Tuesday, February 21, 2012

ACAR RAMPAI


Assalamualaikum....Sambil memasak untuk lunch dapat juga mengupdate disini. Macamana dengan anda di rumah ? Tentu di waktu begini dah selesai memasak juadah makan tengahari.Tunggu makan je nanti kan! Kalau di rumah ni waktu lunch hanyalah selepas solat zuhur, itu pun kadang2 sengaja dilewat2kan lunch sehingga pukul 2.30.Akak ni malas sebenarnya nak mkn nasi, disamping dah bosan mkn air tangan sendiri, dapat jugak berdiet jika tak mkn nasi kan! Tapi apakan daya, hubby akak ni manja gitu, jangan harap la dia nak makan selagi akak tak makan sekali...uhuk3...sedih sebab tak dpt diet2...:( 

Acar rampai ni bukan yang dimasak hari ni tapi menu kenduri tak berapa lama dulu. Akak ni sesekali dapat la jugak ambil gambar lauk2 kenduri, selalunya tak berkesempatan sebab sangat2 sibuk jika adanya katering. Acar sebegini kalau bukan untuk tempahan memang takkan ada akak memasaknya dirumah ni sebab anak2 bukannya reti pun nak makan. Tambah lagi anak2 lelaki, mana nak makan acar2 gini...Kalau kat rumah ni yang makan cuma akak sorang je. Ok, kalau ada antara anda nak mencuba acar ni boleh la tengok resepi di bawah ni yea... :))


BAHAN BAHAN
  • 2 lobak merah (dikupas kulit, dihiris & potongan mancis)
  • 2 timun (tak perlu dikupas kulit, dihiris & potongan mancis)
  • 2 cili merah dikerat 2,potong kecil & memanjang
  • 2 cili hijau dikerat2, potong kecil & memanjang
  • 8 ulas bawang merah dipotong 6 bahagian setiap satu
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis2
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 2 sudu besar rempah kari (ikan atau daging pun boleh)
  • 1 sudu besar serbuk cili (jangan letak jika tak suka pedas)
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 2 sudu besar bijan (digoreng sebentar tanpa minyak)
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur dilarutkan dengan 1 mangkuk air

CARA MEMBUATNYA
  1.  Rendamkan lobak merah dan timun didalam air kapur selama 1/2 - 1 jam untuk merangupkan sayur2an tersebut. Tos dan ketepikan
  2. Tumiskan kesemua bawang merah dan bawang putih dengan 3 sudu minyak masak sehingga agak layu, masukkan biji sawi dan serbuk kari daging dan kacau2kan. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering
  3. Apabila rempah sudah garing, masukkan cuka, gula dan garam secukupnya. Kacaukan supaya ia sebati
  4. Yang terakhir baru dimasukkan lobak merah, timun, cili merah, cili hijau, bawang merah & bawang putih. Gaulkan sehingga rata, biarkan dimasak sebentar sebelum ditutup api
  5. Taburkan bijan sewaktu nak menghidangkan.



4 comments:

  1. Assalam ina, sedap acar rampai ni, akk pun sselalu mkn tempat kenduri je, tak pernah buat sendiri lagi, mmg sedap ni

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan dari seberang :)

    ReplyDelete
  3. acar rampai ni kalau lawan ngan nasi beriani ke nasi tomato ke mmg best sangat la..

    ReplyDelete
  4. EmbunRosaliza..Waalaikumussalam, tukang masak kena la ikut je menu pilihan customer tp biasanya kat kenduri lauk gini yg paling lambat habis sbb ramai yg x mkn esp budak2.. :))

    Deetha..Salam perkenalan kembali dari akak & terima kasih sudi menjenguk.. :))

    Lina_pg..Mmg betul la sgt tu, tp la ni org lebih suka acar yg simple2 contohnya jelatah.. :))

    ReplyDelete