak buat untuk makan malam tadi...ni baru je siap ni, panas2 lagi. Malam2 makan roti puri, best la sebab tak heavy sangat. Famili pun suka, akak kena buat 2 bancuhan baru cukup. Dicicah dengan kuah dalca ayam dan sambal sardin..sambal sardin tu untuk akak je sebab anak2 tak gemar. Resepi akak ambil dari DAPUR IZAH
  Akak makan dengan sambal sardin, 2 roti puri baru cukup beb... Makan dengan dalca ayam pun sedap jugak...tengok roti puri tu kembong sgt..i like!

Saturday, June 26, 2010

HAWAAIAN PIZZA & DONUT BALLS

Assalamualaikum semua...emmm lama sungguh rasanya tak mengupdate blog ni. Salah satu sebab line internet yang tersangat2 slow membuatkan akak jadi fed up sebab terpaksa menunggu lama..so terpaksalah akak lupakan niat untuk jalan2 cari makan kat rumah kawan2 semua. Haa..ini pizza yang akak buat petang tadi. Disebabkan cuaca yang mendung tu perut masing2 asyik kelaparan. Teringat la pulak resepi yang sempoi ni. Dari resepi ni boleh buat donut jugak..so dapat la 2 jenis yang berbeza! Kami pun layan la makan pizza n donut sampai ke malam sebab terbuat banyak..Ni pun ada lagi ni..ada tak sesiapa yang teringin ? 

Akak siap buat frozen pizza n donut. Esok pagi2 senang kerja, masuk dalam oven dan panaskan sekejap.Resepi ni dah tak ingat dari mana akak dapat sebab dah agak lama akak salin, walau macamana pun akak ucapkan terima kasih banyak2 kepada penyumbangnya sebab resepi yang amat memuaskan.

Bahan2nya
  • 500 g tpg gandum high protin
  • 1 paket yis segera ( 11 g )
  • 50 g majerin
  • 1 sudu makan shortening
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200 ml air suam
Cara2nya
  1. Tuang air suam dan masukkan yis, gula, susu dan shortening. Kacau2 sikit
  2. Biar sebentar hingga yis berbuih2.
  3. Masukkan separuh tepung gandum ke dalam adunan. Gaulkan.
  4. Masukkan telur yang dipukul dan garam. Sebatikan dengan adunan tadi.
  5. Masukkan baki tepung dan uli sehingga dohnya tak melekat di bekas.
  6. Rehatkan 5 - 10 minit. Semasa proses ini sekiranya masih lembik boleh masuk tepung sikit.
  7. Buat la apa saja menu berkaitan yang anda inginkan dengan adunan tepung tu, ban bilis, pizza, donut pun boleh, ikut la kreativiti masing...
 

Tuesday, June 22, 2010

STRAWBERRY CHEESE CAKE

Salam buat semua...strawberry cheese cake ni akak buat awal pagi tadi. Mula tu malas nak layan cheese2 ni sebab kononnya akak ni nak kontrol makan sikit. Tapi bila tengokkan buah2 strawberry yang beli kat Cameron Highlands tu macam dah nak lembik je so teringat pulak nak buat kek ni. Kena la tu kan..cheese cake n strawberry..

Start seawal 7 pagi dan siap sejam kemudian. Seronok buat kek ni..dah la mudah caranya, rasanya pun sedap. Tak la terlalu berkeju sangat rasanya. Rasanya lemak2 berkrim gituuu..habis dietku untuk hari ni. Seminggu exercise pun takkan hilang..hehehe...Best lagi tau buat cheese cake sendiri dari beli kat luar. Walau se"gah" mana pun brand cheese cake tu bagi akak kalau nak makan baik buat sendiri. Semestinya halal dan buatan tangan sendiri lebih terjamin kesuciannya..tak gitu ? Resepinya akak ambil dari sini
  Ni style yang akak tiru dari CMG yang femes sesangat tu..Kalau rajin buat la lorekan begini...nampak lebih cantik kek kita tu. Ambil plastik untuk deko kek tu, potong hujungnya sikit je, masukkan strawberry filling dan picitkan atas kek. 

