Wednesday, September 5, 2012

ITIK RENDANG HITAM



Assalamualaikum pembuka bicara...Anda semua apa khabar? Didoakan semuanya sihat2 hendaknya. Akhirnya tiba juga masa yang sekian lama dirindui..iaitu mengupdate blog ini. Terima kasih atas kesudian teman2 & pembaca yang hadir di sini walaupun tiadanya entri terbaru. Maaf sangat2 kerana lambat membalas komen dari teman2 tersayang. Insya Allah akak akan segera membalas kunjungan anda ya! 

Alhamdulillah, sepanjang ketiadaaan akak segala onak duri telah berjaya akak tempuhi. Syukurlah kesibukan kali ini benar2 mengajar akak erti kesabaran. Dalam akak menyediakan pelbagai menu yang ditempah pelanggan sepanjang Ramadhan, memang tak menang tangan dibuatnya. Penatnya Allah saja yang tahu. Sudahnya elok je beberapa hari berhariraya, akak mula rasa bisa2 diseluruh badan. Bermula dengan sakit tekak, disusuli dengan demam beberapa hari disertai juga dengan batuk yang tiada henti. Udah la tengah tak sihat, datang pula beberapa tempahan musim raya pulak, ada rasa macam nak pengsan bila nengokkan menu yang diminta pelanggan. Tetapi, bila fikir2kan rezeki jangan ditolak, musuh pula jangan dicari..akak pun terima semua tempahan walaupun belum betul2 sihat lagi. Elok2 je dah nak baik terus akak demam balik...huhu...sedihnya....:((

Dari semalam kesihatan akak dah kembali normal, batuk pun dah semakin hilang..syukur Alhamdulillah. Dapatlah akak menapak semula ke sini. Insya Allah nanti nak BW semula, terubat rindu & terhibur rasanya bila dapat tengok menu teman2 semua, yang sudah semestinya lazat2 belaka. Dalam sibuk2 tu akak sempat juga buat 3 jenis biskut raya, demi anak2...Baru beberapa hari raya semua dah licin (itu tandanya sangat2lah sedap biskut raya mama tu kannn....walaupun sebenarnya biskut raya yang biasa2 & simple jer)

Oklah..berbalik pada gambar ni pula adalah rendang itik yang pertama kali akak memasaknya. Beberapa tahun yang lalu akak pernah masak kari itik tapi bila compare dengan rendang ni ditekak akak rasanya sedap lagi dimasak begini. Daging itik ni akak beli di Mydin bahagian frozen. Itik frozen tapi rasa dagingnya tetap sedap, manis & lembut. Walaupun saiznya L, tapi takde lemak, cuba kalau ayam saiz gemuk & besar dah tentu banyak lemaknya. Idea resepi ni pula akak dapat dari Majalah Mingguan Wanita edisi Aidilfitri. Resepi tradisi dikatakan dari Johor asalnya menggunakan ayam. Jom tengok resepinya yang akak olahkan mengikut citarasa akak...
 

BAHAN BAHANNYA
  • 1 ekor ayam - (saya guna 1 ekor itik)
  • 3 keping asam gelugor
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 mangkuk santan dari sebiji kelapa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • 1 cawan kicap lemak manis
BAHAN KISAR
  •  15 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 tangkai cili padi (saya tambah)
  • 100 g kismis hitam
  • 3 batang serai
  • 4 cm lengkuas
  • 4 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan semua bahan2 penumis seperti kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih & bahan2 kisar sehingga kekuningan
  2. Masukkan rempah daging, kacau2kan sebentar dan apabila sudah garing masukkan santan, kicap dan itik 
  3. Biarkan merenih sehingga daging itik menjadi lembut lalu dimasukkan pula kerisik, kacau2kan lagi dan tunggu sehingga rendang menjadi pekat
  4. Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula, sesuaikan rasa ikut citarasa masing2. Masak rendang sehingga agak kering dan sedia untuk dihidangkan.










    Akhirkata..... 


    SeLaMat HaRiRaYa AiDilFiTRi DaRi KaK iNa SeKeLuArGa 

    & MaaF ZaHiR BaTiN

    6 comments:

    1. assalam kak Ina..tak sihat rupanya.Saya doakan akak cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang bepanjangan..Banyakkan berehat..ni mesi byk sangat tempahan kek dan katering..jaga kesihatan taw..

      Hmm menarik tu itik rendang.sy ni itik pun dah lamaaaaa sangat tak mkn,kalau masak rendang mesti lagi sedap sbb isi itik ni liat2 manja sket kan dr ayam

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikumussalam Lina, terima kasih doa tu ya! Mcm tu lah kalau brniaga ni..kalau rehat bnyk sgt pun susah nanti..hehe..Sesekali mkn itik ni mmg best, tp anak2 prefer ayam lg.. :))

        Delete
    2. Selamat hari raya Ina, akk rindu komen ina. Tak sihat ye...rihat la. Bdn nak guna lama. Akk pun tak sihat ni, bdn sakit....lemah....kurang rihat sejak puasa hari tu.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Selamat Hari Raya juga buat kak Zana sekeluarga. Rindu sgt nak komen tau tp tu la bila dah tak sihat mmg lemau rasanya kan! Hrp kak Zana pun dah sihat mcm biasa yea.. :))

        Delete
    3. salam lebaran & maaf zahir batin gak wat azlina sekeluarga ye!

      ReplyDelete
      Replies
      1. Terima kasih buat kak Ina, puan doc yg rajin memasak! Salam Aidilfitri juga buat kak Ina sekeluarga. :))

        Delete