Friday, February 15, 2013

SET NASI DAGING

Assalamualaikum....Salam Jumaat yang penuh keberkatan buat semua. Tentu seronok bila dapat bersantai di rumah di samping keluarga tersayang kan! Dapat pulak sepinggan nasi daging ni, emmm memang tak dapat la nak dibayangkan. Ditambah pulak dengan gelagat anak2 yang bermacam ragam menghadap pinggan kosong, setia menunggu si mama menyedok nasi ke pinggan depa satu persatu. Terhibur & hilang penat rasanya..hehe

Dulu2 selalu jugak buat nasi daging ni tapi I guna yang ready mix tu. Kali ni cuba resepi dari Kak Nor Secubit Garam yang femes dgn masakan2nya yang menjilat jari. Memang sangat2 sedap & puas hati betul la dengan nasi daging ni. Resepi asalnya dari Rinnchan fotopages. Ucapan terima kasih banyak2 buat kedua2nya atas resepi yang cukup2 perfect ni. Izinkan saya berkongsi resepinya disini ya. Tanpa membuang masa jom tengok camne cara menyediakannya...

 NASI DAGING by Rinnchan

Bahan-bahan:
3 pot beras (pot=tin susu pekat...)
1/2 cwn tomato puree cair
1 cawan susu cair

Bahan-bahan utk stok daging :
500gm daging
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar rempah kurma
i camca teh lada putih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk jintan putih 
1/2 cawan tomato puri (yg ni akak yg tambah)
Garam secukup rasa
Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut

* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.

Bahan-bahan tumis :
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, dihiris nipis
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis

Cara-cara:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
  3. Masukkan beras dan kacau seketika.
  4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
  5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.
* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.

Cara hidangan :
1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Rinn potong daging siap-siap dalam saiz yg kecil supaya cepat empuk. Boleh dihidang dengan air asam.

                                                                         AIR ASAM
BAHAN BAHANNYA

2 tangkai cili merah dihiris nipis
6 tangkai cili padi dihiris nipis
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji limau kasturi diambil jusnya
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kerisik
1 inci belacan bakar
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA

- Campurkan kesemua bahan2 seperti diatas ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga betul2 sebati




3 comments:

  1. Allah kak...tergugat iman diet fiza tgk nasik dgg akak ni...laponyer kak...sedapnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi tak masuk mulut maka selamat la diet Fiza tu..jgn jd mcm akak udah. dari 2-3 tahun lps nak diet tapi yang ado..huhu

      Delete
  2. Sedapnye nampak menu ni..selera plak..boleh try buat ni...

    ReplyDelete