Mula2 buat lingkaran demi lingkaran di sekeliling kek tu dan lorekkan dengan hujung pisau. Selang seli, dari tengah ke tepi, then tepi ke tengah.

Monday, June 21, 2010

KUIH LAPIS PISANG

Assalamualaikum...tengah2 malam baru nak bagi salam, semua orang dah tidur akak baru nak mengupdate nie.. Bagi yang baru nak masuk tidur tu semoga mimpi yang indah2 ye...Ini kuih yang sempat dibuat petang tadi. Actually, dah 2nd time membuatnya, memang sedap la. Resepinya akak ambil dari sape lagi yang terror bab kuih lapis melapis ni, tak lain tak bukan Kak Yatie yang nun di Lousiana, US tu. Resepi asal dari Chef Hanieliza yang femes tu...Ada beberapa resepi kuih lapis Yatie yang akak dah cuba dan hasilnya memang best ! Resepinya di bawah ni akak copy dari dapur Yatie...halalkan ya , thanks ! BAHAN BAHANNYA Bahan A
  • 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
  • 1 sudu teh garam

Bahan B

  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)

Bahan C

  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah

Cara Membuat

  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  3. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  4. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  5. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  6. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B).
  7. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebih kurang 10 - 12 minit.
  8. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

Sunday, June 20, 2010

CUTI2 KE CAMERON HIGHLANDS


Salam buat semua....dah malam2 gini baru dapat nak lepak kat sini. Itu pun bukan boleh lama-lama. Tapi, sempat la jugak akak jenguk rumah kawan2 sambil mengintai dapur orang. Gambar2 ni sebahagian dari yang diambil semasa bercuti di Cameron Highlands dengan famili akak. Dari rumah akak tak la jauh sangat kalau nak ke sana. Memang kerap ke sana sebab suka dengan suasananya yang dingin dan kehijauannya.
Buah anggur... 
 
Hero2 akak boring kalau suruh bergambar dengan bunga...
Mama, bosan la gambar dengan bunga ni...
Lata Iskandar, sempat berendam...

Friday, June 18, 2010

AGAR AGAR GULA MELAKA BERSANTAN

Salam petang yang cerah dan ceria ! Petang ni akak buat agar2, tengok kat dapur ada sikit agar2 tu baiklah akak masak je semuanya. Haa..selalu kan akak cakap resepi akak senang je, senang je, tapi yang ni susah je buatnya. Bukan apa, sebab akak terlebih rajin buat style yang menyusahkan dan melambatkan kerja akak. Tapi tak pe lah sebab rupanya cantik dan rasanya pun sedaaap..( jangan marah ya akak puji masakan sendiri..hahaha) Sape tak percaya boleh la try, rasa sendiri gerenti puas hati. 

Akak buat projek agar2 ni dgn hero2 akak. Depa ni nama je hero tapi semua minat kerja dapur. Sikit2 akak bagi la jugak depa tolong tapi takyah la lebih2 nanti terbalik lintang pukang barang2 kat dapur tu lagi pening kepala akak...kan !  Boleh tengok resepinya seperti di bawah ni..

BAHAN BAHANNYA
  • 20 g serbuk agar2
  • 1.8 liter air
  • 250 g gula pasir
  • 100 g gula melaka
  • 1 sudu teh chocolate emulco
  • Santan pekat dari 1 biji kelapa
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 masak serbuk agar2 dengan air & daun pandan sehingga agar2 hancur.
  2. Asingkan 2 cawan agar2 dan masukkan santan dan sedikit garam. Masak sekejap je.
  3. Agar2 yang selebihnya dimasukkan gula pasir, gula melaka, emulco dan masak hingga semua hancur.
  4. Agar2 bahagian santan dituangkan ke dalam bekas dan biar ia keras.
  5. Dah keras, boleh la diterap gunakan acuan yg berkenan di hati, akak guna small flower cutter
  6. Letakkan bunga2 kecil yang diterap dari agar2 santan tu kedalam apa2 bekas.
  7. Masukkan larutan agar2 bergula pula ke dalam bekas tu separuh je asalkan bunga2 tenggelam.
  8. Tujuan supaya bunga2 tu berada di bahagian atas bila dikeluarkan dari acuannya.
  9. Jika bubuh penuh nanti bunga2 akan timbul ke permukaan, tak cantik la beb...
  10. Dah keras sikit tu masukkan lagi larutan agar2 sampai penuh bekas acuannya.
  11. Dah keras boleh la dikeluarkan dari acuannya.Sedap dimakan selepas disejukkan dalam peti ais.
* Boleh juga buat cara senang, iaitu tuangkan santan kedalam periuk agar2 bergula dan kacau sekejap. Tutup api, dan tuangkan ke dalam bekas untuk dikeraskan. 
 

