Friday, February 11, 2011

CUCUR UDANG RANGUP

Assalamualaikum....Dah beberapa hari jugak tak dapat menjenguk kesini gara2 sibuk dengan tempahan katering. Hari ni pun sampai ke petang kerja membasuh & mengemas, Alhamdulillah selesai dah semuanya...lega betul lah!!! Ni hidangan yang famili akak makan sebelum Maghrib tadi. Agak lambat makan petangnya sebab makan tengahari pon dah terlajak sampai ke 3 petang. Biasa la kalau hari Jumaat ni memang agak kelam kabut suasananya. Seronok tengok anak2 menghadap cucur udang ni sebab memang favourite depa. Macam biasa la resepi dia akak letak kat bawah ni ok!!! BAHAN BAHAN
  • 1/2 kg tepung gandum (diayak)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 300 g udang sederhana saiz dibersihkan & tak perlu dibuang kulit
  • Segenggam udang kecil ditumbuk sehingga lumat
  • 2 cawan air
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • Secekak daun kucai dipotong2 pendek
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali udang yg tak perlu dibuang kulit dan gaulkan sehingga betul2 sebati
  2. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng
  3. Guna senduk kecil dan sendukkan adunan cucur letakkan beberapa ekor udang diatasnya dan tuangkan ke dalam minyak panas dan buat agak leper supaya garing hasilnya nanti
  4. Terbalikkan supaya garing dikedua2 bahagian dan angkat apabila sudah betul2 garing gorengannya. Sedap dicicah dengan sos kegemaran.

4 comments:

  1. salam....
    feberetss mr.mama tu...
    kena ada kuah kacang memang masyuk la...

    ReplyDelete
  2. perghhh sedapnya cucur ni..kena lak nga kuah kacang memang best ni...tapau skit kak..hehe

    ReplyDelete
  3. bila tengok cucur udang ni, dah lama akak tak buat. Akak suka cucur udang dengan kuah kacang tapi kat Kuantan ni payah sikit nak cari

    ReplyDelete
  4. Mr Mama,cucur udang ni mkn dgn sos cili sebab anak2 tak suka kuah kacang.Owh favourite yeaa...meh le amik 4-5 ketui..hehe

    Nieza punya pasal cakap je banyak mana nak tapau, no problem...ni siap dgn kuah kacang pun boleh...

    Kak Aidah, kdg2 tu memang lebih senang kalau beli je kan..kuah kacang tu kita buat je sendiri, buat mcm pes kalau nak mkn kita bancuh je la...

    ReplyDelete