Saturday, January 15, 2011

TALAM CENDOL

Assalamualaikum...akhirnya tercapai jugak hasrat hati untuk buat kuih talam cendol ni. Terdapat aneka resepi talam cendol dalam simpanan akak tapi teringin pulak nak cuba resepi dari Yatie Memories. Resepi asalnya dari Chef Asma. Kat blog Bdaria pun akak ada nampak kuih talam ni & dari situ juga akak dapat tahu Chef Asma ni ada mengendalikan kelas aneka kuih talam. So, itu la yang membuatkan akak lebih teruja nak mencuba resepi ni dari yang lain2 tu. Buat kuih ni malam semalam.
Wah..berdebar2 waktu buat kuih ni. Bukannya apa, dulu akak pernah buat sejenis kuih talam tapi disebabkan kurang mahir & cetek ilmu bab talam menalam ni hasilnya kurang menjadi. Masa tu akak belum ada blog dan main hentam je. Tapi bila dah ada blog ni banyak faedah yang akak dapat darinya. Inilah hasilnya, kuih talam cendol yang teramat la sedap rasanya.
BAHAN BAHANNYA
Sumber Chef Asma, resepi dicopy dari YATIE, thanks...)
LAPISAN BAWAH
Bahan A
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil garam
Bahan B
200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil isi cendolnya saja
Cara Membuatnya
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk.
  2. Masukkan bahan lain dibahagian A
  3. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu & sentiasa kacau dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  4. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  5. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  6. Kukus selama 25 minit
  7. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
LAPISAN BAWAH
Bahan A
  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Membuatnya
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

9 comments:

  1. aduhh kakk.. rasa mcm nk pingsan tgk talam cendol nih!! Klu bg seloyang pong tkpeeee sukerrrrr! :D

    ReplyDelete
  2. Camne nk bg seloyang, dah lama abis talam cendolnye...Next time akak buat lg boleh anto kat Jepun yea Hana... :)

    ReplyDelete
  3. salam...mmg sure ngigau mlm ni teringat2 talam cendol n ais cendol skali..erkkk :)))))

    ReplyDelete
  4. Wsalam del, ala ciannye sampai mengigau pulak dah...xpe la, esok pagi2 cari cendol cpt2 tau!!

    ReplyDelete
  5. Salam kak, menariknya tgk kuih talam cendol akak ni..dulu saya dh pernah buat dh tapi x jadi menarik mcm ni..emm nk kena try lagi nanti..tapi malas lak nk buat cendol coz kat sini cendol x ada jual.

    ReplyDelete
  6. salam ziarah pagi..bestnye kuih talam cendol akak ni...sy sebenarnye dah beli tau bahan2 minggu lepas nak buat kuih talam..terliur kat blog Yatie memories...tapi tak terbuat je lagi...asyik banyak kerja memanjang...

    ReplyDelete
  7. Wsalam Nieza, xpe3...akak pon buat x semuanya menjadi...cuma nk buat tlm cendol ni kena la ada cendolnya..buat sendiri cendol tu lg best!!

    Salam Adiwieyah, kalau best tu xkan tengok je, buat la cepat2...sama la mcm akak, kalau tengok kuih talam Yatie tu semuanya rasa nk buat kan!!

    ReplyDelete
  8. Salam Azlina,
    Wow cantiknya talam cendol ni...buat yatie terliur jek..yatie mmng suka talam cendol ni...rugilah dtng lambat...udah pinisshhhhhh ya...huhuhuhu..

    ReplyDelete
  9. Wsalam Yatie,maceh ya sbb kata cantik...walaupun sebenonya yg Yatie buat tu lagi la perfect cantiknya. Kita ni baru nak blaja bab kuih talam ni..semua refer kat Yatie...tenkiu ya!

    ReplyDelete