Sunday, January 16, 2011

CUCUR KEMBONG

Assalamualaikum....Petang2 mcm ni jom kita pekena cucur kembong. Teringat ingat time kecik2 dulu, mak akak selalu sangat buat cucur kembong ni. Kalau makan yang mak masak, semuanya sedap belaka..Dan kalau dapat hadap cucur kembong yang mak buat tu memang tak bangun2 selagi tak habis semuanya. Ok, tak payah panjang2 ya, sebab banyak kerja sedang menanti ni...

BAHAN BAHANNYA

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur saiz B
  • 3 sudu makan marjerin
  • 1/2 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 5 sudu makan gula
  • 1/2 cawan air + 1/2 sudu teh garam

CARA MEMBUATNYA

  1. Campurkan kesemua bahan2 kecuali marjerin ke dalam mangkuk dan kacaukan supaya sebati dan rehatkan selama 15 minit
  2. Cairkan marjerin dan masukkan ia kedalam adunan tepung tadi dan gaulkan biar betul2 sebati
  3. Tambahkan sedikit air sekiranya adunan agak keras, bancuhan tepung ni sama seperti bancuhan cucur lain
  4. Perapkan lagi 20 minit
  5. Jemput2kan ia ke dalam minyak panas seperti biasa dan goreng sehingga bertukar warna keemasan.

5 comments:

  1. cucur kembung peberet anak2 mas...cantik bulat2 cucur tu...

    ReplyDelete
  2. Sebenonye kan Mas, bukan semua bulat2 cucur akak tu, yg lonjong2 pon ada..haha

    ReplyDelete
  3. kalau akak yg buat jadi cucur biasa je, takde kembong2 tu, hehehe

    ReplyDelete
  4. Nuanza, tu baru nampak, belum mkn lg... :)

    Kak Aidah, kalau dh dibubuh yis mauripan kembong la cucur tu nanti..

    ReplyDelete