Inilah gambar laksa yang baru akak buat tadi. Apa penyebabnya akak dilanda kerajinan melampau harini ? Kan kerja yang dah ada pun tak menang tangan kenapa gatal nak tambah kerja lagi ek ? Actually kan akak dah buat kuah laksa seperiuk besar tengahari tadi niat tu untuk dijadikan menu kat RTH la, last2 dah siap kuahnya tapi laksanya pulak tak ada stok. Tak mungkin la akak nak membeli laksa buatan bukan Melayu yang berlambak2 di pasaran tu..So apa lagi pilihan yang akak ada selain membuatnya sendiri, betul tak ?
Lepas ni kalau rajin biar akak buat je sendiri banyak2 dan supply kat kedai Hijrah kat sebelah RTH tu, tak payah nak tunggu supplier hantar lagi, buat sakit jiwa je menunggu..Buat sendiri pulak tu lebih sedap rasanya.Ni resepinya, dapat banyak betul, muai bebeno...
BAHAN BAHANNYA
- 1 mangkuk tepung gandum
- mangkuk tepung beras
CARA MEMBUATNYA
- Mula2, campurkan semua tepung2 tu dan masukkan air panas sedikit2, jgn banyak2 ya..Gunakan senduk or whatever alat yang ada kat rumah masing2 dan gaulkan ia, nak gaul dgn tangan melecur pulak, kan panas tu..
- Lepas tu masukkan pula air sejuk, dan uli lah ia dengan tangan sehingga menjadi doh.
- Semasa menguli tu kiranya masih lembik ambil sesudu demi sesudu tepung gandum sehinggalah tepung tak melekat ditangan.
- Sediakan seperiuk air panas dan sebekas air sejuk berdekatannya.
- Masukkan doh sikit2 kedalam acu muruku...
- Then, pusingkan acuan tu ke dalam air panas mendidih sampai habis dohnya dan dilerai2kan supaya laksa tu tak melekat.
- Bila laksa dah timbul bolehlah diangkat dan terus transfer ke bekas air sejuk buat seketika dan kemudiannya toskan laksa tu. Dah siap.....
- 1/2 kg ikan kembong ) direbus dan asingkan isi dgn 1/2 kg ikan sadin ) tulang & dikisar
- 10 biji bawang merah *
- 20 biji cili kering *
- 8 biji cili merah *(kalau nak pedas lagi bubuh lebih )
- 2 batang serai*
- 1 cm lengkuas*
- 2 cm belacan *
- 10 keping asam gelugur *
- Daun kesom, bunga kantan secukupnya *
- Garam & gula secukupnya
- SEMUA BAHAN * DIKISAR BERSAMA2 CARA
CARA MEMBUATNYA
No comments:
Post a Comment