AYAM MASAK MERAH BERMADU

Salam buat semua di hari Jumaat yang mulia...ini antara menu yang dimasak untuk tengahari tadi. Setiap hari di RTH ayam merah madu ni mesti ada kalau tak macam tak lengkap hidangan kat sini. Alhamdulillah, memang ramai peminatnya, dan ada sorang customer tu hari2 akan makan lauk ni tanpa jemu...Resepi akak mudah je, bagi yang baru berumahtangga, yang baru nak belajar masak2 untuk suami tercinta tu boleh la cuba ya..tentu suami bertambah sayang. Semua suami suka makan masakan dari air tangan isterinya, tak gitu ! Ok , resepinya... BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu makan madu (akak guna jenis Khaula)
  • 2 biji tomato dibelah 4 setiap satu
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit garam & kunyit

CARA MEMBUATNYA

  1. Ayam dibersihkan dan toskan airnya sehingga kering. Lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit
  2. Gorengkan ayam hingga betul2 masak.
  3. Dengan lebihan minyak gorengan ayam tadi tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Masukkan juga cili kisar dan masukkan sedikit air dan tunggu hingga cili agak garing.
  5. Akhir sekali baru masukkan sos cili & sos tiram, kacau2kan sehingga sebati
  6. Masukkan pula madu, diikuti buah tomato dan kacau2kan lagi
  7. Terakhir masukkan gula & garam secukup rasa,buarkan kuah menjadi pekat.
  8. Masukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sebati dengan kuahnya. Siap untuk dihidang.

Thursday, June 17, 2010

AIR TANGAN ORANG TAK SOLAT

Buat renungan bersama.... 

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. 

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. 

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. 

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan.

Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Sumber : iluvislam

Wednesday, June 16, 2010

MACARONI GORENG MY STYLE

Selamat malam kawan2 semua...macaroni goreng ni baru je siap akak masak untuk makan malam. Macaroni ni memang favourite akak, masak la macamana pun memang akak suka. So kali ini akak masak style yang mudah je...ala macam buat mee goreng tu, cuma tak letak kicap dan yang lain sikit tu sebab akak ada bubuh tomato paste. Ok lah..layan je resepinya kot2 ada sesape yang tersesat masuk rumah akak ni dan tak tau nak masaknye boleh la try.. hehe..kita makan dulu ek !
1/2 bungkus macaroni (direbus dalam air yg dimasukkan sesudu minyak)
8 Bawang merah + 3 bawang putih + 1cm halia - dikisar
5 sudu makan cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan pes tomato
Sayur sawi dan carrot secukupnya
3 biji buah tomato dipotong dadu
Sedikit isi ayam dan udang sebagai perencah
Garam dan gula secukup rasa
Mula2 tumiskan bawang2 dan cili kering hingga garing.
Then masukkan bawang2, cili kering dan tunggu hingga garing sikit.
Masukkan pula sos2 dan pes tomato, diikuti perencah ayam dan udang.
Akhir sekali masukkan tomato dan sayur2 diikuti garam dan gula.
Last sekali baru masukkan macaroni yang sudah direbus tadi dan gaulkan sehingga rata.
Dah rata boleh la diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

KUIH SAGU

Salam untuk semua...Waktu begini mesti semua dah makan malam kot..yang akak baru nak masuk n3 kuih yang buat petang tadi. Kuih sagu ni kegemaran famili akak. Tengok kat rumah Mas ada, kat rumah Izah pun ada, teringin la pulak nak membuatnya..lagipun dah lama pun tak makan kuih ni. Nak buat pun mudah bebeno..semudah 1,2,3. Yang bestnye bila time nak potong kuih sagu ni utk disalut dengan kelapa parut, anak2 dah tunggu berderet sebelah pinggan. Letak je seketul, habis..letak lagi seketul, habis jugak...nasib baik ada lagi sikit ni untuk ditangkap gambonye.. Resepi sama je dengan yang lain cuma sukatannya berbeza la sikit sebab akak buat banyak la baru cukup kan...Akak kalau buat mesti 2 jenis, ros merah dan gula melaka.
BAHAN BAHANNYA
  • 3 cawan sagu halus ( akak bahagikan 2 bahagian sama banyak )
  • 3 cawan air + 1 cawan gula pasir + perisa ros
  • 3 cawan air + 1/2 cawan gula melaka + 1/4 cawan gula pasir
  • 4 Daun pandan
  • Kelapa parut yang putih saja + sedikit garam secukupnya

cara membuatnya

  1. Mula2 rendam sagu sampai kembang, selalu dalam 15 minit je. Toskan ia.
  2. Didihkan air secukupnya dan masukkan pati sirap atau gula melaka, gula pasir dan daun pandan yang disimpulkan.
  3. Masukkan sagu dalam air gula yang dah mendidih dan kacau hingga pekat.
  4. Bila dah pekat tutup dulu api dan keluarkan sagu lalu masukkan ke dalam bekas lain untuk dikukus pula selama 20 - 30 minit.
  5. Selepas itu masukkan dulu dalam peti sejuk dan boleh la dipotong2.
  6. Ambil kuih sagu yang siap dipotong dan golekkan ke dalam parutan kelapa. Siap untuk dimakan.

Tuesday, June 15, 2010

AYAM GORENG BEREMPAH MAMAK STYLE

Salam ceria semua...mana tak ceria perut masing2 dah kekenyangan dan time2 gini paling best kalau dapat lazy2kan diri atas sofa kan...Itu bagi yang suri2 kat rumah boleh la buat, tapi bagi yang bekerja tu jangan nak lazy2 tau nanti bos marah ! Ini ayam goreng berempah yang akak buat untuk tengahari tadi. Actually kan akak dah banyak kali buat ayam goreng berempah ni, tapi yang ini akak rasa yang paling menepati citarasa akak. Memang best la ayam ni cukup semua rasa dan yang paling penting tersangatlah garing tepungnya itu. Resepi akak letak dibawah ini BAHAN BAHANNYA
  • Ayam seekor dipotong 10 (akak potong 12)
  • 4 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 bawang besar+4 ulas bawang putih+2inci halia dikisar
  • 3 tangkai daun kari dipotong halus
  • Serbuk kunyit dan garam secukupnya
  • Minyak secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Bersihkan ayam dan tapiskan ia sehingga betul2 kering.
  2. Lumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam dengan rata.
  3. Masukkan serbuk kari, kisaran bawang dan gaul rata lagi.
  4. Perapkan di peti sejuk selama 1-2 jam.
  5. Gaulkan sekali tepung ubikayu, tepung beras dang tepung jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari. Bubuh sedikit air dan dapatkan kelikatan yang tepat.
  6. Gaulkan sekali ayam yang diperap dengan bancuhan tepung tadi.
  7. Perap lagi 20-30 minit.
  8. Goreng ayam dalam minyak yang betul2 panas, biar ayam betul2 tenggelam dalam minyak.
  9. Goreng api sederhana. Angkat bila sudah nampak betul2 garing & toskan minyaknya

Monday, June 14, 2010

ROTI AYAM BERKEJU

Salam petang....hujan tak henti2 sepanjang petang ni. Semua duk terperuk kat rumah, nak keluar pun takde mood so layan aktiviti makan je lah. Ini makanan yang baru akak buat kejap tadi tapi dah lama licin diserbu oleh hero2 kat rumah ni. Dah habis satu pusingan akak tengok masing2 macam tak kenyang lagi so akak buat 2nd round pulak...anak2 tengah nak membesar begitu lah kan !  

