Saturday, May 7, 2011

MUTTON MASALA

Assalamualaikum semua....Seronoknya dapat berehat waktu petang2 gini kan! Cuaca pulak tu kejap2 panas kejap2 mendung...emmmmm apa aktiviti yang sesuai yea? Rasa macam nak je bawak anak2 berendam kat Batu 7 Kuala Woh yang tak la berapa jauh dari sini. Tapi bila memikirkan waktu yang dah petang, sikit lagi dah nak masuk Asar rasanya baik lupakan je niat tu.. Lauk kambing ni akak masak untuk tengahari tadi. Dah 2 hari berturut2 akak memasaknya. Semalam tak sempat nak diambil gambonye udah abis licin semua. Biasa la, penangan hari Jumaat...Ingat nak cicah dengan roti putih pulak lepas ni. Jika sesiapa yang teringin nak mencuba boleh tengok resepi dibawah ni yea...Salam Sayang buat semua.... :) BAHAN BAHANNYA
  • 1 1/2 kg daging kambing dipotong kecil, dibersihkan & ditoskan
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 tin susu cair + perahan jus 2 biji limau kasturi
  • 4 biji tomato dibelah 2 setiap satu
  • 3 biji cili hijau dibelah tengah
  • 3 biji ubi kentang dikupas kulit & dibelah 4 setiap satu
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar :

  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan Untuk Dihiris nipis

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 tangkai daun kari
  • Rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)

CARA MEMBUATNYA

  1. Perapkan daging kambing dengan bahan2 kisar, rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih & garam masala selama 1 jam
  2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan hirisan dan rempah 4 sekawan sehingga naik aromanya
  3. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau2kan buat seketika
  4. Masukkan susu cair yang telah dicampur jus limau tadi dan kacau2kan biar sebati
  5. Biarkan daging merenih agak lama sehingga betul2 empuk sambil dikacau2kan
  6. Masukkan cili hijau, buah tomato & ubi kentang dan tunggu sehingga empuk ubinya
  7. Yang terakhir baru masukkan gula & garam secukup rasa, biarkan kuahnya memekat baru ditutup apinya.

11 comments:

  1. assalam azlina,ni kalau wat cicah ngan roti jala atau roti puri mesti sedap kan?masuk list dulu..

    ReplyDelete
  2. sedappnya daging kambing tu...
    kuah pun pekat jerk...

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam Lina_pg...Memang sedap le cuma nak membuat roti2 tu tersangat la malas..susah2 cicah je dgn roti putih tu jadi ler... :)

    Mas...teringin tak daging tu, meh la kat sini ada lagi, saja msk lebih nak cicah2 pulak lepas ni.. :)

    ReplyDelete
  4. salam azlina, dah lama berangan nak buat mutton masala, dah copy dua tiga resipi, kali ni copy lagi.. bila ntah nak buat.. thanks ya, k.nor save dulu resipi..

    ReplyDelete
  5. Assalam na...mesti sedap sangat ni cicah roti..tgk gambar pun menarik hati akk nak cuba

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Kak Nor...sukanya kak Nor dtg sini! xpe la, mula2 berangan dulu nnt jd kenyataan la kan! thanks yea kak Nor.. :)

    Waalaikumussalam Rosa...cuba la nanti, memang sedap dicicah dgn apa saja pun boleh. Kalau simpan sampai besok lg la sedap tau!! :)

    ReplyDelete
  7. suker sgt mutton..blh simpan utk bfast esok ni..yummmmmy!!

    slmt hari ibu ina! :)

    ReplyDelete
  8. k.nor mmg selalu dtg bila ada new n3, cuma tak tinggal jejak :)

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Ibu juga buat Deliah..akak pun suka mutton, tp xleh slalu sgt mkn, dh tua2 ni kena berjaga2 jugak..hehe

    ReplyDelete
  10. sedapnya nak try tapi susah dapat dgg kambing ni

    ReplyDelete
  11. Kak Nor, nak ucapkn thanks skali lg...sya mmg peminat Secubit Garam Kak Nor..kalau online mst nk singgah sana.. :)

    Norlie...try la, nanti cari pelan2 daging kambing tu, kalau kat supermarket mst oleh jumpa.. :)

    ReplyDelete