Tuesday, February 21, 2012

PUYUH GORENG MANIS MANJA


Assalamualaikum....Suka tak makan burung puyuh? Ehhh...rugi tau kalau tak suka sebab rasanya sedap apalagi kalau digoreng garing2 gini. Asyik2 makan ayam je, sesekali tukar la makan burung puyuh. Perapan untuk puyuh ni sengaja akak lebihkan manisnya, walaupun dah ada gula, akak tambahkan sedikit madu. Jangan risau, sikit punya pasal takde nya kena penyakit kencing manis.. 

Berbalik pada nama yg manja tu, saja2 akak letakkan namanya begitu mengenangkan tadi  ada anak yang bertanyakan kenapa ada orang dewasa tapi masih diberi panggilan "Anje" oleh mak atau ayahnya, sudah la dewasa, lelaki pulak tu, buat segan je kata anak akak tu. Emmm, payah nak jawap ehhhh kerana ia melibatkan seseorang ni tapi rasanya bila dah terbiasa dipanggil "Anje" sampai dah dewasa ni kesannya pada si dewasa ni banyak ngengada perangai & tabiatnya, anak bongsu mcm aiii pun kalah.....ngeeeee :))  :))

Resepi ada di bawah ni bagi yang teringin nak mencuba, dipersilakan...Jumpa lagi!!

BAHAN BAHAN
  • 8 ekor burung puyuh
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hirisan halia 
  • 1 sudu besar rempah kari daging 
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Sedikit garam 

CARA MEMBUATNYA

  1.  Tumbuk bawang besar, bawang putih & halia sehingga betul2 lumat
  2. Keluarkan kesemuanya ke dalam mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 yang lain, kacaukan biar betul2 sebati 
  3. Gaulkan bahan perapan ini dengan burung puyuh, biarkan ia betul2 mesra. Untuk rasa yang lebih sedap, perapkan selama 1 - 2 jam
  4. Panaskan minyak yang mencukupi, tunggu sehingga minyak betul2 panas & masukkan burung puyuh satu persatu, goreng dengan api sederhana sehingga betul2 garing
  5. Apabila nampak sudah garing, angkat puyuh, toskan minyaknya terlebih dahulu dan sedia untuk dihidangkan


3 comments:

  1. puyuh goreng manis manja, sedap nampak, sesedap namanya, tapi kan ina akk tak mkn puyuh entah kenapa. Menu ni boleh di gantikan dgn ayamkan ina.

    ReplyDelete
  2. x pernah mkn puyuh...terliur jgak tp mesti tringak benda lain...selalu buat spoil jer...SEDAPNYER KAK..

    ReplyDelete
  3. EmbunRosaliza..Saja ngengada jugak nk letak nama manja2 tu..mungkin kak Rosa x biasa mkn kot, xpe la boleh je tukar dgn ayam... :))

    Wanie..Ala ciannya x penah mkn, tp kalau teringin nnt akak boleh bg sekor yea..:))

    ReplyDelete