BAHAN BAHAN
 
Sebuku roti 
Isi ayam secukupnya
Kepingan cheese 
Bawang besar dipotong dadu
Susu pekat manis
Garam 
Lada sulah 
Sos cili
mayonis
Minyak zaitun - nak guna minyak biasa pun boleh 

CARA MEMBUATNYA
 
Mula2 isi ayam dan bawang besar dicincang2 halus. 
Panaskan minyak dan goreng ayam dan bawang, masukkan sedikit garam dan lada sulah. Masak sampai kekuning2an. 
Ambil sekeping roti, letakkan cheese di atasnya. Letak inti ayam di atas cheese dan picitkan sos cili & mayonis di atasnya. Ambil roti lagi sekeping dan tangkupkan ke atasnya. Tekan2 supaya melekat. 
Dalam satu mangkuk pecahkan telur, campur sedikit garam, lada sulah & susu dan kacaukan. 
Ambil roti yang dah siap berinti lalu disalutkan ke dalam telur tadi. Panaskan kuali dan gorenglah sehingga kekuningan. Setelah diangkat bolehlah dibelah tengahnya. 
 

Sunday, June 13, 2010

BLUEBERRY CHEESE TART

Blueberry cheese tart ni akak buat petang tadi untuk kudapan anak2 waktu depa belajar. Anak2 siap suruh buat lebih untuk makan2 time tengok bola nanti..al maklumlah anak2 lelaki kalau pasal bola sanggup bersengkang mata sampai ke pagi, babahnya pun sama jugak kalau time piala dunia ni, tak tidur pun tak pe..Rasa2nya ramai yang tahu buat tart ni kan, takpe lah kot2 ada yang tak tau lagi resepinya dan teringin nak makan boleh la try ya ! BLUEBERRY CHEESE TART SUMBER : HAJAH NORAINI HAJI ZAKARIA BAHAGIAN PASTRI
  • 125 g mentega
  • 60 g gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 250 g tepung gandum serbaguna
  • Sedikit garam
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 - 2 sudu makan air
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan mentega, gula, garam dan esen vanila, pukul sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi.
  2. Masukkan pula tepung sedikit2 dan gaul hingga jadi doh yang lembut. Jika agak kering tambah air dan uli lagi.
  3. Bulat2kan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tat.
  4. Bakar 20 min dengan suhu 180 C. Bila dah sejuk sikit keluarkan ia dari acuan tat.

INTI KRIM KEJU

  • 250 g krim keju Philadelphia
  • 50 g mentega
  • 70 g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan blueberry pie filling

CARA MEMBUATNYA

  1. Pukul krim keju, mentega dan gula sampai kembang dan gebu.
  2. Masuk telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Sudukan inti dalam tat yang telah dibakar.
  4. Letakkan sedikit blueberry filling ditengahnya.
  5. Buat corak lorekan ikut kreativiti masing2.
  6. Bakar semula selama 20 min dan suhu 180 C.

PARU LADA HITAM BERSANTAN

Salam Ahad yang ceria ! Paru lada hitam bersantan ni antara masakan akak hari ini. Masakan ini antara masakan akak yang paling simple..Sesuai jugak untuk ibu dalam pantang. Makan dengan nasi panas2 memang sedap. Ramai yang gemar makan paru termasuk akak sendiri, lebih suka makan paru dari daging. Makan organ dalaman ni sekali sekala ok tapi jangan selalu, tak elok kata orang...(bukan kata akak ya..) Meh la kita tengok resepinya, jom .... 

