Tuesday, April 3, 2012

TOM YAM LIDAH :-P :-P



Assalamualaikum...Puas sudah berehat hujung minggu lalu dan kini rutin harian seperti biasa semula. Memang kesibukan sekarang ni boleh la dikategorikan luarbiasa (siapa yang tidak ehhh ? ) Emmmm.....agak memeningkan apabila nak menyediakan beraneka menu untuk NKK (nasi kandar korner) dan pada waktu yang sama menyiapkan bermacam tempahan yang tidak disangka2 dari customer pula. Itu belum lagi bab jadi supir jemput anak2 balik sekolah. Ditambah pulak jalan raya di Tapah ni bukannya macam di Kampar yang lebih lancar & tenang. Sesaknya jalan mengalahkan bandar besar la pulak...bertambah2 pening kepala aii ni tau!!

Ok la, cukuplah tu bab mengomel, bukannya apa saja nak luahkan apa yg terbuku dihati & perasaan (bab yg jadi supir tu la...menci sangat tau!!) Ok3...cerr tengok gambo... Memang selalu jugak buat tom yam ni cuma beza pada bahan2nya tu. Kali ni akak gunakan lidah lembu yang dah lama membeku dalam freezer..Actually kan part lidah ni lebih sedap dari daging lembunya tu..bila dihiris nipis2 cepat je dah empuknya. Kalau dibuat panggang, cicah pulak dengan air asam lagi la....Memang tersangatlah mudah buat sup tomyam ni kan, tapi resepinya tetap ada di bawah ni...Jumpa lagi :-))




BAHAN BAHAN


  • 1 bahagian lidah lembu (direbus sampai empuk)
  • 1 kiub tom yam
  • 1 paket pes perencah tomyam
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 batang serai
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • 1 cm lengkuas diketuk2
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 5 tangkai cili padi diketuk2
  • 2 buah tomato dibelah 4 setiap satu
  • Cendawan tiram secukupnya
  • Putik jagung dikerat memanjang
  • Bunga kobis dipotong kecil
  • Lobak merah dihiris 
CARA MEMBUATNYA
  1. Masukkan kiub tom yam, pes perencah, sos ikan, serai, lengkuas dan cili padi ke dalam periuk dengan lebihan air rebusan daging dan masak sehingga mendidih perlahan2
  2. Kemudian masukkan hirisan daging lidah ke dalam periuk dan biarkan ia merenih sebentar
  3. Apabila sudah mendidh dan daging pun sudah betul2 lembut, masukkan bawang besar dan tomato
  4. Terakhir diikuti dengan sayur sayuran yang keras dahulu seperti lobak merah, diikuti dengan bunga kobis, putik jagung dan cendawan
  5. Sebelum dipadamkan apinya masukkan daun limau purut dan jus limau kasturi dan kacau2kan sebentar sahaja. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

9 comments:

  1. Azlina,

    ritu dtg tak dapat nak komen,tenet lembap,
    nak ucapkan tahniah sebab dah buka second shop NKK,penat tapi berbaloi..seronok taw..kalau kita gi jejalan keTapah bila bila nnti leh laa makan free....entah bila laa tukan...
    doa semuga lebih sukses yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Asma, kalau sudi jemput la singgah ya! bukan 2nd shop tp pindah lokasi yg lebih strategik...mcm tu la adat org berniaga. maceh ya kak asma :))

      Delete
  2. tak pernah makan lidah lembu, tp nampak sedap..kalo kat kedai tomyam diorang buat masak merah...tp jarang la jumpa..yelah, satu lembu hanya ada satu lidah kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Msk apa2 pun sedap ni tau..mmg boleh kata susah jugak nk jumpa masakan lidah lembu ni kat kedai. akak pun sesekali je msk itu pun kalau hubby teringat nak beli.. :))

      Delete
  3. salam kak lina..
    belum pernah merasa lidah lembu ni kak.. tp kalau kulit kaki lembu atau ekor tu memang biasalah.. hehe.. cemanalah rasa dia ye kak.. rangup2 tak? kat manalah akak dtg lidah lembu ni ye... mesti susah nak dpt kan.. lebih2 bila akak kata lidah ni lagi sedap dari dagingnya.. sudahlah part lidah tu hanya ada sikit je dari sekor lembu.. dah pastilah ia jadi rebutan.. hihi.... akak sihat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lidah lembu ni tak rangup, tapi tekstur dagingnya tu lebih lembut tak de urat..senang nak hadam. memamng susah dpt lidahnya,bila ada lembu baru sembelih sampai kat pasar tu adalah dpt yg fresh..oh ya, akak sihat2 je tp lately agak busy semenjak tukar lokasi di pekan. hrp ratna pun sihat2 disana ya!! :))

      Delete
  4. Assalamualaykumwbh kak Azlina....

    Ingat AYu lagii???? Missed u la akak....waaa..byk sgt ketinggalan. Tiba2 dpt2 tomyam lidah...mmmmmmg tak penah terfikir nak wat ni...mmmm boleh try ni.

    Kak mcm mana ye? Rindu benar Ayu....! Ayu busy sbb tuntutan kerja n now baru lps pindah rumah. A lot to do. Now tpaksa ngadap broadband je dulu..terkedek2 kak....kkdg xdpt browse langsung.

    Kak take care taw...and pls remember that ...

    Ayu winduuuuuu kat akak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....Akak pun sama gak tau, rinduuuu la cuma akak tak terkejar nak ke sini. maaf la akak pun tak sempat lg nak bw, tp akak sentiasa ingat pd ayu. tunggu dah ok sikit,nanti akan bw mcm dulu2...Insya Allah...

      Akak pun faham sibuknya Ayu esp bila pindah rumah ni..ayu pun jg diri ya, kesihatan pun jg ok...cayangggg Ayu jugak :))

      Delete
  5. Hi & selamat berkenalan kak azlina, saya mmg suka makan tom yam tapi first time dengar resepi tom yam lidah ni, mmg unik hehe : )

    ReplyDelete