Tuesday, September 27, 2011

TEMBOSA BERINTI AYAM & TELUR REBUS

 

Assalamualaikum...Dah beberapa kali buat tembosa ni atas permintaan ramai. Anak2 semua suka makan kuih2 macam ni. Kalau buat karipap tu sekejap je licinnya, tu yang selalunya buat dalam kuantiti yang agak banyak dan difrozenkan. Sama la juga macam kuih tembosa ni. Buat banyak2 boleh makan berkali2.

Actually, aritu akak tengok di AFC kuih tembosa ni ada berintikan telur rebus so teringin pulak nak mencubanya. Memang sedap rasanya bila tergigit telur rebus kat dalamnya tu. Ada juga yang akak buat tanpa telur rebus untuk anak2 yang masih kecil & tak suka makan telur rebus..Ok la, untuk resepinya akak letak macam biasa.. :)

 BAHAN BAHAN

Untuk kulit tembosa
  •  500 g tepung gandum
  • 5 sudu besar marjerin 
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Air secukupnya
  • 3/4 sudu teh garam

    CARA MEMBUATNYA
    1. Panaskan marjerin & minyak bersama2 sehingga marjerin cair sepenuhnya
    2. Campurkan kedalam tepung sambil digaulkan dengan senduk
    3. Larutkan garam dengan air dan tuangkan sedikit demi sedikit, kacau2kan dengan tangan dan uli sehingga menjadi doh
    4. Canaikan agak nipis dan terapkan dengan acuan bulat 
    5. Ambil satu keping & letakkan inti karipap dan potongan telur rebus ke atasnya. Tutup dengan sekeping lagi dan kelimkan sekelilingnya dengan kemas
    6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Jika minyak terlalu panas, kulit tembosa jadi menggerutu & tak cantik..Apabila sudah agak garing, angkat & toskan.
      

    UNTUK INTINYA
    • 6 biji ubi kentang dikupas kulit & dipotong dadu
    • 3 ketulan ayam bahagian isinya sahaja dicincang kecil
    • 2 sudu besar serbuk rempah kari daging
    • 2 labu bawang besar dihiris nipis & kecil
    • 3 ulas bawang putih dicincang halus
    • 1 tangkai daun kari
    • 1 tangkai daun sup dipotong halus
    • 1 sudu teh gula
    • Garam secukupnya
    **  Telur rebus dipotong kepada beberapa bahagian

    CARA MEMBUATNYA
    1. Untuk mempercepatkan proses membuat inti, gorengkan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga empuk, angkat & toskan minyaknya
    2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan, bawang besar, bawang putih & daun kari sehingga agak layu, masukkan serbuk rempah kari dan kacau2kan, tambah sedikit air
    3. Apabila rempah sudah agak garing, masukkan isi ayam dan kacau2kan biar sebati
    4. Apabila ayam sudah cukup masak, masukkan ubi kentang tadi dan kacau2kan
    5. Masukkan hirisan daun sup, garam & gula dan kacau sehingga semuanya tergaul dengan rata & sebati.

    Monday, September 26, 2011

    KACANG KUDA PEDAS


    Tengah2 malam gini sambil menemankan anak bergelut dengan buku pelajarannya, mengantuk jugak kalau takde benda untuk dikudap2 betul tak? So, mama pun buat la something tadi...Mengunyah kacang kuda rebus ni dan Milo 2 gelas beso tu pun dah tinggal separuh je...belajarnya tak la banyak mana pun, makan je lebih hahah!!! Apa2 pun makanan kekacang macam chickpea ni  memang elok bagi kanak2, baik untuk tumbesaran & kecerdasan otak jugak...

