Wednesday, October 10, 2012

ENAKNYA BUBUR SOM SOM...

  
Assalamualaikum...Lega rasa tekak ni bila dapat semangkuk bubur som som, especially pada waktu panas terik yang amat2 di luar sana tu. Nyaman je rasa dapat menjamahnya, sekejap je dah habis semangkuk. Silap gaya nak aje tambah semangkuk lagi. 

Kali ke 3 dalam seumur hidup I buat bubur som som ni. 1st time buat masa kat Kampar dulu...masa tu buat dah memang sedappp sangat. Beberapa tahun selepas tu ada buat lagi tapi tukar resepi sikit..agak keras pulak kejadiannya. Kali ni buat lembut sangat2, memang camni lah sepatutnya bubur som som yang kena dengan selera akak.


Jika teringin nak makan, sila lah membuatnya. Bukannya susah pun, kejap je dah siap. Tapi eloklah disejukkan terlebih dahulu selama beberapa jam sebelum dimakan. Resepinya seperti di bawah tu ya....Daaaaa :))


BAHAN BAHANNYA
  • 2 cawan tepung beras
  • 5 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam
  • 1 daun pandan (dicarik & disimpulkan)

CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan tepung beras, santan & garam didalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga menjadi pekat
  2. Kacau sentiasa supaya adunan tepung tidak menjadi bergentel2 (dalam masa 5 minit dah mencukupi)
  3. Apabila sudah pekat, tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang ataupun acuan yang disukai. Sapukan sedikit minyak pada permukaan acuan sebelum dituangkan
  4. Sejukkan di dalam fridge selama 1-2 jam dan enak dimakan bersama2 air gulanya.


AIR GULA
BAHAN BAHANNYA

  • 1 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan dicarik & simpulkan

CARA MEMBUATNYA
  1.  Campurkan kesemua bahan2 diatas didalam periuk dan masak diatas api sehingga larut & mendidih
  2. Tapiskan dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan bersama2 dengan bubur som som




2 comments:

  1. Salam akak.. mkn sejuk2 nyamannyer.. lembut lemak2 manis gulanya... semalam nampak kat dapo kak norlie dia wat buk kaler merah.. arini dapo akak lak show.. tak kiralah aper kalerpun kak tekak ermani dah terasa2.. nak join semangkuk.. nyum3 nyaman lalu kat tekak..

    ReplyDelete
  2. Wsalam Erma, betul tu lemak manis sgt..makin bertimbun2 la lemak kat bdn ni nampaknya. meh la dtg sini boleh kita mkn bermangkuk2...nyum2 :))

    ReplyDelete