Wednesday, October 3, 2012

TALAM BERLAUK UDANG


Assalamualaikum...First time buat kuih talam berlauk udang ni atas permintaan, sedap rasanya & mengenyangkan. Pagi tadi makan seketul kenyangnya sampai lepas tengahari. Cerr makan 2 ketul tentu kenyang sampai ke senja.

Resepi kuih talam ni akak dapat dari Sheila @ SPICESJOURNEY, Bila ternampak rupanya tu terus jatuh cinta..  Alhamdulillah, puashati sangat dengan hasilnya. Next time nak buat lagi ni, tapi dengan lauk yang berbeza pulak. Buat anda yang masih belum pernah merasa kuih ni cuba lah...resepinya ada akak letakkan dibawah tu. Terima kasih buat Sheila...:))


 BAHAN BAHANNYA

BAHAGIAN BAWAH :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan air atau santan cair
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa

BAHAGIAN ATAS - LAUKNYA

  •  600 g udang saiz kecil (dibuang keseluruhan kepala, ekor & kulitnya)
  • 8 ulas bawang merah dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
  • 2 tangkai cili merah dihiris nipis
  • Beberapa tangkai daun bawang & daun sup dihiris halus
  • Bawang goreng secukupnya
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng (3 sudu besar) + 1 sudu besar minyak sapi

CARA MEMBUAT - BAHAGIAN LAUK

  1.  Panaskan minyak yang dicampurkan 1 sudu besar minyak sapi. Tumiskan bawang merah, bawang putih, biarkan ia kekuningan dan masukkan udang kering tumbuk.
  2. Biarkan ia sedikit garing dan masukkan udang diikuti dengan cili merah & lada sulah, gula & garam..kacau biar sebati
  3. Masak sebentar saja, apabila udang dah masak tutupkan api, masukkan bawang goreng, daun bawang & dauan sup, gaulkan sehingga rata

CARA MEMBUAT - BAHAGIAN BAWAH

  1. Campurkan kesemua bahan2nya dan kisarkan sehingga sebati
  2. Tapiskan dan asingkan terlebih dahulu 1/4 cawan dari adunan tepung
  3. Kemudian bakinya dituangkan ke dalam bekas loyang 8" x 8" yang dilapik dengan plastik & disapu sedikit minyak 
  4. Kukuskan seperti biasa & selepas 15 minit buka penutup & taburkan lauk udang & ratakan keseluruh permukaannya
  5. Titiskan tepung dari 1/4 cawan tadi sedikit demi sedikit di bahagian atas lauk, tujuan supaya lauk melekat dengan bahagian bawah
  6. Sambung mengukus selama 45 minit lagi. Angkat & sejukkan 
  7. Guna pisau plastik untuk memotong kuih tersebut.





4 comments:

  1. sedapnyer...talam berlauk ni ngan kuih Qasidah tu serupa ke x kak...ni kalau fiza kena 1/2 talam gamaknyer ni baru kenyang sampai t/hari....he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa tak sama kot Fiza..bior betui 1/2 talam? sepotong pun dah kenyang tau..tengok la akak potong besar mana kan..hehe

      Delete
  2. assalam kak Ina..meriahnya talam berauk akak ni..boh udang lak tu..lagilah sedap..

    camana ngan anak akak..dah baik ke ciken pox?

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam Lina, mana x meriah 1st time buat la katakan. Alhamdulillah, lepas 2-3 x letak daun semambu + losyen doc. dah kering semuanya. tapi anak akak ni suka sgt garu2 so melecet pulak kulit2nya..masalah lain la pulak..aduyaiiii :))

    ReplyDelete