Monday, November 26, 2012

SIBUK NAK MENGHITUNG HARI JUGAK ...



Assalamualaikum....Setiap hari dok sibuk menghitung hari...or shall I say "menyibuk menghitung hari"..emmm tu yang lebih sesuai lah sangattt..ngeee :) Sebab yang nak nikah tu bukannya I tapi my BIL. Insya Allah, tarikhnya pada 9hb Disember nanti.

Untuk majlis kenduri yang besar ni setiap ahli keluarga dah diberikan tugas masing2. Seperti biasa, tugas I sudah semestinya di bahagian dapur. Kalau dah kenduri kawin namanya tentulah bab menu hidangan & masakan adalah no 1 pentingnya dlm carta. So, bangga rasanya bila dapat menyumbang tenaga di bahagian tersebut.

Actually memang dari dulu2 waktu belum terbabit dalam bisnes katering lagi, setiap kali famili buat kenduri kawin dsbnya memang I & my hubby suka involved kan diri kami dalam penyediaan masakan. Seronok rasanya walaupun penatnya usah dikenanglah kan...Tapi bila ada minat, disitu pasti ada jalannya.

Cupcakes hantaran pertunangan ni yang dibuat beberapa bulan yang lalu. Baru sampai seru nak post di sini. Enjoy betul bila dapat buat deko2 ni. Cadangnya nak buat jugak kek untuk hantaran perkahwinannya kelak. Best jugak kalau akak sempat prepare kek untuk majlis potong kek & buka hadiah disebelah malamnya.

 Masalahnya sempat ke nak buat macam2 ni.. And my SIL pun akan bertunang on that day, I pun teringin gak nak buat kek untuk hantaran pertunangannya. Sempat ke tu? Lagi satu hal, sehari sebelum majlis ada tempahan dari Kilang JK untuk sarapan, lunch & minum petang..aduyaiiii, dalam banyak2 hari dipilihnya hari tu pulak nak buat course untuk staffnya. Depa ni dah considered as one of my very important customer. Mana mungkin nak tolak...

Inilah faktor utama kenapa I tak dapat & tak berani nak kembangkan dunia kek yang dicintai. Bila semua kerja bertindih2, kerja memasak & deko kek...semuanya memerlukan tangan & jari jemari yang sama. 
Sayang rasanya....nak promosi lebih2 memang tak berani buat masa ni. 


Anyway, tunggu & lihat saja nanti. Adakah akak akan berjaya buat kek2 hantaran tersebut atau pun sebaliknya. Mudah2an Allah permudahkan segala urusan kerja akak nanti..Amin

Masih dalam proses belajar & melatih jari dalam bab2 deko ni. Practice makes perfect...Tapi deko fondant memang paling akak sukai compare dengan deko buttercream. Resepi untuk bunga akak guna resepi seperti di bawah ini, bagi akak resepi yang terbaik.


GUM PASTE ( Untuk bahagian bunga, daun dsbnya)


SUMBER : BAKING PROJECT

THANKS TO YASMIN SANUSI 
 
INGREDIENTS
  • 500 g icing sugar
  • 1 tablespoon gum tragacanth
  • 1 1/2 tablespoon cold water
  • 2 teaspoon powdered gelatine
  • 2 teaspoon liquid glucose
  • 1 tablespoon shortening
  • 1 egg white
Method :
  1. Mix the icing sugar with the gum trag, and sieve. Put in a heavy duty mixer bowl.
  2. Sprinkle the gelatine over the water, and wait until it becomes spongy. Then double boil until it turns into liquid again. 
  3. Add the glucose, stir until it turns liquid too, then add in the shortening . Continue stirring until all are melted.
  4. Remove from heat. 
  5. Pour into the icing sugar, and mix in the egg white. Beat until the paste becomes white and elastic.
  6.  Remove the gumpaste, put in an airtight container and let it rest for at least 12 hours before using.

 Rolled Fondant ( Digunakan untuk menutupi permukaan kek)

  • 1 tablespoon plus 2 teaspoons unflavored gelatin
  • 1/4 cup cold water
  • 1/2 cup Glucose
  • 2 tablespoons solid vegetable shortening
  • 1 tablespoon Glycerin
  • 8 cups sifted confectioner’s sugar (about 2 lbs.)
  • Icing color and flavoring, as desire
  1. Combine gelatin and cold water; let stand until thick. Place gelatin mixture in top of double boiler and heat until dissolved. Add glucose, mix well. Stir in shortening and just before completely melted, remove from heat. Add glycerin, flavoring and color. Cool until lukewarm.
  2.  Next, place 4 cups confectioner’s sugar in a bowl and make a well. Pour the lukewarm gelatin mixture into the well and stir with a wooden spoon, mixing in sugar and adding more, a little at a time, until stickiness disappears. Knead in remaining sugar.
  3.  Knead until the fondant is smooth, pliable and does not stick to your hands. If fondant is too soft, add more sugar; if too stiff, add water (a drop at a time).
  4.  Use fondant immediately or store in airtight container in a cool, dry place. Do not refrigerate or freeze. When ready to use, knead again until soft.

This recipe makes approx. 36 oz., enough to cover a 10 x 4 in. high cake.

10 comments:

  1. salam rindu kak Ina.....ingatkan tak sabo n k tgu apa td...heheheh..saspen je...
    kek tu cun woooo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rindu jugak buat Ummiaisyah, maceh ya..sama cun mcm org yg buatnya..uwekkk :))

      Delete
  2. Salam kenal Azlina.
    Cantiknya....sayang pulak nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga buat Norzie hany. Actually takde cantik mana pun...biasa2 saja :))

      Delete
  3. wah, bakers rupenyer tgal komen kt blog sy...segan pulak rase, sy ni minat jugak baking2, tp bab decorating? ayooo..pengsan x minat, x seni kot, desert pon buat yg sedebuk2 jer, yg halus mulus x buat, cupcake, apam pon x buat dah, kek n kuih2 loyang jer buat..huhu..rajin sgt..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun bukannya pandai sgt tapi suka mencuba..Bolehlah buat sikit2 tu. Kalau ada masa baru layan deko2 ni kalau tidak jgn haraplah...:))

      Delete
  4. Assalammualaikum Kak Lina ku...lama nyer x singgah ke cni..akak sibuk ye..deco akak pon cantek2..keep it up ye..rindu jugak pd kak lina...muah3x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Lyza, lama tak dengar citer..tentu Lyza pun bnyk tempahan kan! Nak bw pun tak sempat lg nampaknya ni..rindu jugak Muahhhh5x :))

      Delete
  5. http://wwwpesona-zieka.blogspot.com/ singgah sini melihat blog yng sangat bagus..follow done..tinggalkan jejak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah di sini..nanti sy lawat blog zieka pula ya :))

      Delete