Wednesday, November 16, 2011

TENGGIRI GORENG ASAM CILI PADI


Assalamualaikum buat semua yng sudi hadir di sini walaupun agak lama tiada entry terbaru. Apakan daya, tangan tak sampai...jangan kata tangan, mata nak menjeling ke komputer ni pun tak berapa nak sempat..huk3...Insya Allah tak lama lagi semua kerja2 yang bertimbun2 yang macam tiada endingnya ini akan dapat diatasi. Harap2, selepas itu dapatlah akak masa lapang yang sangat akak rindui.

Ikan tenggiri ni selain dari masak kari, akak pun suka masak style simple2 macam ni. Anak2 pun suka kalau ikan dimasak macam ni. Inilah juadah makan tengahari kami termasuk siput lala tomyam & telur dadar..Itu pun dah cukup menyelerakan buat seisi keluarga. Simple betul kan...semuanya main hiris2 & campak2. Ok lah, resepinya jom tengok kat bawah ni yea...Salam manja dari akak...Bye ;)


BAHAN BAHAN
  • Seekor ikan tenggiri disiang & dibersihkan seperti biasa (dipotong ke beberapa bahagian)
  • 10 cili padi dibelah tengah
  • 1 cili merah dihiris nipis
  • 6 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 1/2 cawan air asam jawa (pekat)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit & garam untuk lumur pada ikan
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan sedikit serbuk kunyit & garam pada potongan ikan tenggiri dengan rata & gorengkan seperti biasa sehingga agak garing
  2. Panaskan 3 sudu minyak didalam kuali & tumiskan semua bahan hiris seperti cili padi, cili merah & bawang merah sehingga agak layu, masukkan sos tiram dan kacau2kan
  3. Diikuti dengan air asam jawa, kacau lagi hingga sebati dan masukkan pula gula & garam secukup rasa.
  4. Apabila kuah sudah pekat, perlahankan apinya dan masukkan potongan ikan goreng tadi dan kacau2kan sehingga sebati dengan kuahnya. Tutup api & bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

9 comments:

  1. As'salam...sdp tu ikan tengiri grg asam....nak pulak dpt bahagian ekor hemmm tebal isinya...biasa suka masak kari juga...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...leh kak cek join lunch hari ni...:D

    ReplyDelete
  3. salam kak lina..
    Amboiii sedapnya masak ikan tenggiri asam cili padi tu..yum2..

    ReplyDelete
  4. Salam akak.. lamanyer tak singgah sini... sedapnyer lauk camtu.. boleh masuk list ni.. x pernah masak camni.. mkn ngan nasi panas2 selera ni kak...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak..Wahhhh nampak sungguh sedap ikan ni..Makan ngan nasi panas memang best..

    Semoga rutin harian akak nanti kembali berjalan lancar seperti sediakala..

    ReplyDelete
  6. Assalam Ina, ikan tenggiri yg sudah terkenal dengan isinya yg lembut, bila di masak asam gini dan sedikit pedas...fuhhhh terliurnya akk, simple tapi sedap

    ReplyDelete
  7. Masak simple pun sedap tau...ikan tenggiri akak tak berapa gemar tapi kat kepala dia tu...wallah2 sedapnya..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaykumwbh Kak Azlina.....dinda dah timbul selepas lamaaaaaaaaaaaaa tenggelam....:)Missed yaaaaaaaaaa......

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak Azlina, baru dapat ziarah sini...coz sekarang baru cuti...so boleh lah lawat2 selalu...selamat menyambut tahun baru Islam..

    ReplyDelete