Wednesday, January 12, 2011

PUFF PASTRY SOSEJ

Assalamualaikum & salam petang.....Petang tadi waktu susun barang2 dlm freezer terjumpa pulak kulit puff pastri yang dah berbulan2 akak beli. Lambat lagi expire tapi buat je la sebab senang punya kerja. Budak tahun 1 pun boleh buat rasanya kalau diajar, betul tak? Anak2 memang suka makan puff sebegini. Yang ni akak letak sosej ayam kat dalamnya. Lagi setengah jam dah nak masuk waktu Maghrib, so permisi dulu ya.... 

BAHAN BAHANNYA
  • Beberapa kepingan puff pastry
  • Sosej ayam secukupnya
  • Sedikit Mayonis
  • Kuning telur
CARA MEMBUATNYA
  1. Ambil sekeping puff pastry dan sapukan sedikit mayonis di atasnya
  2. Letakkan sosej di atasnya dan cantumkan pastri itu dengan menggulungkannya dengan kemas
  3. Kelar2kan sedikit di atas puff tu dengan pisau
  4. Sapukan kuning telur diatasnya
  5. Masukkan ke dalam oven 180C selama 20 minit
  6. Tunggu sejuk sebentar dan boleh la diangkat untuk dinikmati.

2 comments:

  1. akak..nak 2 ketui..bebudak kat rumah ni tak reti makan lagi.mood nak buat pun takde..tumpang kat sini jela makan ye.heh

    ReplyDelete
  2. Izah nak 2 ketui je ke? nak lebih pon boleh..xpe la Izah, mai mkn kat cni je, ok!

    ReplyDelete