Salam untuk semua...Waktu begini mesti semua dah makan malam kot..yang akak baru nak masuk n3 kuih yang buat petang tadi. Kuih sagu ni kegemaran famili akak. Tengok kat rumah Mas ada, kat rumah Izah pun ada, teringin la pulak nak membuatnya..lagipun dah lama pun tak makan kuih ni. Nak buat pun mudah bebeno..semudah 1,2,3. Yang bestnye bila time nak potong kuih sagu ni utk disalut dengan kelapa parut, anak2 dah tunggu berderet sebelah pinggan. Letak je seketul, habis..letak lagi seketul, habis jugak...nasib baik ada lagi sikit ni untuk ditangkap gambonye.. Resepi sama je dengan yang lain cuma sukatannya berbeza la sikit sebab akak buat banyak la baru cukup kan...Akak kalau buat mesti 2 jenis, ros merah dan gula melaka.
BAHAN BAHANNYA
- 3 cawan sagu halus ( akak bahagikan 2 bahagian sama banyak )
- 3 cawan air + 1 cawan gula pasir + perisa ros
- 3 cawan air + 1/2 cawan gula melaka + 1/4 cawan gula pasir
- 4 Daun pandan
- Kelapa parut yang putih saja + sedikit garam secukupnya
cara membuatnya
- Mula2 rendam sagu sampai kembang, selalu dalam 15 minit je. Toskan ia.
- Didihkan air secukupnya dan masukkan pati sirap atau gula melaka, gula pasir dan daun pandan yang disimpulkan.
- Masukkan sagu dalam air gula yang dah mendidih dan kacau hingga pekat.
- Bila dah pekat tutup dulu api dan keluarkan sagu lalu masukkan ke dalam bekas lain untuk dikukus pula selama 20 - 30 minit.
- Selepas itu masukkan dulu dalam peti sejuk dan boleh la dipotong2.
- Ambil kuih sagu yang siap dipotong dan golekkan ke dalam parutan kelapa. Siap untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment