Monday, February 27, 2012

AYAM MASAK SEMUR BALI


Assalamualaikum...Anda semua apa khabar? Mudah2an anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera & sentiasa bersemangat di dalam meneruskan apa sahaja pekerjaan yang dilakukan, semoga diberkati Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. Tidak kira sama ada kita sebagai anak, ibu, isteri, suami, pekerja atau pun majikan..masing2 memikul tanggungjawap yang telah diamanahkan dan perlulah dilaksanakan mengikut syariat yang ditetapkan Allah.

Resepi kali ini adalah masakan ayam yang memang sangat menyelerakan & terasa kelainannya, tambahan akak memasak lauk ini untuk dimakan dengan nasi briyani. Akak dapat resepinya dari dapur Maklong....pertama kali masuk kedapurnya dan terus terpikat dengan resepi ayam semur balinya ni & menurut Maklong resepi ni asal dari emaknya. Terima kasih akak ucapkan kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ini & izinkan akak berkongsi di sini pula yea! Kepada sesiapa yang ingin merasai kelazatan ayam semur bali ni, haruslah cuba memasaknya...Selamat mencuba :))



BAHAN BAHANNYA

  • 1 ekor ayam potong 14
  • 2 sudu kerisik
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
  • 1 cawan kicap (akak guna kicap lemak manis)
  • 1 cawan cili kisar
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • perasa ajinomoto (akak x letak & ganti dengan sedikit garam)
  • gula (akak letak 1 sudu besar gula)

BAHAN KISAR
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA

  1. Gorengkan ayam sehingga betul2 masak & tidak perlu sampai garing sangat. Akak lumurkan sedikit kunyit sehingga rata terlebih dahulu.
  2. Tumiskan kesemua bahan yang dikisar dengan sedikit minyak masak, biarkan sehingga kekuningan kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan cili kisar.. tumiskan hingga terbit minyak
  3. Masukkan pula bawang goreng tumbuk, santan, kerisik, kicap, garam dan sedikit gula
  4. Terakhir masukkan ayam, gaulkan sehingga rata dan sedia untuk dihidangkan


13 comments:

  1. salam K.ina,kat umah atie klu anak2 balik becuti mmg hari2 mkn ayam..jemu.
    Anak2 xder..kami cuma mkn ikan/daging jer :D

    ReplyDelete
  2. salam ina..
    terima kasih kerana sudi mencuba resepi maklong..
    maklong pun dah lama tak masak semur bali.. rasa teringinlah pulak..
    salam kenal dan follow..

    ReplyDelete
  3. Azatiesayang..Memang sama dgn anak2 akak jugak, hari2 mkn ayam pun x jemu2...tukang msk je yg dah jemu memasaknya..:))

    Along Maklong..Terima kasih kembali ya kerana sudi kongsi resepi yg mmg menyelerakan ini. sedap sgt2...salam kenal jua dari saya :))

    ReplyDelete
  4. Salam...rasa lapar bila tengok lauk akak ni, minta izin salin resepinya ya kak..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irma..Resepi mmg utk dikongsi sesama kita. Cuba la..mmg sedap rasanya, thanks :))

      Delete
  5. assalam kak Ina..aish nengok gaya persembahan cam menu mkan beradap jerr..Nmpk sedap sangatttt..masuk list dulu, byk sangat awaiting list ni.
    Menu ayam kompom dapat sambutan kat umah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Lina..nak buat utk mkn beradap pun boleh sgt ni..xpe2 masuk list tu dulu..sama mcm akak, list dah panjang berjela2, semua tengok semua nak ditry..pelan2 kita masak yea Lina... :))

      Delete
  6. Replies
    1. Yang akak masak ni 14 ketul dari seekor ayam..ikutlah nak mkn 14 org jadinya seketul sorang je la ya..:))

      Delete
  7. mcm best je.nk cuba la..halalkn resipi ye

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah,dah try.suami pun cakap sedap.lagi2 guna Ayam Hijrah

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah,dah try.suami pun cakap sedap..lagi2 guna Ayam Hijrah.

    ReplyDelete