Tuesday, October 28, 2014

SEDAPNYA PUDING KARAMEL NI..


Assalamualaikum...Dilanda kebizian melayan anak2 menghadapi exam sepanjang minggu ni. Dalam sibuk2 tu sempat jugak masak puding karamel ni, Puding ni tak guna telur, memang tak muak dimakan. Nak membuatnya pun punya la senang.

Anak2 pulak kalau puding jenis ni suka sangat berebut air gula karamelnya. Memang tak cukup kalau buat style biasa tu so untuk memuaskan hati anak2 akak buat air gula karamel yang berasingan supaya dapat banyak. Bukan susah pun  just tambah air sewaktu buat karamel dan masak sehingga larut.

Antara dessert yang amat mudah disediakan. Mudah camne pun resepinya tetap ada di bawah ni.
Resepinya akak ambil dari majalah Rasa keluaran Julai tapi ada buat penambahan di bahagian karamelnya. Jom tengok resepinya...

BAHAN BAHANNYA

BAHAN A
  • 10 gm agar2 serbuk
  • 1liter air
  • 120 gm gula pasir
  • 125 ml susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan2 karamel :
  • 60 g gula pasir
  • Sedikit air ( 3 sudu besar )
Saya tambah air gula karamel :
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3/4 cawan air

CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Untuk karamel, cairkan gula sehingga menjadi gula hangus. kacau gula diatas api perlahan sehingga gula cair kesemuanya. Ketepikan dahulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 A ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana sambil dikacau2kan sehingga sebati kesemuanya
  3. Masukkan gula hangus ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga rata.
  4. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan biarkan ia mengeras. Simpan didalam peti ais sebelum dimakan.
  5. Untuk gula karamel yang banyak : Masak di api perlahan 5 sudu besar gula di dalam periuk sehingga cair kesemuanya dan tuangkan air perlahan2 sehingga habis sambil dikacau2 supaya larut kesemuanya. Berhati2 semasa proses ini takut terkena tangan.
  6. Simpan di dalam peti sejuk dan curahkan pada puding sewaktu makan.

Friday, October 24, 2014

SERUNDING DAGING DICICAH DENGAN LEMANG PANAS2


Assalamualaikum...First of all, Salam 1436 Hijrah buat seluruh umat Islam walau dimana sahaja anda berada Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bernafas di dunia yang bersifat sementara ini. Kaki terus melangkah dengan hati mensyukuri segala nikmat dan anugerah yang tidak disangka2 kurniaan dariNya. Bersabarlah...pasti mendapat!

Berbalik pada serunding daging yang sangat2 lazat tak terkira  Demi anak kedua akak yang mengidamkan sangat serunding daging ni. tak abis2 tanya kat mana ada jual sebab dah teringin benor maka sebagai emak tak sampai hati le pulak nengoknye so aritu akak paksa jugak la diri untuk membuatnya.

Berjam2 memasaknya dan memang lenguh tangan memasaknya sebab serunding ni bukan boleh main tinggal2 kang hangus langsung tak boleh dimakan. Tapi amat berbaloi tau sebab kalau beli pun takkan dapat sesedap ni Dapat pulak cicah dengan lemang panas2..kat sini bukan musim raya je tau ada jual lemang , ada satu tempat kat Temoh jual lemang sepanjang tahun. Puaskan angah, berpinggan2 dapat diratahnya.

Kalau nak tahu camne nak hasilkan serunding ni jom semak resepinya...

