Assalamualaikum buat semua yang sudi menghadirkan diri di sini. Lama bebenorr tak mengupdate apa2 entry di sini, dah hampir sebulan pun. Alhamdulillah, Syawal tahun ini memberi seribu makna yang tersendiri buat kehidupan kami sekeluarga. Banyak perkara yang terungkai satu persatu. Anak2 pula bergelut dengan exam yang penting, nampaknya sebagai emak kenalah beri keutamaan & perhatian lebih pada mereka..
Alhamdulillah, nampaknya dalam seminggu dua lagi kami akan mula berniaga di tapak baru di tengah2 pekan Tapah. Lega bila dapat tahu permohonan dah berjaya. tapi apa2 pun kena la tunggu surat rasmi dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan. Nak berniaga ni bukannya boleh main pacak sesuka hati kita je, kalau la boleh sudah tentu akak pacak dari dulu lagi. Semoga tempat baru ni dapat memberi semangat & peluang untuk lebih kreatif dalam menghasilkan jenis2 masakan, Insya Allah...
Okay laa, di gambar tu adalah ayam golek resepi Che Halimah iaitu emak mertua kesayangan. Actually, tempohari ada tempahan untuk meraikan para jemaah Haji 2011 di Masjid Tapah. Salah satu menu yang dipilih adalah ayam golek ni yang merupakan menu istimewa resepi emak mertua akak. Bertuah dan bersyukur sangat dapat emak mertua yang sanggup bersusah payah dengan akak dalam menyiapkan kuah untuk ayam golek ni...Satu kepuasan apabila melihat apa yang dirancangkan semuanya berjalan dengan lancar & teratur. Yang paling menggembirakan & terharu rasanya apabila orang yang menempah masakan kita betul2 berpuas hati sehingga sanggup membayar lebih dari sepatutnya.
Disini akak kongsikan resepinya yang akak olahkan mengikut cara akak, untuk sesiapa yang ingin mencuba dipersilakan...Resepinya simple je tapi proses meyediakan kuah ni agak lama supaya rempahnya betul2 garing dan sebati baru la menghasilkan rasa yang betul2 sedap. Yang kat gambo ni untuk hidangan kami sekeluarga di rumah. Anak2 sememangnya tak reti jemu menghadap ayam ni....
BAHAN BAHAN
- Seekor ayam bersaiz agak besar
- Sedikit garam dan kunyit untuk dilumurkan pada ayam
- 5 sudu besar rempah kari daging
- 1 mangkuk santan pekat dari sebiji kelapa
- Kerisik dari sebiji kelapa
- 2 sudu besar gula
- Garam ecukupnya
BAHAN2 PENUMIS (DIHIRIS NIPIS)
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Rempah 4 sekawan, 1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 bunga cengkih
BAHAN2 KISAR
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
CARA MEMBUATNYA
- Bersihkan ayam, pastikan ketulan darah di bahagian tulang dalamnya dikeluarkan supaya ayam tidak hanyir. Rebuskan 15 minit atau sehingga ayam betul2 masak. Angkat & toskan
- Lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan gorengkan dengan cara terendam dalam minyak yang penuh. Angkat apabila ayam bertukar ke warna kuning keemasan dan garing rupanya, toskan.
- Ambil lebihan minyak tadi lebih kurang 2 senduk besar dan tumiskan semua bahan2 penumis sehingga garing
- Masukkan bahan kisar, rempah kari daging dan masakkan sehingga garing rempahnya. Boleh masukkan sedikit air rebusan ayam supaya rempah tidak terlalu kering
- Diikuti dengan santan dan kerisik, masak dengan api perlahan, kacau2kan selalu dan tunggu hingga betul2 pekat dan terbit minyaknya
- Yang terakhir masukkan garam dan gula secukupnya, ikut citarasa masing2, padamkan api apabila kuah betul2 pekat
- Tuangkan kuah keseluruhan ayam, golekkan ayam biar betul2 rata kesemuanya. Taburkan sedikit kismis emas dan bawang goreng pada ayam & boleh la dihias ikut kreativiti masing2. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment