Friday, October 5, 2012

UDANG RIMAU LEMAK KESOM


Assalamualaikum.....Waktu2 begini memang syiok kalau dapat melelapkan mata sebentar kan! Dapat sekejap pun jadi laa, jangan sampai terbabas sudah la yea. Maksud akak sekejap lagi dah nak masuk Asar dah ni kan..Nampaknya akak tak merasa la nak tidur siang sebab lepas ni terus nak solat & ada tugasan di luar rumah pulak.

Emmmm....dah tak tahu nak masak apa bila dok terperuk di rumah, kali ni kita masak udang yang agak garang namanya tu, udang harimau...rimau tak rimau, masuk dalam peyut jugak akhirnyaaa..Makan 2 ekor dah cukup lah tu ya..berlebih2 sangat makan seafood kena gout pulak nak bergerak pun susah nanti. Tambah pulak lepas ni aktiviti akak lebih banyak cabangnya, tak tertumpu pada masakan saja. Sudah tentu memerlukan tahap kesihatan yang sebaik mungkin. Insya Allah dengan izin Nya....

Sedap la udang ni masak lemak gini...manis je rasanya tu...Disebabkan stok daun kesom memang banyak kat rumah ni so akak kisarkan sedikit dengan bawang...wangi je baunya..Masak simple je arini. Selain udang masak lemak ni, ada lauk ikan sepat pekasam, salad timun, sambal belacan & ulamnya timun jugak...Fresh from the garden ni tau..:)) Resepi udang ni macam di bawah ni ya....SeLaMaT BeReHaT DiPeTaNg JuMaAt!!!




BAHAN BAHANNYA :

  • 20 ekor udang harimau (dibersihkan seperti biasa)
  • 5 tangkai daun kesom
  • Sepotong nenas  dipotong2 kecil
  • 1 tangkai cili merah dibelah dua
  • 1 batang serai diketuk2
  • Semangkuk santan sederhana pekat
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis

BAHAN2 YANG DIKISAR :
  • 10 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 tangkai daun kesom (batang yg muda tu sekali)

CARA MENYEDIAKANNYA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai & semua bahan kisar sehingga naik bau & kekuningan
  2. Masukkan santan dan kacau2kan sebentar, apabila sudah mula mendidih masukkan udang, diikuti dengan daun kesom, nenas & cili merah
  3. Biarkan 5 minit, apabila udang sudah masak masukkan pula sedikit gula dan garam secukup rasa
  4. Kacau2kan sebentar sebelum ditutup api & sedia untuk dihidangkan

14 comments:

  1. Assalam kak Ina, saya tengok n3 sambil telan ayaq liuq..dah boleh bayangkan keenakan udang gulai daun kesum ni.Tambah ngan aroma kesum n masam-manis nenas tu yg xleh tahan...dap nyerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Lina, tu yg buat mata nak terlelap lps lunch tadi..kena pulak ikan pekasam..hmmmmm :))

      Delete
  2. Salam akak nngggooaaauuummm... he he he idok ler dasyat gitu bila mkn udang rimau neh ha ha ha.. tapi tgkpun sedap + + ader ulam sambal belacan.. memang berpeluh mkn he he he ptg2 neh lapo lah pulak hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Erma, kalau takde sambal memang tak sah kan..tu yg kalau boleh nk elakkan buat sambal ni..takut terover suap..hehe

      Delete
  3. salam K.Ina.Sedapnya gulai udang camni..dok nambah2 nasik la jwpnya:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Atie, makin bertambah2 tembam la jawapnya kalau selalu dok tambah nasik..nak diet pun tak jadi2 lagi ni tau!

      Delete
  4. waduh udanggg..gulp..gulpp! lariiiiiiiiikkk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak join lariiik sama2 ngan puan doc Ina lahh..kot2 boleh kurus :))

      Delete
  5. Salam K.Ina.Pemanggang tu mmg blh buat kek...kek pisang,kek coklat.Akak bkn silap dgr:D
    Atie dah try masak kuih bakar/bengkang,kek gula hangus juge...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Atie, wah mmg ajaib pemanggang tu.semua dia boleh buat..nanti kalau teringin boleh la akak contact Atie ya :))

      Delete
  6. salam kak ina...sedapnyer...dap dap dap....ni kalau makn ngan nasik panaih2 alahai kak...terangkat....lapaq dah aih tgk masak lomak akak ni...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Fiza, mmg terangkat tau esp ada sambal belacan lagiiii lah! tu yg bdn susah nak slim balik tu..hehe

      Delete
  7. wahh sedapnya lauk.. lamaaaaaaa tak makan lemak udang gini, nak jugak la rasa kuah2 sikit kak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izah punya pasal jgn kan kuah, udang rimau pun boleh jer..actually akak pun dah lama x msk lemak udg mcm ni.. :))

      Delete