    Sesape nak buat kacang kuda rebus ni, boleh cuba resepi kat bawah tu. Akak rebus kacang tu dulu, lepas tu stimkan kejap supaya lebih gebu...Selamat mencuba... :)



    BAHAN BAHAN
    • 300 gm kacang kuda
    • 2 tangkai daun kari
    • 2 ulas bawang merah dimayang halus
    • 2 ulas bawang putih dimayang halus
    • 3 tangkai cili kering dikerat2 pendek
    • 1 sudu teh biji sawi
    • 1 sudu teh garam
    • Minyak secukupnya
    CARA MEMBUATNYA
    1. Basuh kacang kuda dan rendam semalaman. Keesokannya buang air, basuh semula dan tapiskan
    2. Masukkan kedalam periuk yang berisi air mencukupi dan rebuskan kacang kuda sehingga empuk
    3. Apabila sudah empuk, toskan airnya dan masukkkan pula ke dalam pengukus & kukus selama 1/2 jam supaya kacang jadi gebu.
    4. Didalam kuali, panaskan 3 sudu besar minyak, tumiskan kesemua bahan2 hiris, cili kering, biji sawi & daun kari sehingga kekuningan
    5. Masukkan garam secukup rasa, kacau2kan biar sebati & terakhir masukkan kacang kuda tadi
    6. Kacau2kan biar rata betul2 sebati dan bolehlah diangkat untuk dimakan panas2.

    ACAR NENAS


    Assalamualaikum...Masakan acar nenas ni adalah salah satu menu tempahan. Kalau saja2 nak masak untuk hidangan keluarga memang tak mungkin terjadi sebab nanti yang makan hanya akak dan suami je jawapnya. Suka sebenarnya bila dapat masak menu yang berbeza sikit sebab dapat la jugak tekak sendiri merasa. Kadang2 bila tengok menu yang dipilih pelanggan asyik2 yang sama je, rasa tak mencabar langsung la pulak. Tapi pilihan pelanggan harus lah dihormati & disiapkan paling terbaik.

    Resepi untuk acar nenas ni akak dapat dari majalah Mingguan Wanita. Dah bertahun2 lamanya akak simpan baru keluar resepinya bila ada permintaan. Akak suka acar nenas ni, sesuai digandingkan dengan menu yang lainnya seperti ayam masak merah, kari daging kentang & nasi minyak..Resepinya macam biasa akak letakkan dibawah ini yea...




    BAHAN BAHAN
    • 1 biji nenas dibuang kulit seperti biasa
    • Segenggam kecil udang kering
    • 3 ulas bawang merah dimayang halus
    • 2 ulas bawang putih dimayang halus
    • 2 hirisan halia dipotong halus memanjang
    • 2 biji cili merah dihiris nipis
    • 1 sudu kecil biji sawi
    • 1/4 cawan cuka 
    • 2 sudu besar gula
    • Sedikit garam
    • Sedikit serbuk kunyit

    CARA MEMBUATNYA
    1. Potong nenas menjadi bahagian yang agak kecil sama seperti dalam gambar. Celurkan sebentar saja dengan air panas dan toskan
    2. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan2 yang dihiris & dimayang halus sehingga agak layu kekuningan
    3. Masukkan udang kering yang sudah dibersihkan terlebih dahulu. Kacau2kan sebentar
    4. Diikuti dengan biji sawi, cuka & serbuk kunyit, kacau2kan dan masukkan kesemua nenas tadi dan gaulkan biar sebati
    5. Akhir sekali masukkan gula dan sedikit garam dan kacau2kan sebentar biar rata. padamkan api & sedia untuk dihidangkan.

    Sunday, September 25, 2011

    KALAU DAH MINAT SANGAT MACAM NI LA JADINYA..


    Petang semalam tengah asyik akak mengemas majalah2 lama tetiba terpandang frame gambar yang sepatutnya gambarnya lain tapi dah bertukar kepada gambar yang seperti diatas tuuu..Aikssss, tahu la di rumah ni ramai yang meminati pelakon cilik Mia Sara ni tapi takkan la sampai gambonye pun nak letak dlm frame ni kan..setahu akak hero2 dlm rumah ni pemalu semuanya...hehehe...Sorang demi sorang hero yang akak tanya semuanya tak nak mengaku bertanggungjawab...ketua hero je yg akak tak tanya sebab tak mungkin ni kerja babah kan!!!



    Tergelak sungguh bila tengok petang tadi gambo dah bertukar yang ni pulak...kakakaka... Entah masa bila depa tukar senyap2...tapi takde jugak yang nak mengaku tuuu!! Tapi bila diteliti hasil koyakan pada gambar tu, ni mesti kerja hero yang tak berapa pandai guna gunting ni..Maka, terjawap lah misterinya....Ni mesti kerja hero yang umurnya baru 4 tahun ++ nie.....

    Amsyar...hai Amsyar......ada ada saja  :))

    AYAM GOLEK CHE HALIMAH


    Assalamualaikum buat semua yang sudi menghadirkan diri di sini. Lama bebenorr tak mengupdate apa2 entry di sini, dah hampir sebulan pun. Alhamdulillah, Syawal tahun ini memberi seribu makna yang tersendiri buat kehidupan kami sekeluarga. Banyak perkara yang terungkai satu persatu. Anak2 pula  bergelut dengan exam yang penting, nampaknya sebagai emak kenalah beri keutamaan & perhatian lebih pada mereka..

    Alhamdulillah, nampaknya dalam seminggu dua lagi kami akan mula berniaga di tapak baru di tengah2 pekan Tapah. Lega bila dapat tahu permohonan dah berjaya. tapi apa2 pun kena la tunggu surat rasmi dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan. Nak berniaga ni bukannya boleh main pacak sesuka hati kita je, kalau la boleh sudah tentu akak pacak dari dulu lagi. Semoga tempat baru ni dapat memberi semangat & peluang untuk lebih kreatif dalam menghasilkan jenis2 masakan, Insya Allah...

    Okay laa, di gambar tu adalah ayam golek resepi Che Halimah iaitu emak mertua kesayangan. Actually, tempohari ada tempahan untuk meraikan para jemaah Haji 2011 di Masjid Tapah. Salah satu menu yang dipilih adalah ayam golek ni yang merupakan menu istimewa resepi emak mertua akak. Bertuah dan bersyukur sangat dapat emak mertua yang sanggup bersusah payah dengan akak dalam menyiapkan kuah untuk ayam golek ni...Satu kepuasan apabila melihat apa yang dirancangkan semuanya berjalan dengan lancar & teratur. Yang paling menggembirakan & terharu rasanya apabila orang yang menempah masakan kita betul2 berpuas hati sehingga sanggup membayar lebih dari sepatutnya.

    Disini akak kongsikan resepinya yang akak olahkan mengikut cara akak, untuk sesiapa yang ingin mencuba dipersilakan...Resepinya simple je tapi proses meyediakan kuah ni agak lama supaya rempahnya betul2 garing dan sebati baru la menghasilkan rasa yang betul2 sedap. Yang kat gambo ni untuk hidangan kami sekeluarga di rumah. Anak2 sememangnya tak reti jemu menghadap ayam ni....


    BAHAN BAHAN
    • Seekor ayam bersaiz agak besar
    • Sedikit garam dan kunyit untuk dilumurkan pada ayam
    • 5 sudu besar rempah kari daging
    • 1 mangkuk santan pekat dari sebiji kelapa
    • Kerisik dari sebiji kelapa
    • 2 sudu besar gula
    • Garam ecukupnya
    BAHAN2 PENUMIS (DIHIRIS NIPIS)
    • 6 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia 
    • Rempah 4 sekawan, 1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 bunga cengkih
    BAHAN2 KISAR
    • 10 ulas bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
     CARA MEMBUATNYA
    1. Bersihkan ayam, pastikan ketulan darah di bahagian tulang dalamnya dikeluarkan supaya ayam tidak hanyir. Rebuskan 15 minit atau sehingga ayam betul2 masak. Angkat & toskan
    2. Lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan gorengkan dengan cara terendam dalam minyak yang penuh. Angkat apabila ayam bertukar ke warna kuning keemasan dan garing rupanya, toskan.
    3. Ambil lebihan minyak tadi lebih kurang 2 senduk besar dan tumiskan semua bahan2 penumis sehingga garing
    4. Masukkan bahan kisar, rempah kari daging dan masakkan sehingga garing rempahnya. Boleh masukkan sedikit air rebusan ayam supaya rempah tidak terlalu kering
    5. Diikuti dengan santan dan kerisik, masak dengan api perlahan, kacau2kan selalu dan tunggu hingga betul2 pekat dan terbit minyaknya
    6. Yang terakhir masukkan garam dan gula secukupnya, ikut citarasa masing2, padamkan api apabila kuah betul2 pekat
    7. Tuangkan kuah keseluruhan ayam, golekkan ayam biar betul2 rata kesemuanya. Taburkan sedikit kismis emas dan bawang goreng pada ayam & boleh la dihias ikut kreativiti masing2. Sedia untuk dihidangkan.