Salam petang yang cerah dan ceria ! Petang ni akak buat agar2, tengok kat dapur ada sikit agar2 tu baiklah akak masak je semuanya. Haa..selalu kan akak cakap resepi akak senang je, senang je, tapi yang ni susah je buatnya. Bukan apa, sebab akak terlebih rajin buat style yang menyusahkan dan melambatkan kerja akak. Tapi tak pe lah sebab rupanya cantik dan rasanya pun sedaaap..( jangan marah ya akak puji masakan sendiri..hahaha) Sape tak percaya boleh la try, rasa sendiri gerenti puas hati.
Akak buat projek agar2 ni dgn hero2 akak. Depa ni nama je hero tapi semua minat kerja dapur. Sikit2 akak bagi la jugak depa tolong tapi takyah la lebih2 nanti terbalik lintang pukang barang2 kat dapur tu lagi pening kepala akak...kan ! Boleh tengok resepinya seperti di bawah ni..
BAHAN BAHANNYA
- 20 g serbuk agar2
- 1.8 liter air
- 250 g gula pasir
- 100 g gula melaka
- 1 sudu teh chocolate emulco
- Santan pekat dari 1 biji kelapa
- Sedikit garam
- 2 helai daun pandan disimpulkan
CARA MEMBUATNYA
- Mula2 masak serbuk agar2 dengan air & daun pandan sehingga agar2 hancur.
- Asingkan 2 cawan agar2 dan masukkan santan dan sedikit garam. Masak sekejap je.
- Agar2 yang selebihnya dimasukkan gula pasir, gula melaka, emulco dan masak hingga semua hancur.
- Agar2 bahagian santan dituangkan ke dalam bekas dan biar ia keras.
- Dah keras, boleh la diterap gunakan acuan yg berkenan di hati, akak guna small flower cutter
- Letakkan bunga2 kecil yang diterap dari agar2 santan tu kedalam apa2 bekas.
- Masukkan larutan agar2 bergula pula ke dalam bekas tu separuh je asalkan bunga2 tenggelam.
- Tujuan supaya bunga2 tu berada di bahagian atas bila dikeluarkan dari acuannya.
- Jika bubuh penuh nanti bunga2 akan timbul ke permukaan, tak cantik la beb...
- Dah keras sikit tu masukkan lagi larutan agar2 sampai penuh bekas acuannya.
- Dah keras boleh la dikeluarkan dari acuannya.Sedap dimakan selepas disejukkan dalam peti ais.
* Boleh juga buat cara senang, iaitu tuangkan santan kedalam periuk agar2 bergula dan kacau sekejap. Tutup api, dan tuangkan ke dalam bekas untuk dikeraskan.
No comments:
Post a Comment