BAHAN BAHANNYA
  • 1 kg paru
  • 2 batang serai diketuk2
  • 1 helai daun kunyit dikoyak2
  • 1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
  • 1 cm kunyit hidup ditumbuk
  • Santan pekat dari sebiji kelapa
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • 1 asam keping
CARA MEMASAKNYA
  1. Seperti biasa paru direbus dahulu sehingga betul2 empuk.
  2. Hiris nipis2 paru dan masukkkan dalam kuali.
  3. Masukkan juga semua bahan2 yang lain kecuali asam keping, garam & gula.
  4. Masak atas api sederhana sehingga betul2 pekat.
  5. Bila dah pekat masukkan asam keping, garam dan gula.
  6. Sesuaikan rasanya ikut selera masing2.
  7. Tunggu hingga betul2 kering baru tutup apinya dan sedia untuk dihidangkan

Saturday, June 12, 2010

UDANG GORENG RANGUP

Salam Sabtu yang indah....tengah cuti sekolah ni dapur akak nampaknya lebih sibuk dari biasa. Mana taknya, anak2 dok asyik ulang alik ke dapur dan macam2 pulak mintak nak makan. Sebagai ibu yang nak kata rajin tak la sangat tapi akak memang tak pernah rasa jemu melayan karenah makan anak2. Rasanya semua ibu2 pun begitu kan..kan...Kadang tu tengah2 malam depa mintak pun akan akak masakkan..Nasib baik takde yang kena obesiti! Gambar kat atas tu udang goreng rangup kegemaran family akak. Nak buat pun senang je..cuba tengok resepi tu kalau tak percaya..senang je kan!
UDANG GORENG RANGUP
1/2 kg udang besar
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 biji telur dibancuh dgn 1/2 cwn susu segar
Sedikit garam
1 sudu makan serbuk perencah Hilal
Caranya senang sangat..campurkan semua bahan2 dan gaul sehingga sebati dengan udang2 yang telah ditos hingga betul2 kering. Masa nak goreng tu, masukkan udang seekor dengan memegang ekornya..celupkan badannya dulu, tak lama kemudian baru lepaskan udang ke dalam minyak. Goreng la sehingga betul2 garing. Ni kalau ratah je pun sedap..

Tuesday, June 8, 2010

TEMPAHAN KEK HANTARAN PERTUNANGAN

Tempahan dari seorang makcik untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya. Actually, akak keberatan nak membuatnya sebab belum cukup persediaan. Hasrat nak pergi belajar kaedah steam buttercream pun tak tercapai lagi. Tapi tak sampai la hati pulak nak reject permintaan makcik tu..dah la dia my regular customer. 

At the same time, di hati ini teringin jugak nak give it a try so akhirnya akak pun bersetuju lah..Makcik siap bagi deposit dari minggu lepas lagi sebab dia risau sangat akak tak jadi buat. Dia kata buat je yang simple tapi yang penting kek tu sweeet dipandang.. 

Malam tu tak tidur dibuatnya memikirkan hal kek tu..memang macam cari penyakit kan! Mula terfikir yang bukan-bukan..eh kenapa la tak cakap aje kat makcik tu "makcik, saya dengan kerja restoran pun tak menang tangan macamana nak buat kek untuk makcik." kan dah settle satu masalah, takyah nak pening2 sampai tak boleh tidur malamkan..So, mula tu nak buat kaedah buttercream biasa tapi fikir2 balik baik cuba sesuatu yang berbeza dan teringat pulak kaedah steam buttercream.

 Dah takleh tidur tu akak pun jelajah internet dan dapat la idea sedikit sebanyak..Setelah mencuba sedaya upaya selama 5 jam inilah hasilnya....
Kek Coklat Baldu Merah kaedah Steam buttercream yang simple dan diakui masih banyak cacat cela disana sini... 

Naik lenguh tangan membentuk bunga2 ros ni...tak banyak mana pun bunga ros tu cuma 6 kuntum je..lenguh je yang lebih2..huahahaha... 

