Friday, November 7, 2014

LAKSA PENANG MEMIKAT SELERA



Assalamualaikum...Laksa yang dimakan waktu petang tadi, wow, memang terangkat makan di petang yang dingin sebab di Tapah ni baru je lepas hujan. Menu laksa ni dimasak setiap minggu tapi tak pernah jemu dimakan oleh para penggemarnya. Seronok rasanya bila masakan kita dicari2, dinanti2 serta disukai ramai kann!

Setiap kali memasak kuah laksa setiap kali itulah jugak akak tersenyum sendirian especially time memblender bahan2nya tu (lama jugak berdiri nak siapkan menu setiap minggu nih). Tersenyum bila mengingatkan kembali 10 tahun lalu sewaktu seorang kawan lama di bank yang mengajar akak cara menyediakan laksa Penang ni. Banyak betul soalan2 dari akak masa tu, kelakar rasanya bila teringat balik soalan yang macam2 tu.. Terima kasih & jasamu dikenang dan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan setiap kali akak memasaknya, Insya Allah.

Menggunakan bahan2 yang mudah tapi hasilnya sangat2 memuaskan. Kuahnya tu kalau dimasak sehari lebih awal lebih sedap sebab dah sebati dengan rasa ikan dan asamnya. Resepi ni adalah untuk sukatan 6-7 orang makan. Bagi penggemar laksa boleh la cuba, gerenti sedap. Jom tengok resepinya.

BAHAN BAHANNYA

Untuk kuah :

  • 8-10 ekor ikan kembong atau sadin (boleh juga campur kedua2 jenis ikan)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 5 bawang besar
  • 2 inci belacan Pulau Pinang
  • 3-4 keping asam gelugor
  • 1 bunga kantan dibelah 2
  • 3 tangkai daun kesom (diambil daun2nya)
  • Garam secukup rasa
Bahan2 lain :
  • 1 paket laksa panjang (dicelor sebentar dan toskan)
  • Timun dihiris nipis dan potong memanjang
  • Cili merah dihiris nipis2
  • Cili padi dihiris nipis2 (jika suka pedas)
  • Bawang besar dihiris nipis
  • Hirisan buah nenas
  • Telur rebus (jika suka)
  • Limau kasturi
CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Mula2 rebuskan ikan yang sudah dibersihkan terlebih dahulu dengan air secukupnya menutupi paras ikan. Sejukkan sebentar sebelum dikisar. Simpan air rebusan ikan.
  2. Asingkan isi ikan dengan kepala & tulangnya dan kisarkan dulu isi ikan sehingga hancur. Sewaktu mengisar isi ikan tambahkan air secukupnya. 
  3. Kemudian kisarkan bahagian kepala dan tulang2 pula. Masukkan air secukupnya kedalam mesin pengisar barulah dikisar. Tapiskan dan ambil airnya sahaja manakala buang saki baki tulang tersebut.
  4. Sementara itu, kisarkan bawang besar bersama belacan sehingga betul2 lumat.
  5. Sediakan periuk yang bersesuaian untuk memasak kuah laksa, masukkan kisaran bawang, kisaran isi ikan & tulang serta cili kisar.
  6. Masukkan juga bunga kantan, daun kesom dan asam gelugor.Jangan lupa air rebusan ikan dan tambah lagi sebanyak lebih kurang 1 liter air. Biarkan kuah masak dengan api sederhana dan mendidih selama lebih kurang setengah jam.
  7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan bolehlah ditutup api.
  8. Untuk hidangan, letakkan laksa yang sudah dicelur kedalam mangkuk dan bahan2 lain seperti timun, cili dan lain2 mengikut selera masing2. Tuangkan kuah panas2 ke atasnya. Lebih sedap jika ditambah sesudu petis udang ke dalam kuahnya.

3 comments:

  1. Alamak terliur la plak..dah berapa hari nk mkn laksa xdpt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah terliur tunggu apalagi cheq da..masak la cpt2. tq sudi singgah ya :))

      Delete
  2. wah nampak segar sekali. Laksa itu mirip mie ya?

    ReplyDelete