BAHAN BAHANNYA

  • 2 kg daging (bahagian isi pejal tanpa lemak)
  • 3 ulas bawang besar kisar
  • 8 ulas bawang putih kisar
  • 3 cm halia kisar
  • 3 cm lengkuas kisar
  • 6 batang serai kisar
  • 5 sudu besar cili kering kisar (nak pedas, lebihkan)
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • Santan pekat dari 2 biji kelapa
  • 2 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar garam
CARA PENYEDIAANNYA
  1. Daging lembu dipotong ke beberapa bahagian sederhana besarnya dan rebuskan sehingga empuk. Apabila sudah sejuk carik2kan daging agak halus dan kalau nak senang boleh masukkan dalam mesin pengisar tapi jangan hancur sangat..i carik2 guna tangan separuh dan separuh lagi i kisarkan sebab nak cepat..oh ya, air rebusan ketepikan dulu
  2. Seterusnya, didalam kuali panaskan 2 senduk minyak dan masukkan kesemua bahan2 kisar diikuti dengan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar, Masak sehingga naik aromanya
  3. Apabila nampak pekat dan garing rempah2nya, masukkan daging yang sudah dicarik termasuk air rebusannya sekali, kacau2kan dan masak api sederhana
  4. Kemudian masukkan santan pekat dan kacau lagi, biarkan daging dimasak perlahan2 sambil sesekali dikacaukan
  5. Apabila kuah nampak pekat, masukkan pula gula merah, gula pasir dan garam secukupnya, kacau lagi biar sehingga betul2 kering. Pada peringkat ini perlahankan api dan biarkan serunding dimasak sehingga betul2 kering dan garing.
  6. Sesuaikan rasanya jika nak serunding lebih manis, tambahkan gula, begitu juga dengan garam
  7. Tutup api apabila sudah betul2 kering dan biarkan serunding sejuk dahulu. Simpankan di bekas kedap udara, Insya Allah boleh tahan berbulan2 (jika tidak dimakan,,haha jgn marah ya!)

Thursday, October 23, 2014

NASI BUKHARI DAGING


Assalamualaikum semua...

Nasi bukhari makan sepinggan mesti nak lagi. Memang dapat makan puas apabila sesekali ada tempahan katering menu begini. Kalau saja2 nak masak untuk hidangan keluarga memang takkan ada rasanya.

Memang ramai yang menyukai nasi ni dan sesuai dengan gelaran raja kepada segala nasi kerana rasanya yang tersendiri. Daging lebih sedap jika ada campur bahagian lemak2 macam tetel, baru la perghh...Menu pengiring bagi nasi ni adalah salsa timun & tomato dan ditambah dalca maghribi.

Resepi asal adalah dari suami boleh dikatakan agak complicated tapi sudah diubahsuai sedikit sebanyak (oleh isterinya..) demi memudahkan penyediaannya,  Sukatan bahan2 untuk resepi ini adalah untuk 6-7 orang makan. Jom terus ke resepinya...

BAHAN BAHAN
  • 1 kg daging lembu
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar gula
  • 3/4 sudu besar garam
  • 3 tin susu beras basmathi (rendam kejap dan toskan)
  • 3 1/2 tin susu air stok rebusan daging
BAHAN2 PENUMIS
  • 2 biji bawang besar dihiris 
  • 5 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris 
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 6 bunga cengkih
  • 5 buah pelaga
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
BAHAN2 KISAR
  • 6 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 buah tomato masak
BAHAN2 UNTUK SALSA TIMUN
  • 1 batang timun
  • 2 buah tomato
  • 1 biji bawang besar
  • Secubit serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil gula
  • Secubit garam
RESEPI DALCA MAGHRIBI SILA KLIK SINI

CARA PENYEDIAAN
  1. Mula2 rebus daging hingga 3/4 empuk dan ketepikan dahulu air rebusannya untuk memasak nasi.
  2. Kemudian panaskan minyak sapi dalam periuk nasi dan tumiskan bahan2 penumis sehingga layu dan kekuningan lalu diikuti dengan bahan2 kisar iaitu bawang besar, bawang putih, halia dan tomato. 
  3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk jintan manis, jintan putih, serbuk kulit kayu manis, tomato puri dan kacau2kan sehingga naik aromanya. 
  4. Apabila rempah nampak agak garing dan pekat masukkan daging dan masak sehingga daging benar2 lembut, tambah air jika perlu
  5. Kemudian barulah dimasukkan air rebusan daging dan susu cair dan kacau2 biarkan mendidih sebentar baru dimasukkan beras basmathi, kacau lagi perlahan2 
  6. Jangan lupa masukkan gula dan garam secukupnya, biarkan nasi didalam periuk nasi sehingga betul2 masak. Sesekali kaup balikkan perlahan2 nasi dalam tempoh tersebut supaya masak rata. 
  7. Untuk salsa sayuran, potong dadu timun, buah tomato dan bawang besar. Masukkan kedalam mangkuk dan tambahkan serbuk lada hitam, gula dan sedikit garam lalu digaul sebati.

Monday, October 20, 2014

SEDAPNYA KEPAK AYAM BBQ


Assalamualaikum...Kesibukan bekerja biasanya menyebabkan akak menyediakan menu yang simple untuk makan malam anak2. Walau sesimple mana pun akak akan pastikan hidangan itu merupakan kesukaan mereka.

Seperti chicken wing ni yang sangat2 disukai dan amat mudah disediakan. Tak best la kalau meratah ayam semata2 so pasti akan ada coleslaw dan kentang goreng sebagai hidangan tambahan.

Kepak ayam bbq ni memang tersangatlah lazat rasanya dan mengalahkan yang dijual di restoran makanan segera yang terkenal tu (kata anak2 lahh...) Kalau beli udah la mahal kemain, cerr buat sendiri kan dapat makan banyak. Dan yang paling penting ia disediakan dari dapur kita, air tangan kita adalah yang terbaik buat anak2.

Memang tak boleh lama la nampaknya sebab baby akak dah gigit2 & cakar2 badan mamanya sambil tarik2 baju lagi...adoiii la cayang Nailah nii..dia memang pantang tengok akak ngadap komputer..ok jom tengok resepinya dibawah ni...

BAHAN BAHANNYA

  • 12 ketul kepak ayam ( setiap satu dikerat menjadi 2 ketul kecil)
  • 5 sudu besar sos BBQ
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu teh garam 
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAANYA
  1. Satukan kesemua bahan2 diatas (kecuali kepak ayam) didalam mangkuk besar dan gaulkan sehingga sebati untuk diperap dengan kepak ayam.
  2. Masukkan kepak ayam ke dalam mangkuk tadi dan gaulkan dengan sempurna.
  3. Kemudian masukkan kepak ayam ke dalam fridge bahagian chiller selama paling kurang 1 jam (lebih lama diperap lebih sedap rasanya)
  4. Panggang di dalam oven pada suhu 200C, jangan lupa tukar ke fungsi grill pada oven.
  5. Semasa proses memanggang, keluarkan air ayam yang bertakung pada bekas supaya kepak ayam cepat garing.
  6. Setelah 20 minit terbalikkan ayam supaya garing kedua2 belahnya. 
  7. Keluarkan kepak ayam dari oven setelah warnanya garing keemasan.

Friday, October 17, 2014

WAFFLE RANGUP KEGEMARAN ANAK2


Assalamualaikum...Petang2 makan waffle, amacam? Kat rumah ni anak2 lebih suka makan waffle waktu petang2 gini. Kalau buat untuk breakfast memang depa tak berapa berkenan. Memandangkan petang ni free sikit so akak pun bancuh adunannya dan macam biasa siapa yang nak makan dia buat sendiri.  Anak2 pun dah biasa buat dan depa lagi suka buat sendiri pun. Mama pun apa lagi boleh la lepak sini kejap.

Resepi waffle ni dah lama akak gunakan dan takkan tukar ke yang lain dah sebab dah cukup terbaik bagi tekak akak sekeluarga. Lupa pulak dari mana source nya tapi yang pasti dari website omputih.

Waffle ni memang gebu and at the same time memang rangup. Waffle ni makan la sewaktu panas2. Bila nak makan baru buat, baru rasa freshnya tu. Anak2 akak suka makan dengan kaya , jem strawberi atau ais krim. 

Resepinya macam biasa ada kat bawah ni. Selamat bersantai di malam Sabtu... :))

BAHAN BAHANNYA
  • 2 biji telur ayam
  • 2 cawan susu segar
  • 1/3 cawan mentega cair
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula                                         


CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2, asingkan telur kuning dan telur putih dalam 2 bekas.
  2. Campurkan bahan2 seperti susu segar, mentega cair, tepung jagung, tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam bekas telur kuning. Guna mixer dan sebatikan adunan.
  3. Kemudian, campurkan gula ke dalam bekas mengandungi telur putih, pukul guna mixer sehingga bertanduk (bila terbalikkan bekas adunan takkan jatuh)
  4. Apabila telur putih sudah kental, ambil sikit2 dan kaup balikkan perlahan lahan kedalam adunan tepung tadi sehingga habis.
  5. Sementara itu, panaskan waffle maker terlebih dahulu
  6. Guna senduk dan tuangkan ke dalam acuannya, jangan terlalu tebal 
  7. Tutup waffle maker dan biarkan sehingga ia cukup masak & garing bergantung kepada citarasa masing2. Setelah 5 minit boleh buka dan tengok kegaringannya tu.
  8. Apabila  sudah cukup garing, keluarkan dan sedap dimakan panas2 dengan jem, kaya, mentega kacang, aiskrim, madu dan buah2an.

Wednesday, October 15, 2014

KEK KEJU MELELEH LA SANGAT


Assalamualaikum...Rindu kemain nak membaking ni. Teringat saat2 mengandungkan Nailah dulu..semua  kerja2 dapur akak tak berkenan. Memasak pun jadi malas semacam je..Berbeza betul waktu mengandungkan kelima2 anak lelaki rasa sangat2 seronok memasak. Balik ofis ada je nak masak itu dan ini..terbalik pulak situasinya.

Anyway, pengalaman mengandung Nailah adalah sesuatu yang sangat berharga, maklumlah di usia 40an diberi kesempatan  dan rezeki oleh Allah mendapat anak yang dinanti2kan iaitu perempuan. Ehh..dah melalut la pulak...

So, finally kek keju ni atau nama omputihnya snow cheesecake berjaya jugak akak siapkan dengan sedikit bantuan dari anak2. Nak sangat makan kek ni kena la bantu mama kan!! Resepi dari Hanamemories menjadi pilihan kerana triple cheesenya tu..Snowcheese cake asalnya kek span pun sedap jugak kan..tapi dah alang2 nak makan cheese tu baik buat je ciskek, lagipun lama dah tak merasa ciskek...on top of that ciskek ni pun jenis ringan2 je..tak rasa muak pun bila memakannya.

Kalau ikut cara anak2 bujang akak (termasuk babahnya), depa akan masukkan slice cake ke dalam microwave buat beberapa saat bior cheese cair then baru dimakan...Memang sangat2 leleh, I tell u..

Ok, resepinya dibawah ni di copy dari HANAMEMORIES (terima kasih ya)


RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf - parut
Cara-cara

Untuk Kek -
  •  Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan. 
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath.
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti ais kemudian potong dan hidangkan.

                                                        Kan dah kata....meleleh la sangat...

Tuesday, October 14, 2014

RENDANG DAGING MAMA


Assalamualaikum....Salam petang Selasa buat semua.

Masakan rendang memang dah sebati dengan jiwa I..tapi tak le maksudnya I ni expert memasaknya. Maksud I yang bab sebati tu gini ya...tiap2 minggu menu rendang ni memang kena masak sebab dah dalam list keje I..Menu untuk asrama ni dah ditetapkan,.so jangan memandai2 nak tukar menunya kang kene sekeh ngan pengetua pulak..

Rendang ni dimasak special untuk anak2 yang tak jemu2 makan rendang daging mamanya, Resepinya agak pedas so buat yang tak tahan pedas sila kurangkan cili padi. Selamat memasak buat keluarga tercinta...

BAHAN BAHANNYA
  • 1.5 kg daging lembu  (dipotong sederhana besar & agak nipis)
  • 2 biji kelapa diambil santannya (sederhana pekat)
  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus2)
  • 3-4 helai daun limau purut (dihiris halus2)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 6 sudu besar kerisik
  • 2 asam keping
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar gula merah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
BAHAN2 UNTUK DIKISAR
  • 8 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 3 batang serai
  • Sedikit kunyit hidup
  • 20 tangkai cili padi
CARA MEMASAK
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan kesemua bahan2 kisar, diikuti dengan cili kering kisar, jintan manis & jintan putih, kacau2kan sehingga naik aromanya
  2. Kemudian masukkan daging dan gaulkan perlahan2 dengan bahan2 tumis tadi
  3. Masukkan pula santan, jangan lupa kacau2kan selalu biar merenih dengan api sederhana perlahan
  4. Biarkan sehingga daging lembut dan pekat kuahnya baru dimasukkan kerisik, kacau lagi
  5. Terakhir baru dimasukkan garam dan gula termasuk gula merah, jika suka rasa agak manis boleh tambah gula begitu juga sebaliknya. Masukkan pula asam gelugur dan kacau lagi
  6. Pada peringkat akhir rendang haruslah selalu dikacau jika tidak ia akan hangus. Masaklah sehingga betul2 kering dan sebelum ditutup api jangan lupa masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau buat seketika saja dan bolehlah ditutup api.

