Wednesday, October 24, 2012

HIRISAN DAGING SATE BAKAR CICAH KUAH KACANG SPECIAL


Assalamualaikum....Panjang berjela2 tajuk resepi I ni kan! Kadang2 tu (actually..selalunya) dah tak reti nak letak apa tajuk diatas tu. Macam la banyak sangat entry kat sini sampai nak kata dah tak reti nak bagi tajuk..kelakar la sangat..hahaha..(baik ngata diri sendiri dari mengata org kan!!!)

Daging bakar ni dibuat sebab I dah takde idea nak buat apa dengan seketul daging yang my hubby beli aritu. Bahagian lidah, i tell u...Awat la my hubby ni suka sangat beli daging part ni. Last time pun ada dibelinya & dok terperap lama dlm freezer..(cerrr tengok kalau rajin n3 masak tomyam tu). Ingatkan bila tengok I dah buat tak peduli daging part tu, dia jadi serik nak membelinya rupa2nya tidak..

Nak senang cerita, demi nak kosongkan my freezer yg beso gedabak tu (rimas bila tengok freezer penuh mcm2 ni) maka jadilah daging bakar ni. Malu pulak nak ngaku yang daging part ni selepas dibakar rasanya sangat2 la sedap, lazat sehingga menjilat jari...Disebabkan kat rumah I ni selalunya ada stok bahan2 masakan so sempat lagi buat kuah kacang & rebus ketupat yg instant tu... Kiranya makan beriya2 la pulakk.

Senang je nak buat...janji semua bahan2nya mesti ada. Lebih lama kita perap daging ni lebih sedap la dia. Kalau sesiapa yg tak tahu rasa part lidah ni...emmmm very juicy, moist & tender....Bahan2 dia boleh tengok dibawah ni ya :))



BAHAN BAHANNYA
  • Ketulan daging bahagian lidah (dikelar2 sedikit luarannya)
  • 3 sudu besar gula
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih

BAHAN KISAR
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 2 batang serai

CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Kisarkan kesemua bahan2 kisar sehingga betul2 lumat & gaulkan biar sebati dengan gula, garam, serbuk kunyit, jintan manis & jintan putih.
  2. Bahan perapan diatas dilumurkan keseluruh bahagian daging dan diperap selama 1 jam atau lebih, jika nak perap semalaman dalam fridge pun boleh.
  3. Panaskan oven pada suhu 200C dengan menggunakan grill function, masukkan daging ke dalam dulang pembakar dan masak didalam oven
  4. Selang 1/2 jam terbalikkan daging & masaklah sehingga daging betul2 masak & garing. Ambil masa selama lebih kurang 1 1/2 jam atau lebih, bergantung pada oven masing2
  5. Apabila sudah cukup masak, keluarkan dari oven dan hiriskan nipis2 sebelum dihidangkan.


KUAH KACANG SPECIAL

BAHAN BAHANNYA
  • 2 cawan kacang tanah 
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air

BAHAN2 YANG DIKISAR (DIGORENG DAHULU BARU KISAR)
  • 5 ulas bawang besar (dibelah 4 setiap satunya)
  • 2 cm halia (dihiris2kan)
  • 10 tangkai cili kering ( dikerat2, buang bijinya & rebus sebentar untuk melembutkan)
  • 1 sudu besar udang kering

CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Mula2, panaskan minyak dan goreng kacang tanah dengan api perlahan sehingga masak & garing
  2. Dengan lebihan minyak tadi gorengkan kesemua bahan2 kisar sehingga garing. Gorengkan udang kering secara berasingan
  3. Biarkan sejuk seketika dan kisarkan bahan2 yg digoreng tadi sehingga betul2 lumat
  4. Kacang tanah pula ditumbuk dengan lesung sehingga naik minyaknya (boleh juga nak kisar tapi jangan terlalu halus) Kuah kacang lebih sedap jika ditumbuk secara manual
  5. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (cukup2 utk menumis kerana bahan2 tumisnya yg dikisar sudah mengandungi minyak), tumiskan bahan2 kisar tadi sehingga garing
  6. Masukkan kacang tanah yang sudah ditumbuk tadi dan kacau2kan lagi. Tambahkan 1 cawan air
  7. Biarkan ia merenih sebentar baru dimasukkan gula pasir, gula merah, garam secukup rasa dan terakhir air asam jawa
  8. Masak dengan api perlahan selama 1/2 jam sambil dikacau2kan. Tutup api apabila nampak sudah naik minyaknya ke atas dan warna kuahnya bertukar sedikit kegelapan. Hidangkan dengan nasi impit, sate atau apa sahaja yang anda sukai.

5 comments:

  1. Ala...teringin gak nak makan. Nampak sungguh menyelerakan. Tapi bila citer pasal lidah, apasal lidah saya pulak yg rasa nyilu? Kalau sy tukar dgn daging biasa pun ok kut.... Kan kak?

    ReplyDelete
  2. Ala...teringin gak nak makan. Nampak sungguh menyelerakan. Tapi bila citer pasal lidah, apasal lidah saya pulak yg rasa nyilu? Kalau sy tukar dgn daging biasa pun ok kut.... Kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde masalah jika nak tukar dgn daging biasa pun boleh jer..Selamat mencuba ya :))

      Delete
  3. sedapnya..respi nii nak cuba laa...Tq sudi kongsi...:) sis boleh follow saya balik..TQ..:)
    http://shaheina.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba...jgn tak cuba tau!! Nanti free akak jenguk Eina ya..maceh sudi singgah sini :))

      Delete