Tuesday, May 10, 2011

RENDANG AYAM CILI PADI



Assalamualaikum...Menu ayam adalah yang perlu dimasak setiap hari tanpa gagal. Tapi entah la kenapa jarang sangat akak memasak rendang ayam. Tengahari tadi akak masak rendang ayam ni dan nampaknya ramai yang berkenan. Nasib baik dah ambil siap2 4 ketul, dapat la juga diambil gambonya. Kali ni akak tambah cili padi lebih banyak dari biasa. Tapi rasanya tak la pedas sangat, mungkin sebab bukan cili padi kampung. Ok lah...resepi macam biasa kat bawah... :)

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 2 helai daun kunyit dihiris2
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
Bahan yang perlu dikisar bersama :
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • 3 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • Sedikit kunyit hidup

    CARA MEMBUATNYA
    1. Tumiskan semua bahan kisar & cili kisar dengan sedikit minyak sehingga naik aromanya
    2. Tambahkan serbuk kari daging dan kacau2kan biar sebati
    3. Apabila agak garing rempahnya, masukkan ayam dan kacau2kan biar mesra dengan rempah tadi
    4. Masukkan pula santan pekat dan kacau lagi, biarkan ia merenih perlahan2 sambil dikacau2kan selalu
    5. Apabila ayam dah masak & kuah semakin pekat, masukkan kerisik dan asam gelugur sambil dikacau lagi
    6. Biarkan kuahnya memekat dan agak kering, tambah gula & garam secukup rasa
    7. Yang terakhir masukkan hirisan daun kunyit dan kacau2kan sebentar sahaja dan terus ditutup apinya.

    3 comments:

    1. perhhhh..tengok rendang ayam tu..tetiba teringat pulut kuning....sedapp tu makan pulut kuning ngan rendang...

      ReplyDelete
    2. bila tengok rendang dan..dan teringat cam nak raya.Kite ni bab merendang nih mmg fail la..byk kali wat tp tak kena ngan taste sndri..nnt bleh try yg ni plak..masuk list dulu

      ReplyDelete
    3. Mas...memang betui tu, kalau mkn dgn pulut kuning lg la sodap kan! Tapi dh x dan membuatnya, rendang pun udah le abis.. :)

      Lina_pg...Takpe lah lain kali meh ambik kat sini je akak bg tapau semangkuk beso punya..x payah gaduh nak buat lg.. :)

      ReplyDelete