Muka makcik nampak terkejut je waktu dia buka kotak kek tu..Akak pun tanya lah "kenapa makcik ?" nasib baik dia jawap "cantiknya kek...makcik tak pernah tengok yg macam ni kat kedai kek..nanti bulan 11 depa kawin makcik nak tempah lagi kat hang tapi kali ni yang dua tingkat."Akak dengar dia puji tu hati rasa berbungalah jugak tapi tang nak buat kek 2 tingkat tu yang pening sikit sebab tak pernah lagi membuatnya.

 Harap2 sempat la pergi belajar buat kek 2 tingkat lepas ni. Alhamdulillah makcik gembira..dan sebenarnya itulah saja niat akak bukan untuk mencari untung tapi untuk sempurnakan niatnya..

Wednesday, June 2, 2010

HOMEMADE LAKSA

Inilah gambar laksa yang baru akak buat tadi. Apa penyebabnya akak dilanda kerajinan melampau harini ? Kan kerja yang dah ada pun tak menang tangan kenapa gatal nak tambah kerja lagi ek ? Actually kan akak dah buat kuah laksa seperiuk besar tengahari tadi niat tu untuk dijadikan menu kat RTH la, last2 dah siap kuahnya tapi laksanya pulak tak ada stok. Tak mungkin la akak nak membeli laksa buatan bukan Melayu yang berlambak2 di pasaran tu..So apa lagi pilihan yang akak ada selain membuatnya sendiri, betul tak ? 

Lepas ni kalau rajin biar akak buat je sendiri banyak2 dan supply kat kedai Hijrah kat sebelah RTH tu, tak payah nak tunggu supplier hantar lagi, buat sakit jiwa je menunggu..Buat sendiri pulak tu lebih sedap rasanya.Ni resepinya, dapat banyak betul, muai bebeno...
 
BAHAN BAHANNYA
  • 1 mangkuk tepung gandum
  •  mangkuk tepung beras
CARA MEMBUATNYA
  • Mula2, campurkan semua tepung2 tu dan masukkan air panas sedikit2, jgn banyak2 ya..Gunakan senduk or whatever alat yang ada kat rumah masing2 dan gaulkan ia, nak gaul dgn tangan melecur pulak, kan panas tu.. 
  • Lepas tu masukkan pula air sejuk, dan uli lah ia dengan tangan sehingga menjadi doh. 
  •  Semasa menguli tu kiranya masih lembik ambil sesudu demi sesudu tepung gandum sehinggalah tepung tak melekat ditangan. 
  •  Sediakan seperiuk air panas dan sebekas air sejuk berdekatannya. 
  •  Masukkan doh sikit2 kedalam acu muruku...
  • Then, pusingkan acuan tu ke dalam air panas mendidih sampai habis dohnya dan dilerai2kan supaya laksa tu tak melekat. 
  • Bila laksa dah timbul bolehlah diangkat dan terus transfer ke bekas air sejuk buat seketika dan kemudiannya toskan laksa tu. Dah siap..... 


  •   Makan malam tadi, lulus dgn cemerlangnya...


  • Resepi Kuah laksa  



    • 1/2 kg ikan kembong ) direbus dan asingkan isi dgn 1/2 kg ikan sadin ) tulang & dikisar  
    • 10 biji bawang merah  *
    •  20 biji cili kering *
    •  8 biji cili merah *(kalau nak pedas lagi bubuh lebih )  
    • 2 batang serai*
    • 1 cm lengkuas*
    •  2 cm belacan  *
    • 10 keping asam gelugur *
    •  Daun kesom, bunga kantan secukupnya *
    •  Garam & gula secukupnya
    •  
    • SEMUA BAHAN * DIKISAR BERSAMA2
    • CARA
    CARA MEMBUATNYA




  •  Masukkan kesemua bahan ikan & bhn2 yg dikisar kedalam periuk dan tambahkan air secukupnya.  



  • Masukkan pula yang bertanda * dan masak agak lama dengan api perlahan. 


  • Last baru masuk garam secukupnya dan sedikit gula


  • hidangkanlah dengan hirisan timun, bawang besar, cili merah atau apa je yang rasa nak bubuh...peduli apa kan.. Kalau nak lebih ummph lagi bubuh la sikit petis udang, akak guna produk Muslim Istiqamah.