Wednesday, November 9, 2011

KEK BUAH-BUAHAN KURMA


Assalamualaikum buat semua, apa khabar? Diharapkan semuanya sihat2 sejahtera disamping menjalani kehidupan masing2. Setelah beberapa hari bercuti sempena Aidil Adha, kehidupan kembali seperti biasa. Pagi ini rumah sunyi semula apabila anak2 dah ke sekolah, selalunya rumah ni tak pernah sunyi, maklumlah anak2 5 orang hero2 semuanya. Kejap berbaik, kejap bergaduh, perkara biasa di rumah ni...

Kek buah2an kurma yang dalam gambar tu akak buat sempena Aidil Adha baru2 ni. Resepi diambil dari buku Sehebat Chef diilhamkan oleh Chef Liza Zainol. Buku ni diberikan diberikan percuma apabila membeli minyak jagung Daisy tahun lepas. Memang berbaloi buat kek ni, tambahan pulak famili akak memang gemar makan kek yang ada buah2an campuran sebegini. 

Apa kata kita tengok dulu resepinya di bawah ni. Sesiapa yang teringin nak mencuba, dipersilakan... :)

BAHAN BAHAN

A. 80 g minyak jagung Daisy
     3 biji telur
     160 g gula perang

B. 300 g buah2an campuran
     100 g ceri merah & ceri hijau
     100 g buah kurma digunting memanjang
     80 g walnut dicincang kasar ( sy letak badam)
     1/2 sudu kecil serbuk buah pala

C. 220 g tepung gandum      ) campurkan kedua2nya
    1 sudu besar serbuk penaik  ) & ayak
    3 sudu besar susu segar                )
    1 sudu besar air oren                    ) campurkan sekali
    1 sudu besar kulit oren - diparut   )

Hiasan

30 g ceri merah
30 g ceri hijau
40 g badam (dicincang)


 CARA MEMBUATNYA

  1. Putarkan telur selama 2 minit dengan kelajuan sederhana, masukkan gula perang sedikit demi sedikit, putar lagi selama 5 minit
  2. Perlahankan mesin pengadun, masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit , putarkan lagi selama 1 minit
  3. Campurkan kesemua bahan B & masukkan ke dalam adunan telur
  4. Masukkan bahan C & putar selama 1 minit
  5. Masukkan adunan kek ke dalam tin pembakar & hias dengan ceri merah & ceri hijau serta badam cincang
  6. Bakar pada suhu 170C selama 40-50 minit

5 comments:

  1. hai, salam kenal...^^ saya follow sini yer...sukaa sgt dgn resepi kat dlm blog ni...

    ReplyDelete
  2. salam ziarah Lina...bestnya kek buah, arwah ma suka sgt kek2 cmni...tetiba rindukan dia...

    ReplyDelete
  3. Cik Puan Izan..Salam kenal jua dr akak yea! Terima kasih sudi dtg sini & follow blog yg tak seberapa ni, appreciate it! :)

    Liza..Emak akak pun setiap kali raya mesti buat kek buah tp versi kukus..mmg sedap kek yg mak buat, terbaikk.. :)

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum kak lina..apa kabar? Lamanya x borak. Kek buah tu mmg peberet lyza tu..adoiii sedapnya..ada lg x kak lina?

    ReplyDelete
  5. Lyza..Waalaikumussalam, Akak alhamdulillah sihat, hrp Lyza pon sama juga yea! Mmg sedappp, tp dh lama finishnye, lain kali akak buat lg leh bg sikit, ok tak?? :)

    ReplyDelete