Sunday, May 8, 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum....Kek coklat yang super moist & tanpa telur ni dibuat malam semalam. Sememangnya untuk dimakan hari ini. Sempena Hari Ibu akak pun buat la deko yg simple untuk kek ni. Kek tu akak belahkan dan sapu dengan coklat ganache yang dicampurkan dengan sedikit whipping cream yang dipukul sehingga kembang terlebih dahulu. Anak2 pun kalau tengok kek coklat bersalut coklat ganache macam ni memang laju la nak makan. Akak pun suka kek ni sebab tak terlalu manis, lembut & sangat moist. 

Resepi ni akak dapat dari Dayangjack. Memang dah ramai yang mencuba kek ni kan...Thanks yea DJ sebab berkongsi resepi kek coklat yang sedap ni. Akak copy resepinya disini untuk future reference yea... 
 
SUMBER : DAPURKU SAYANG - DAYANGJACK Klik SINI  

bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
  3. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  4. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping

- Selamat Hari Ibu -

2 comments:

  1. Assalamualaikumwbh kak....Selamat hari Ibu.....semoga kekal menjadi ibu & isteri yg solehah...amen..

    :)

    ReplyDelete
  2. Ayu Safieza...Waalaikumussalam, terima kasih atas ucapan tu yea! Akak pun mendoakan yang sama buat Ayu..Selamat Hari Ibu :)

    ReplyDelete