Tuesday, May 31, 2011

PEHA AYAM SOS CILI MADU 5 HERBA CAMPUR

Assalamualaikum....Pelik pulak rasa malam ni bersemangat nak update blog walaupun agak kepenatan. Keluar dari rumah seawal 10 pagi untuk ke Kampar ditemani pembantu. Belum sempat keluar Tapah, ditahan JPJ atas 2 kesalahan, Alhamdulillah,setelah memberi beberapa reason, & yang paling penting atas budi bicara staff JPJ berkenaan, tiada saman yang dikeluarkan. Memang sebab yang akak berikan tu sangat kuat, dah bukan salah akak jadi macam tu kan...kan..."Hanya Allah saja yang dapat balas kebaikan yang Encik dah lakukan..terima kasih" ucap akak padanya. Dalam hati suspens jugak sebenornya, tak pernah experience benda camni seumur hidup. Sampai pembantu akak cakap "Ibu, tak payah pergilah ke Kampar, jom balik saja..." ehhh dia pulak yg lebih2 suspens. Bagi akak, no way la nak patah balik..perjalanan diteruskan.

Sampai kat Feroz Khan Capati sempat pekena capati kejap. Akak makan sorang2 sebab tetiba waktu nak order pembantu bagitau "Ibu, saya puasa hari ini..." Dah akak kenyang, teruskan perjalanan ke Kampar & tiba dengan selamatnya di rumah mama akak. Lepas puas lepak & bercerita, bertolak ke Tesco & sempat memenuhkan 2 troli barang. Yang paling bestnya hari ni (selain kena tahan JPJ tuu...) sebab akhirnya terlaksana jugak impian nak buka account di sebuah bank tu....yeay2...Lagi satu, yang best jugak sebab dapat jumpa seorang kawan lama dibank tersebut. Banyak jugak cerita menarik. Singgah semula rumah mak & sembang2 lagi. Tepat 6.15 petang bertolak balik ke Tapah, singgah pulak Pasaraya Minat, beli barang lagi sampai dah tak tahu nak letak kat celah mana dalam kereta tu, so akhirnya letak barang2 atas riba pembantu la jawapnya. Dalam perjalanan singgah pulak kat Anwar Maju, pembantu berbuka puasa disitu & akak pun nak menyibuk jugak makan roti naan keju & ayam tandoori pulak.. :)

Moral of the story, walaupun perjalanan bermula dengan sesuatu yang agak pahit, jangan mengaku kalah, teruskan perjalanan, mungkin anda akan berjumpa dengan macam2 yang menarik selepas itu...

Ayam ni akak masak untuk anak2 yang merajuk sebab ditinggalkan tanpa pesan...hahaha..Bior betui kalau bagitau depa semua mesti nak ikut. Bagi can la mama & pembantu gi jalan2, shopping2 kejap. Resepi dia macam kat bawah laa......

BAHAN BAHAN

  • 5 ketul ayam bahagian drumstick
  • 1 sudu besar 5 herba campur
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar madu
  • 1/2 sudu teh serbuk pati ayam

CARA MEMBUATNYA

  1. Lumurkan peha ayam dengan sedikit garam & serbuk kunyit dan gorengkan sehingga betul2 masak, ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak dengan api perlahan tumiskan bawang putih sampai naik baunya
  3. Masukkan cili kisar & serbuk 5 herba campur, diikuti sos tiram & sos cili. Kacau2kan biar sebati
  4. Masukkan madu & serbuk pati ayam dan kacau lagi biar pekat sosnya
  5. Yang terakhir masukkan paha ayam dan kacaukan lagi sehingga mesra dengan kuah sosnya dan bolehlah ditutup apinya.

