Sunday, February 19, 2012

CHOC MOUSSE BROWNIES



Assalamualaikum...Bertemu semula di malam ini dengan brownies yang sudah pasti memikat selera. Actually, memang takde niat nak buat dessert ke apa ke arini sebab akak lagi kebizian sehari suntuk ni. Tapi nak buat citernya tu, tengahari tadi semasa sedang mengemas majalah2 lama, terpandangkan satu resepi ni yang nampak sedap je, tengok dari bahan2nya pun takde masalah sebab semuanya ada. So, akak pun start la membuatnya selepas solat zuhur. Bila dah siap tu haruslah disimpan dalam fridge beberapa jam supaya bahagian moussenya tu mengeras.

Jika anda nak tahu camne rasanya haruslah dicuba sendiri yea..Resepinya ada akak salinkan balik seperti di bawah sana tu. Memang tak rugi membuatnya, sangat2 sedap di tekak kami sekeluarga...Selamat mencuba & terima kasih diucapkan buat Cik Mat atas resepi yang sangat2 menepati selera   :))


SUMBER : MAJALAH JELITA JUN 2010 - CIK MAT GEBU


BAHAN BROWNIES :

  • 45 g mentega
  • 65 g gula halus
  • 1/2 camca teh esen vanila
  • 1 biji telur
Diayak bersama :
  • 50 g tepung serba guna
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 1 camca besar serbuk koko

BAHAN MOUSSE
  •   1 camca besar gelatin halal
  • 100 ml air
  • 140 g coklat masakan
  • 2 biji putih telur
  • 40 g gula halus
  • 200 g krim putar

CARA MEMBUATNYA

  1. Untuk brownies, panaskan ketuhar pada suhu 190C. Lengserkan tin bakar berukuran 18 cm dengan sedikit mentega. Ketepikan
  2. Pukul mentega bersama gula dan esen vanila sehingga putih
  3. Masukkan telur, pukul sehingga kembang
  4. Masukkan tepung sedkit demi sedikit sehingga habis, gaul rata
  5. Masukkan adunan ke dalam tin bakar dan bakar selama 15 minit
  6. Untuk mousse, campur gelatin bersama 100 ml air, kacau  rata dan biar lima minit
  7. Cairkan coklat masakan menggunakan periuk tingkat. Kacau selalu
  8. Angkat coklat apabila sudah cair dan masukkan gelatin, kacau rata dan biarkan sejuk
  9. Pukul putih telur sehingga kembang, masukkan gula halus sedikit demi sedikit sambil terus pukul sehingga kental, ketepikan
  10. Pukul krim putar sehingga gebu dan campur bersama coklat dan putih telur. Kacau sebati
  11. Tuang adunan coklat di atas kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam
  12. Biar mousse keras dan ayak serbuk koko sebagai hiasan ( Saya hiaskan dengan coklat ganache dan parutan coklat putih)
  13. Enak dihidangkan sejuk. 

5 comments:

  1. mak aaai..sedapnya kak Ina...lemak berkrim..sy suka semua yg bercoklat!

    ReplyDelete
  2. Ummiaisyah..mmg sedap rasanya, lemak berkrim disukai ramai. cuba la buat, tentu anak2 ummi suka..nape lama x update blog??

    ReplyDelete
  3. kak Azlina dear....

    Assalamualaykumwbh kak....waaaaaaaaaaaaah cam nak pingsan je tgok choc mousse ni.....mmmm x berdaya dah kak, ayu nak turun dapur wat magis..he3...selalu tiap2 hari bekal g opis..now tdaya wat apam gandum je.....hu3.....

    akak take care ya......

    ReplyDelete
  4. Ayu Safieza@Humaira'..Waalaikumussalam, bestnya bwk bekal gi ofis, teringat zaman bekerja dulu.. ;) apam gandum tu pun kelassss tau, mkn ari2 pun ok! Ayu pun jaga diri tau, kerja baik2.... :))

    ReplyDelete