Friday, October 19, 2012

POP CORN BERSALUT MADU...CEPATNYA POKOK JAGUNG MEMBESAR!


Assalamualaikum...
Selalu jugak buat pop corn tapi belum lagi ada entrynya disini. Yang buat kali ni sempat diposing2kan dulu  sebelum masuk perut anak2. Alhamdulillah chicken pox anak2 semua dah semakin sembuh & selera makan masing2 pun dah kembali normal.

Actually I takde amalkan berpantang2 makanan bagi depa sepanjang dijangkiti penyakit ni. Alhamdulillah, dengan izin Allah anak2 semua cepat sembuh. Sesetengah orang bila kena chicken pox..makan ayam tak boleh...itu tak boleh, ini tak boleh...terpulanglahkan pada diri masing2. Dari pengamatan I yang menjaga 4 anak yang kena serentak penyakit ni takde bezanya berpantang atau pun tidak. Seperti kata2 doktor tempohari...no need la pantang2 makan, cukup tempohnya penyakit ni akan baik sendiri...

Doctor advised...avoid makanan berminyak. Kukus & grill...itu yang akak amalkan untuk depa semua. Other than that, makanlah ubat2 ikut jadual..jangan ngelat2. Kena rajin jugak sapu lotion kat badan tu, kalau malas2 nanti lambat kering & lambatlah proses sembuhnya.

Oklah..berbalik pada pop corn. Cara membuatnya senang saja & akak buat tak pernah ikut sukatan. Main agak2 je. Tapi di bawah ni resepinya ikut anggaran yang biasa dibuat...


BAHAN BAHANNYA

  • 300 g jagung kering (jagung utk pop corn)
  • 3 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar minyak masakan
  • 3 sudu besar madu *
  • 2 sudu besar gula *
  • 2 sudu besar mentega *





CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Mula2, masukkan 3 sudu besar mentega & 6 sudu besar minyak masakan ke dalam periuk yang agak besar. Panaskan sehingga mentega cair & minyak betul2 panas
  2. Perlahankan api, masukkan jagung kering dan gaulkan supaya sebati dengan minyak & mentega cair. Tutup periuk dan tunggu sehingga lebih kurang 5 - 7 minit akan ada bunyi jagung meletup letup gituuu..
  3. Jangan dibuka tudung periuknya, biarkan sehingga bunyi tersebut berhenti barulah padamkan api
  4. Ketepikan dahulu bertih jagung ni 
  5. Gunakan non stick pan, campurkan mentega dengan gula dan panaskan sehingga kedua2nya cair dan warnanya sedikit perang
  6. Masukkan madu, kacau2kan sebentara dan padamkan api
  7. Tuangkan campuran madu ini perlahan2 ke bertih jagung tadi dan gaulkan sehingga betul2 sebati. Sedia untuk dimakan...

Pokok2 jagung di atas tiada kena mengena dengan pop corn tu ya. Baru sebulan lebih sikit je usianya tapi nampak cepat membesar...

Anak2 yang suka sgt2 makan jagung...tak sabar nak makan jagung manis yang babah tanam ni kan!!!

Come and join us...krap krup krap krup....

12 comments:

  1. sedapnyer kak....besok nak la...sbb besok fiza free...he he he...nak suruh asben pi market esok...kak ina org mana...sbb kalau depa2 ni org utara ja guna...he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besok cuti kan Fiza...eloklah buat cepat2, boleh kunyah2 sambil tengok tv..hehe
      Takde la utara sgt, arwah bapak org Taiping..akak lahir Kampar Perak. Biasa dok dengar mak & bapak ckp Utara je.. :))

      Delete
  2. salam...
    saya sebelum ada buat,letak 1/4 dlm periuk kecik,lepas dia meletup2 tu,sampai tertumpah2 jagung tu ...tak tau pulak dia akan mengembang berganda2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Myda...first time buat mmg susah nak agak. elok pakai periuk yg beso gedabak..selamat sikit..haha :))

      Delete
  3. Popcorn dalam Nutrition Food USA punya list masuk juga tau. So bolehlah makan popcorn banyak-banyak sambil tengok TV hehehe....Wah suburnya kebun Jagung syok tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh, macam tu boleh la selalu kenduri popcorn..tapi risau pulak nanti kena kencing manis pulak sebab saya suka jenis yg manis2...kebun jagung baru nak membesar, maklumla baru belajar berkebun..:))

      Delete
  4. tu jagung jenis yg mcm mana? kalau beli yg biasa kat pasar raya tu boleh? teringin pulak nak buat xperimen..nampak senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jagung yg ditanam tu jenis jagung manis taiwan. benihnya beli di pasar pagi..elok buat experimen dgn pokok jagung ni sebab senang tumbuhnya.. :))

      Delete
  5. assalam kak Ina,sedapnya layan pop corn sambil tengok movie hehehe.Hmm hidup subur pokok jagung tu.Nnati kalau dah mmbuahkan hasil..lagi la best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Lina...betul3, sambil berangan2 mcm dlm cinema la konon...setakat ni nampak subur pokok jagungnya. hrp2 hasilnya tak mengecewakan. wait n see je lah..:))

      Delete
  6. Waaa.....jagung tanam sendiri ke Ina? Patut pun rajin buat pop corn, akk takut la.....bunyi meletop tu..

    ReplyDelete
  7. Bior betui kak zana!! pokok jagung pun baru nak membesar tuuu... :))

    ReplyDelete