Monday, May 30, 2011

PIZZA 4 SEGI & KISAH MENYEPI

Assalamualaikum....Buona giornata!!! Cosa vuole da mangiare? Makan pizza kena la berbahasa Itali sikit..ceh3...jgn marah!!! Translationnya : Semoga hari ini ceria!!! Apa yang u all nak makan? Nak makan pizza ke tgh2 malam gini? Wah....rindu betul la lama tak blogging. FYI....kaki kanan akak terseliuh semasa menyediakan masakan katering minggu lepas. Sakit beb....Mula2 lepas terseliuh tu sempat lagi akak ketawa2 dengan pembantu akak bila mengenangkan balik bagaimana akak boleh jatuh terduduk tu, sakit baru sikit2 je masa tu. Tak lama kemudian baru la rasa berdenyut2, makin lama makin teruk pulak rasanya. Sekali tengok2 dah bengkak di buku lali kaki & lebam sebesar tapak tangan di bahagian bawah lutut. Tension jugak bila dah tua2 kena macam ni, pergerakan terbatas. Banyak masa dihabiskan dengan duduk & baring je. Buat apa pun jadi takde mood, semuanya jadi susah...kalau drive tu lagi la...nak press minyak pun sakit berdenyut2 Allah je yg tahu. Alhamdulillah sekarang dah ok...boleh la aktif & lasak balik..hehe

Akak buat pizza untuk makan malam ni. Bakar dalam loyang 4 segi ni, cukup untuk 10 orang. Pizza ni agak tebal & gebu, sangat mengenyangkan. Semua rakyat di rumah ni sukakan pizza, sekali hadap je pizza ni... Resepi dia akak letak di bawah ni macam biasa.

BAHAN2 UNTUK DOH PIZZA

  • 200 g tepung berprotin tinggi
  • 6 g yis segera
  • 40 g gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • 80 ml air
  • 40 g mentega
  • 1/ sudu teh garam

CARA MEMBUATNYA

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air & mentega dan kacau2kan supaya sebati
  2. Masukkan sedikit demi sedikit air dan ulikan sehingga menjadi doh
  3. Masukkan mentega dan uli lagi agak lama sehingga doh menjadi kenyal dan rehatkan 20 minit
  4. Ambil tin pembakar yang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega didasarnya
  5. Canaikan doh sederhana tebal dan masukkan kedalam tin pembakar tadi

BAHAN2 UNTUK TOPPING PIZZA

  • Isi ayam bahagian dada, dipotong kecil
  • 3 sosej ayam dihiris bulat2
  • Cili benggala merah dihiris2
  • 2 biji buah tomato di hiris nipis
  • Bawang holland dihiris2
  • 3 kepingan keju dipotong kecil2
  • Sos pizza secukupnya
  • 5 sudu besar minyak zaitun

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan minyak zaitun & goreng sehingga masak isi ayam, angkat & ketepikan
  2. Gorengkan pula sosej ayam, angkat & ketepikan
  3. Sapukan sos pizza secukupnya diatas keseluruh doh pizza tadi
  4. Taburkan isi ayam, sosej, cili, tomato & bawang
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 25 minit
  6. Taburkan kepingan keju pada 10 minit yang terakhir dan bakarlah sehingga pizza nampak agak garing.

Wednesday, May 18, 2011

KETAM GORENG KICAP BEREMPAH

Assalamualaikum....Salam petang Rabu buat semua yang hadir disini. First time akak masak ketam berkicap, wah gelap je rupa ketam tu kan! Ni gara2 tengok rancangan Juara Kampung hari tu, ada pulak menu yang depa masak ketam berkicap. Tu yang dah teringin pulak nak cuba. Biasanya ketam ni akak masak merah bercili atau lemak cili padi. Memang sedap ketam ni, terasa manis sangat isinya, lagi best bila diratah2 begitu saja... Ok tanpa berlengah lagi, resepi dia akak letak di bawah ni....Lepas Asar ni kena keluar ke pekan cari bahan2 masakan untuk katering besok (itu pun aiii nak bgtau...hik2). Nampaknya besok sehari suntuk akak berperang lagi kat dapur, ada yang nak join ? :) BAHAN BAHAN
  • 10 ekor ketam (disiangkan & dibersihkan seperti biasa, toskan)
  • 2 sudu besar kicap pekat Tamin
  • 5 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar serbuk rempah sup Adabi
  • 1/2 sudu besar serbuk cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 biji cili merah dipotong memanjang
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam

BAHAN UNTUK DIKISAR BERSAMA2

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

CARA MEMBUATNYA

  1. Ketam dilumur dengan serbuk kunyit & sedikit garam dan digorengkan dalam minyak yang panas sehingga masak & garing, angkat & ketepikan dulu
  2. Dengan lebihan minyak tadi, tumiskan daun kari & bahan2 kisar sehingga naik aromanya
  3. Masukkan serbuk rempah sup & serbuk cili, kacau2kan biar sebati
  4. Diikuti dengan sos tiram, kicap pekat & kicap lemak manis, kacau2kan lagi
  5. Masukkan cili merah, buah tomato & gula, kacau seperti biasa
  6. Terakhir baru masukkan ketam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya & boleh lah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan

Tuesday, May 17, 2011

PUDING SAGU & KISAH MISTERI....

Assalamualaikum...Kembali disini dengan puding sagu yang sememangnya sedap sehingga menjilat sudu & piring. Actuallykan, dah lama akak mengidam nak makan puding sagu ni cuma baru berkesempatan nak membuatnya. Semenjak dua menjak ni ada 1 perkara yang bermain2 di fikiran akak, nak kata tension pun ada...Akak ni bukan jenis orang yang suka membebankan fikiran dengan masalah remeh temeh, tapi bila melibatkan sesuatu yang misteri sebegini...
Seorang lelaki (orang luar) singgah ke kedai runcit...beli sedikit barang2 runcit sambil sembang dengan hubby.."Camne ok ke bisnes di kawasan ni?" tanya lelaki tu.. Hubby jawap, "Dulu ok tapi semenjak org sebelah buka kedai, dah la jual benda yang sama, lepas tu lelong harga murah2, jual di bawah harga kawalan pulak tu, bisnes dah banyak kurang dari biasa. Sekali orang tu jawap balik begini "Takpelah, biar orang buat kita, jgn kita buat orang..banyakkan sembahyang hajat, sembahyang dhuha, selawat & banyakkan doa setiap hari, Insya Allah..apa2 pun pahala dah tentu dapat.. Saya tengok dari luar pun memang terasa macam kedai ni tutup je, bila masuk pun hati jadi lain macam. Memang ada yang tak kena ni. Takpe Encik, jgn putus asa... "

Macam tu lah ceritanya. Cerita kedai nampak tutup...Dan sebenarnya, banyak lagi cerita2 misteri yang lain. Malas la akak nak cerita kat sini...Yang mencadangkan kami jumpa bomoh2 ni, siap nak temankan sekali pun memang ramai.... Bagi diri akak & hubby, kami ada usaha & berdoa yang berterusan. Tak perlulah dicanangkan & dihebahkan, apa sahaja yg kami lakukan biarlah antara kami & Allah sahaja yang tahu. Ya...sememang perit bila menghadapi situasi sebegini, hanya yang menanggung saja yang tahu. Yang melihat tu memang ramai & boleh la cakap apa saja (selagi belum kena batang hidung sendiri!)..."Kenapa tak buat macam ni?...Kenapa tak buat macam tu...? Kenapa boleh jadi macam ni?....Kenapa boleh jadi macam tu?...Cakap2 sebegini sangat negative, & sangat tak bermakna. Cakap macam orang tak berotak & tak tahu agama...Bagi akak & hubby, kami yakin rezeki di tangan Allah & rela diuji. Kami ikhlas nak berniaga walaupun terpaksa berdepan dgn masalah2 sebegini. Nak balas2? Owh...tak perlu balas2..biar Allah je yang balas....Takkan senang hidup orang berniaga dengan cara kotor sebegini. Wallahualam.... 

Dan akak terharu bila dengar ayat ini dari mulut seorang bff baru2 ini..."Takpe Ina, kuatkan semangat. Bagus awal2 lagi Ina & suami dah diuji dalam perniagaan ni. Sesetengah orang tu pada awal bisnes nampak maju, berjaya, tapi di penghujungnya pulak menghadapi masalah besar. Semua nama2 besar yang dah berjaya dalam bisnes mengalami banyak masalah pada awal perniagaannya. So, Ina...u are one of them...tabahkan hati....kejayaan pasti menyusul" Sejukkan hati dengar orang cakap begini. Very positive, sangat membina...


