Monday, September 26, 2011

KACANG KUDA PEDAS


Tengah2 malam gini sambil menemankan anak bergelut dengan buku pelajarannya, mengantuk jugak kalau takde benda untuk dikudap2 betul tak? So, mama pun buat la something tadi...Mengunyah kacang kuda rebus ni dan Milo 2 gelas beso tu pun dah tinggal separuh je...belajarnya tak la banyak mana pun, makan je lebih hahah!!! Apa2 pun makanan kekacang macam chickpea ni  memang elok bagi kanak2, baik untuk tumbesaran & kecerdasan otak jugak...

Sesape nak buat kacang kuda rebus ni, boleh cuba resepi kat bawah tu. Akak rebus kacang tu dulu, lepas tu stimkan kejap supaya lebih gebu...Selamat mencuba... :)



BAHAN BAHAN
  • 300 gm kacang kuda
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 ulas bawang merah dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih dimayang halus
  • 3 tangkai cili kering dikerat2 pendek
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Basuh kacang kuda dan rendam semalaman. Keesokannya buang air, basuh semula dan tapiskan
  2. Masukkan kedalam periuk yang berisi air mencukupi dan rebuskan kacang kuda sehingga empuk
  3. Apabila sudah empuk, toskan airnya dan masukkkan pula ke dalam pengukus & kukus selama 1/2 jam supaya kacang jadi gebu.
  4. Didalam kuali, panaskan 3 sudu besar minyak, tumiskan kesemua bahan2 hiris, cili kering, biji sawi & daun kari sehingga kekuningan
  5. Masukkan garam secukup rasa, kacau2kan biar sebati & terakhir masukkan kacang kuda tadi
  6. Kacau2kan biar rata betul2 sebati dan bolehlah diangkat untuk dimakan panas2.

2 comments:

  1. salam tuan rumah .......
    emm sedapnya kacang kuda ni. kacang kuda rebus ni elok untuk kecantikan kulit muka sebab kacang kuda rebus tak berminyak.

    ReplyDelete
  2. RosesLeo09..Owh mcm tu eloklah makan selalu kcg kuda ni,otak jd pandai & kulit pun cantik kan!! :)

    ReplyDelete