Wednesday, October 8, 2014

PUDING BUAH-BUAHAN KOKTEL


Assalamualaikum...Setelah beberapa hari tak mengupdate nampaknya petang ni baru berpeluang. Bukannya malas tapi lately ni baby Nailah pantang sangat tengok akak ngadap komputer mula la dia buat macam2 nak perhatian. Kalau dah angkat dia letak sebelah pun mau terbalik komputer dibuatnya..lasak anak perempuan yang sorang ni..So tengah baby tidur ni sempat la mamanya lepak kejap kat sini.

Petang2 yang panas macam sekarang ni kalau dapat makan puding memang nyaman rasa tekak. Kat rumah akak ni selalu jugak buat puding. Puding koktel ni setelah beberapa kali dibuat akak pun dah adjust serba sedikit untuk dapat rasa yang sesuai di tekak. Selera akak kalau puding suka yang manis dan lembut sikit...kalau tak suka manis boleh dikurangkan sukatan gula. Kuahnya tu kalau taknak buat pun takpe, puding tu pun dah cukup sedap..Kuah tu saja I ngada2 nak buat. Ok lah, resepinya di bawah ni....

BAHAN BAHANNYA

20 gm agar2 bertali
150 gm gula pasir
1 tin buah2an koktel (mixed fruit cocktail)
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastad
1 liter air

BAHAN2 UNTUK KUAH PUDING
  1. 1 tin susu cair
  2. 1 sudu besar esen vanila
  3. 1 cawan air dari tin buah2an koktel

CARA MEMBUATNYA
  1. Basuh agar2 terlebih dahulu kemudian masak dengan air sehingga agar2 larut kesemuanya
  2. Tambahkan gula pasir dan kacau2 sehingga gula sebati dengan agar2
  3. Campurkan tepung kastad dengan susu cair didalam bekas yang lain, kacau sehingga sebati
  4. Tuangkan ia ke dalam periuk larutan agar2 tadi dan perlahankan api serta kacau2kan.
  5. Sementara itu,asingkan secawan air dari buah2an dalam tin dan tuangkan kesemua buah2an serta air yang selebihnya kedalam larutan agar2,
  6. Biarkan ia mendidih dan pekat kemudian tutupkan api
  7. Tuangkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan masukkan ke dalam fridge selama beberapa jam.
  8. Untuk kuahnya pula, campurkan kesemua bahan2 lalu dimasak diatas api sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan didalam fridge 
  9. Tuangkan kuah secukupnya (jika suka) untuk dimakan bersama2 dengan puding. 

Thursday, October 2, 2014

LABU ORGANIK MASAK KARI



Assalamualaikum..labu ni dibeli di Lavender Garden Cameron Highlands semasa cuti sekolah baru2 ni. Tempat tu antara tarikan terbaru di CH nampaknya. Baru sangat tu tidak lah tapi bagi kami sekeluarga yang kerap kali ke Cameron Highlands kira baru first time ke sana.

Actually yang jual labu tu sorang bangla yang bekerja di bahagian bunga2 daisy. Katanya, labu organik, tanam sebelah rumah dia je ni. Pandai dia cari rezeki kan! Selain dari suami akak yang berminat sangat dengan buah labu ni ada jugak beberapa orang lain yang membelinya. Kalau akak memang tidak lah, sebab  tujuan ke situ untuk tengok bunga2an sambil posing2..

Kali ni akak masak kari le pulak ya sebab dah cemuih dengan masak lemak. Bagi akak lagi sedap masak kari. Haishhh... baby dah nangis la pulak..nak nenen le tuuuu...ok lah cepat2 dengan resepinya kat bawah ni..:)

BAHAN BAHANNYA

1/4 buah labu
20 ekor udang sederhana besar
3 ulas bawang merah dihiris nipis2
3 ulas bawang putih dihiris nipis2
2 tangkai daun kari
Buah tomato (saya guna 6 biji tomato ceri dibelah 2 setiap satu)
5 biji cili padi dibelah 2 setiap satu
2 sudu besar rempah kari ikan & udang
3 cawan santan sederhana pekat
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


CARA MEMASAKNYA

  1. Mula2, kupas labu dan potong labu sederhana sama besarnya. Rebuskan sehingga 3/4  masak je dan toskan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan2 hiris iaitu bawang merah, bawah putih dan daun kari sehingga kekuningan
  3. Masukkan serbuk kari dan kacau2kan sebentar, masukkan air asam jawa dan masak sampai rempah garing.  ( style akak masuk terus serbuk kari, takyah bancuh jadi pes pun sebab nak cepat garing, tapi ikut le mana cara yang sesuai dengan diri kita)
  4. Masukkan pula santan, kacau2kan dan bila mendidih masukkan pula udang.
  5. Kemudian diikuti dengan labu yang telah direbus tadi dan masak sehingga labu betul2 empuk.
  6. Jangan lupa sedikit garam dan gula ikut selera masing2.
  7. Terakhir baru dimasukkan buah tomato dan cili padi, biarkan ia mendidih sekejap barulah ditutup apinya. Sedia untuk dihidangkan. 

Wednesday, October 1, 2014

ANTARA PENYERI BARU DI LAMAN

Hati puas bila melihat pokok tanaman menjadi, hidup subur dan panjang hayatnya. Minat menanam pokok hiasan dah lama...actually semenjak di awal perkahwinan iaitu 19 tahun yang lalu. Seronok bila tengok pokok2 ni membesar tapi kebanyakannya tak tahan lama disebabkan tiada ilmu tentang pokok yang ditanam. Tapi ada jugak yang dah hampir 10 tahun tapi masih bertahan bila setiap kali nampak dah merimbun semacam akak akan tanam semula anak2 pokoknya tu.

Sekarang ni rasa macam dah ada sedikit masa lapang waktu petang, Nailah pun dah besar sikit & setiap petang akak akan bawa dia tinjau2 pokok yang ditanam. Nampaknya dia pun suka sangat tengok pokok2 bunga, kalau nampak je bunga macam nak terkam je rupanye..

Yang berikut ni adalah antara penyeri baru di laman akak ..jom kita tengok sikit, pokok apa ke tu...


Dah lama tak menanam pokok bunga mawar. Dulu2 pernah menanamnya tapi tak bertahan lama. So, ni pokok yang dibeli di Cameron Highlands baru2 ni. Sewaktu dibeli hanya ada beberapa kuntuman yang belum kembang. Sekarang dah nak masuk 2 minggu bunga2nya masih bertahan. Daun2nya masih segar menghijau. Semoga kali ini menjadi hendaknya.

Pokok jenis asam batu  ni pun pernah akak tanam dulu. Seingat akak ada macam2 jenis yang akak pernah tanam tapi semua hayatnya tak panjang, paling lama pun setahun. Yang ni pun dibeli di CH,  Mintak2 sangat bior menjadi.


Yang ni ibarat love at first sight..sekali tengok memang dah tak berpaling lagi. Daun nya cantik, bentuk bunganya menarik, warna bunga macam  purple sikit..Pokok apakah namanya ini ? Dah beli sebulan lebih tapi masih maintain macam sewaktu beli, tak nampak besar2 pun. Hmmm...kita wait and see je la.


Pokok ni beli di CH jugak. Dah pernah tanam 10 tahun dulu tapi pendek sungguh umurnya. Kot2 la akak ni terlebih air atau baja. Or maybe tanah tak sesuai dengan dia ke..Yang akak tengok di nursery tu pokok ni subur dan membesar dengan jayanya. Mudah2an semua pokok2 yang baru ni panjang usianya dan serasi dengan tuannya. Insya Allah!