Cukup la sudah dengan cerita misteri. Bagi akak ujian ni sangatlah kecil...akak pernah dilanda ujian yang besar macam tsunami pun ada...Sekarang akak perlu tumpukan pada tempahan2 katering yang sudah diterima. Seronok buat katering ni, sehari masak, seminggu boleh rehat...(Amboi!!!) Jom layan puding sagu ni, dah tentu sedap rasanya. Tuang susu cair tu lebih sikit, gula melaka tu pun kena lebih baru la best kan! Oklah, resepi nya akak copy dari Lina. Thanks yea Lina... 

RESEPI: PUDING SAGU 

By: linapg.blogspot.com KLIK SINI
 
Sagu:
  • 1cawan biji sagu (warna putih)
  • 1 liter air
  • 1 helai daun pandan simpul
  • Pewarna kegemaran
Cara-Cara:
  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
  3. Masak hingga sagu bertukar jernih.Tutup api dan biarkan seketika
  4. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji
  5. Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing.Kacau guna garfu
  6. Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan
Untuk Manisan
  • 1 ketul gula melaka/gula nipah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis
Untuk menghidang:

Keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga kuah gula melaka.
Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.

Saturday, May 14, 2011

BAHULU DOOR GIFT....& PENINGNYA KEPALA AKAK!!!

Memikirkan masalah door gift bagi pihak pengantin semenjak 2-3 hari ni....Senang hati je pengantin tu serah pada akak bulat2 untuk settlekan masalah door giftnya. "Akak...saya percaya pada kreativiti akak..buat je macam mana pun ok, janji siap 1000 semuanya yea akak..." camtu la lebih kurang cakap pengantin....Akak pun idak le bagi persetujuan ke apa lagi padanya, tapi memandangkan dia ni buat tempahan katering dengan akak, so camne nak say NO kan! Nak buat cupcakes ke, alamak leceh la buat sampai 1000 biji. 
  On top of that, akak pun kena selesaikan banyak hal lagi untuk menu masakan majlis kenduri dia nanti, belum lagi sentuh bab kek kawin 2 tingkat tuuu....Ni kalau mak akak tahu mesti akak kena lecture ni...Mesti mak akak cakap "Tu la, selagi ada semua benda hang nak buat....bla..bla..bla..." 

Terlintas pulak dihati nak letak bahulu ni dalam bekas camni...then akak ikat je riben warna tema dia..(bukan warna merah) Nampak simple & kerja pun jadi mudah sikit kan! Sekali pengantin sms akak pulak..."Akak, nanti bubuh dalam kotak yg cantik2 tau..warna ikut tema, jgn lupa..." Alamak, nak suruh cari kotak la pulak. Ho ho...Tetiba terasa macam tak glamour je pulak kan kalau letak dalam bekas plastik macam kat gambo tu....Tak jadi ler nampaknya, dah terpadam terus idea tu! So, akak pun buat survey kat internet & blog kawan2. Ternampak macam2 jenis kotak2 yang cantik2 rupanya., tapi jauh la pulak tempat tu..Tak puas kalau tak tengok sendiri benda2 yg nak dibeli....Nanti kalau dah terbeli dibuatnya tak sesuai camne kan!
Nampaknya hujung minggu ni kena gi ronda2 sikit la, kena keluar kejap dari pekan Tapah ni baru boleh nampak new things...Nak gi cari kotak...nak gi cari kotak....nak gi cari kotak...Kejap lagi tidur mesti termimpi kotak2..heeee.... For sure mesti kena bebel lagi ni... "Takde keje cari keje.." Rasa2 la sape punya ayat ni ?? :)
Sementara tu, apakata akak makan je bahulu ni..Tak larat nak abis pun makan seketul pukul 1 pagi nih....Memang sangat mengenyangkan & yang paling penting sedap...Jangan marah!!! Sayanggggg Semuaaaa....Muahhhh~~~

Thursday, May 12, 2011

SOTONG GORENG KUNYIT BERLADA

Assalamualaikum...Sotong ni salah satu menu yang dimasak tengahari tadi. Nasib baik cepat siap memasaknya, dapatlah cikgu2 semua jamu selera makan nasi dengan sotong tu..Customer akak memang majoritinya cikgu..hari ni cikgu2 semua pakat datang awal pulak, normally depa semua tiba 1-2 petang, hari ni seawal 12.30 tghari dah sampai..Rezeki depa la dapat makan sotong yang fresh2 ni, panas2 lagi pulak tu...Terharu rasanya bila tengok cikgu2 ni setiap hari datang makan atau bungkus lauk pauk tanpa jemu2, terima kasih Cikgu...Bila ada customer yang sebegini lah yang membuatkan akak lebih bersemangat memasak setiap hari. Insya Allah kalau makan di sini, menu masakan setiap hari adalah berbeza. BAHAN BAHAN
  • 1 kg sotong putih
  • 2 papan petai (diambil isinya)
  • 3 biji ubi kentang dikupas & dihiris nipis
  • 3 biji tomato dibelah 4 setiap satu
  • 2 biji cili merah dihiris memanjang
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar gula
  • Garam (jika perlu)

BAHAN YANG PERLU DIKISAR

  • 8 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 10 biji cili padi

CARA MEMBUATNYA

  1. Sotong dibersihkan seperti biasa & ditoskan terlebih dahulu
  2. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit secukupnya & serbuk lada sulah dan ketepikan dulu
  3. Panaskan minyak anggaran 2 senduk besar dalam kuali dan goreng ubi kentang sehingga empuk, angkat & ketepikan dulu
  4. Goreng pula sotong dengan api yang kuat sehingga masak dan terus angkat sotong, jgn goreng lama sangat
  5. Dengan lebihan minyak yang ada, tumiskan bahan kisar sehingga naik aromanya, masukkan sos tiram & sos ikan dan gaul sebati
  6. Masukkan tomato, cili merah & bawang besar diikuti isi petai dan kacaukan sebentar
  7. Terakhir baru masukkan sotong goreng tadi, kacau sekejap & masukkan ubi kentang, gula & garam secukup rasa, kacau2kan lagi biar rata
  8. Apabila sudah bergaul rata, boleh la ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, May 10, 2011

CUPCAKES CHOC MOIST FONDANT HANTARAN

Malam ni akak agak free, anak2 pun dah tidur...bermakna tugas akak sebagai cikgu tuisyen depa pun dah berakhir untuk malam ni. Kat gambar ni adalah tempahan hantaran yang berupa cupcakes fondant. Tak dapat dibayangkan betapa seronoknya akak menyelesaikan tugasan ini, walaupun di hati tu tetap berdebar2 mengalahkan pengantin perempuan yang menempah ni pulak. Alhamdulillah, dapat disiapkan tepat pada waktunya. 

Sangat2 fun lah layan fondant nih !!! Terhibur sangat hati :)
Kena susun elok2 dulu alphabet nya....baru boleh letak atas cupcakes 

RENDANG AYAM CILI PADI



Assalamualaikum...Menu ayam adalah yang perlu dimasak setiap hari tanpa gagal. Tapi entah la kenapa jarang sangat akak memasak rendang ayam. Tengahari tadi akak masak rendang ayam ni dan nampaknya ramai yang berkenan. Nasib baik dah ambil siap2 4 ketul, dapat la juga diambil gambonya. Kali ni akak tambah cili padi lebih banyak dari biasa. Tapi rasanya tak la pedas sangat, mungkin sebab bukan cili padi kampung. Ok lah...resepi macam biasa kat bawah... :)

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 2 helai daun kunyit dihiris2
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
Bahan yang perlu dikisar bersama :
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • 3 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • Sedikit kunyit hidup

    CARA MEMBUATNYA
    1. Tumiskan semua bahan kisar & cili kisar dengan sedikit minyak sehingga naik aromanya
    2. Tambahkan serbuk kari daging dan kacau2kan biar sebati
    3. Apabila agak garing rempahnya, masukkan ayam dan kacau2kan biar mesra dengan rempah tadi
    4. Masukkan pula santan pekat dan kacau lagi, biarkan ia merenih perlahan2 sambil dikacau2kan selalu
    5. Apabila ayam dah masak & kuah semakin pekat, masukkan kerisik dan asam gelugur sambil dikacau lagi
    6. Biarkan kuahnya memekat dan agak kering, tambah gula & garam secukup rasa
    7. Yang terakhir masukkan hirisan daun kunyit dan kacau2kan sebentar sahaja dan terus ditutup apinya.

    Sunday, May 8, 2011

    SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

    Assalamualaikum....Kek coklat yang super moist & tanpa telur ni dibuat malam semalam. Sememangnya untuk dimakan hari ini. Sempena Hari Ibu akak pun buat la deko yg simple untuk kek ni. Kek tu akak belahkan dan sapu dengan coklat ganache yang dicampurkan dengan sedikit whipping cream yang dipukul sehingga kembang terlebih dahulu. Anak2 pun kalau tengok kek coklat bersalut coklat ganache macam ni memang laju la nak makan. Akak pun suka kek ni sebab tak terlalu manis, lembut & sangat moist. 

    Resepi ni akak dapat dari Dayangjack. Memang dah ramai yang mencuba kek ni kan...Thanks yea DJ sebab berkongsi resepi kek coklat yang sedap ni. Akak copy resepinya disini untuk future reference yea... 
     
    SUMBER : DAPURKU SAYANG - DAYANGJACK Klik SINI  

    bahan-bahan : loyang 6-7 inci
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
    • 2 sudu besar susu tepung
    • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
    • 1 cawan gula perang
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
    • secubit garam
    • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
    • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
    Cara-cara :
    1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
    2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
    3. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
    4. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
    5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
    6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping

    - Selamat Hari Ibu -

    Saturday, May 7, 2011

    MUTTON MASALA

    Assalamualaikum semua....Seronoknya dapat berehat waktu petang2 gini kan! Cuaca pulak tu kejap2 panas kejap2 mendung...emmmmm apa aktiviti yang sesuai yea? Rasa macam nak je bawak anak2 berendam kat Batu 7 Kuala Woh yang tak la berapa jauh dari sini. Tapi bila memikirkan waktu yang dah petang, sikit lagi dah nak masuk Asar rasanya baik lupakan je niat tu.. Lauk kambing ni akak masak untuk tengahari tadi. Dah 2 hari berturut2 akak memasaknya. Semalam tak sempat nak diambil gambonye udah abis licin semua. Biasa la, penangan hari Jumaat...Ingat nak cicah dengan roti putih pulak lepas ni. Jika sesiapa yang teringin nak mencuba boleh tengok resepi dibawah ni yea...Salam Sayang buat semua.... :) BAHAN BAHANNYA
    • 1 1/2 kg daging kambing dipotong kecil, dibersihkan & ditoskan
    • 3 sudu besar rempah kari daging
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu teh garam masala
    • 1 sudu teh jintan manis
    • 1 sudu teh jintan putih
    • 1/2 tin susu cair + perahan jus 2 biji limau kasturi
    • 4 biji tomato dibelah 2 setiap satu
    • 3 biji cili hijau dibelah tengah
    • 3 biji ubi kentang dikupas kulit & dibelah 4 setiap satu
    • 2 sudu besar gula
    • Garam secukup rasa

    Bahan Untuk Dikisar :

    • 10 ulas bawang merah
    • 1 labu bawang besar
    • 6 ulas bawang putih
    • 2 inci halia

    Bahan Untuk Dihiris nipis

    • 3 ulas bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 2 tangkai daun kari
    • Rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)

    CARA MEMBUATNYA

    1. Perapkan daging kambing dengan bahan2 kisar, rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih & garam masala selama 1 jam
    2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan hirisan dan rempah 4 sekawan sehingga naik aromanya
    3. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau2kan buat seketika
    4. Masukkan susu cair yang telah dicampur jus limau tadi dan kacau2kan biar sebati
    5. Biarkan daging merenih agak lama sehingga betul2 empuk sambil dikacau2kan
    6. Masukkan cili hijau, buah tomato & ubi kentang dan tunggu sehingga empuk ubinya
    7. Yang terakhir baru masukkan gula & garam secukup rasa, biarkan kuahnya memekat baru ditutup apinya.

    Thursday, May 5, 2011

    CREAM PUFF

    Assalamualaikum...Kembali di sini dengan cream puff yang comel & sangat sedap rasanya. Terima kasih pada Antan @ Yusaniza kerana mencetuskan keinginan di hati ini untuk membuatnya secepat mungkin. Memang ni lah first time akak buat cream puff, selama ini bila tengok rupanya asyik tertanya2 camne la rasanya. Puas hati bila dah buat & ternyata hasilnya memang memuaskan.
    Resepinya akak salin dari dapur Antan kat SINI. Diintai dari dapur CMG kat SINI . Baru teringat dulu akak pun pernah mengendap dapur CMG & memang terliur tengok cream puff yang dibuatnya. Izinkan akak siarkan resepinya di sini untuk dikongsikan dengan yang lain & sebagai future reference. Thanks to both of you yea !!!
    BAHAN CREAM PUFF
    • 50 gram mentega
    • 125 ml air
    • 1/3 camca teh garam
    • 75 gram tepung gandum, diayak
    • 1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
    • 1/2 camca teh esen vanilla
    BAHAN CUSTARD CREAM
    • 1 kuning telur
    • 150 ml whipping cream
    • 1 1/4 camca besar tepung custard
    • 25 gram gula halus
    • 1 camca besar parutan keju cheddar
    • 1/2 camca teh esen vanilla
    CARA MEMBUATNYA 

    UNTUK CUSTARD CREAM :-
    1. Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati.
    2. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
    UNTUK CREAM PUFF :-
    1. Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair.
    2. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan.
    3. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar.
    4. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati.
    5. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
    6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing.
    7. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri... 

    Tuesday, May 3, 2011

    KEK FONDANT HANTARAN PERNIKAHAN

    Assalamualaikum....Malam ni akak nak tunjukkan kek fondant yang akak buat minggu lepas. Kek red velvet pilihan pengantin perempuan. Usaha membentuk bunga ros ni memakan masa berhari2...Mana taknya, akak hanya berkesempatan untuk mengadap kerja2 sebegini selepas segala tugasan di dapur selesai. 

    Cuaca yang selalu hujan di sebelah petangnya menyebabkan bunga2 ros fondant ini payah benar nak kering. Nak membentukkannya pun satu hal jugak. 
      Pengantin nak riben pink diikat disekeliling keknya. Emmmm....jenuh la jugak akak pusing keliling pekan Tapah ni mencari riben yang agak cantik. Memang payah kat Tapah ni dalam membeli barang2 sebegini. Tak banyak pilihan. Nak ke Kampar ambil masa pulak. Belek punya belek jumpa la jugak riben ni. 

    Ni dah siap masuk dalam kotak hantaran. Huishhhhh, lega betul la.... 

    Seronok tau buat deko kek fondant ni....Enjoy sangat...

    Monday, May 2, 2011

    DAGING DENDENG IDAMAN HATI

    Assalamualaikum....Daging dendeng ni dimasak tengahari tadi selepas selesai semua tugasan di dapur. Ekoran dari ketidakpuasan hati akak dari hasil daging dendeng yang dimasak masa kenduri akad nikah kelmarin, akak cuba lagi memasaknya hari ini dengan resepi yang diubahsuai. Actually kan, bukannya tak sedap ke apa yang akak masak untuk kenduri tu...cuma kesedapannya macam tak maksimum aje...Akhirnya setelah mencuba lagi, kali ini baru lah betul2 puas hati rasanya, dapat lah sudah rasa daging dendeng idaman hati akak..So, next time kalau ada tempahan menu ni lagi tak perlu nak risau lagi tentang rasanya.
    Masakan daging dendeng ni tak lah sesusah mana cuma rasa dia kena ngam dengan manis, pedas rempah2 pun kena la betul sukatan dia. Ok lah, sebab dah puas hati tu akak letak lah resepinya di bawah ini ok....
    BAHAN BAHAN
    • 1 kg daging
    • 1 sudu besar jintan manis
    • 1 sudu besar jintan putih
    • 5 sudu besar cili kering kisar
    • 2 sudu besar sos cili
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 5 sudu besar kicap pekat manis
    • 3 sudu besar gula
    • Garam secukup rasa

    Bahan untuk dikisar

    • 12 ulas bawang merah
    • 6 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    CARA MEMBUATNYA
    1. Daging dihiris nipis dan direbus sebentar hingga agak lembut. Cara yang lebih mudah, semasa memasak dalam kuantiti yang banyak, akak bersihkan dulu daging dan terus rebus tanpa menghirisnya. Apabila sudah lembut baru lah akak hiris nipis2 daging tersebut. Cara ini lebih mudah & cepat
    2. Perapkan daging dengan bahan kisar, cili kering kisar, kicap pekat manis, jintan manis & jintan putih selama lebih kurang sejam
    3. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya untuk menggoreng daging yang diperap tadi. Sebelum digoreng, asingkan dulu daging dengan lebihan bahan perapan. Gorengkan dagingnya sahaja sehingga nampak sedikit garing. (Waktu masak untuk kenduri tu akak fail kat sini ler..) Angkat keluarkan daging
    4. Tunggu daging agak sejuk dan ketuk2kan daging sedikit dengan lesung batu(boleh juga kalau tak diketuk..)
    5. Dengan lebihan minyak yang sedia ada tu tumiskan pula semua lebihan bahan perapan tadi, kacau2kan sehingga naik bau
    6. Tambahkan sos cili & sos tomato dan kacau lagi biar sebati
    7. Masukkan daging tadi dan kacau selalu sehingga pekat
    8. Tambahkan gula dan garam secukupnya dan kacau lagi sehingga betul2 kering & pekat, baru ditutup apinya

    JOM KITA BERKENALAN !



     Assalamualaikum... Ambil kesempatan malam ini untuk menyelesaikan tag dari Fie, KLIK Bila Periukku Berbunyi untuk melawat blog adik Fie nie..Kiranya akak ni agak terlambat dalam bab2 cam gini, apa2 pun akak appreciate sangat & ingin mengucapkan terima kasih pada Fie yang sudi untuk mengenali akak walaupun di alam blogging saja. Tapi, mana lah tahu mungkin kita boleh bersua satu hari nanti kan! Tiba lah masa untuk menjawap soalan yang berderet2 seperti di bawah...emmmmm (sambil menggaru2 kepala yg tak gatal pun ni...) ok lah jom la jawap satu persatu..hik2
     Apakah status anda ? 

    Seorang isteri, ibu kepada 5 org putera

    Ceritakan tentang diri anda 
     
    Dilahirkan pada tahun 1971 (cerrr kira bape dah umur akak..) sangat meminati bidang dekorasi dan masakan
    Berjiwa romantis, manja & peramah (jika dah kenal)
    Tegas, serious dan garang bila berkaitan hal2 pekerjaan
    Pernah terlibat dalam dunia perbankan & kini telah pun bersara awal dengan rekod yang baik, tujuan asal bersara awal adalah untuk beri perhatian kepada rumahtangga, khususnya anak2
    Baru terlibat dalam bisnes makanan secara kecil2an & turut menerima tempahan katering bagi majilis kenduri kendara

    Cerita tentang blog anda
     
    Blog akak ni baru berusia setahun jagung
    Tujuan untuk mengumpul resepi & bercerita berkaitan apa sahaja yang ingin dikongsikan disini
    Juga untuk dijadikan reference & kenangan manis di masa akan datang, Insya Allah...
    Apa pandangan anda tentang dunia blog Dunia blog adalah dunia tanpa sempadan yang dapat dicapai oleh sesiapa sahaja secara baik atau buruknya. Terpulang lah pada individu itu untuk mendapat manfaat sebanyak mungkin atau merugikan diri sendiri dengan cara yang tidak sepatutnya...

    Nasihat anda pada rakan2 yang baru nak buat blog


    Buat blog cepat2 & bagitau akak link dia, bila2 free boleh akak ziarah.. :)

    Nyatakan keunikan yang ada pada blog anda


    Emmmm....tiada yang unik. Blog yang biasa2 sahaja. Akak berblog bukan untuk mencipta sesuatu yang unik, cuma ingin berkongsi sesuatu dengan sesiapa yang sudi hadir disini

    Sampai bila hendak menulis blog & impian anda dalam dunia blog

    Akan terus berblog selagi ada kelapangan. Impian akak dalam dunia blog semoga mendapat manfaat yg berterusan & dikurniakan kawan2 blogger yang menceriakan setiap kali akak berada disini...

    Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat

    Tak dapat nak tag sebab ramai sangat yang akak nak kenal, otak pun dah tak boleh nak fikir lagi dah ni...semuanya blogger yang manis2 belaka, semuanya nak kenal & selalunya akak kenal rakan2 melalui blog masing2 menerusi cerita yang dikongsikan disana