Monday, January 31, 2011

KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS

 
Assalamualaikum....Dah lama teringat nak buat kek lapis asam manis ni...haw flakesnya dah berapa kali beli, biskut marienya pun dah lama tersimpan di kabinet dapur akak tu. Dah berapa kali pun haw flakes ni habis kena makan dengan anak2 tapi tak terbuat2 jugak kek ni. Akhirnya, semalam terlaksana jugak impian nak melapis kek ni. 

Teringat dulu2 mama akak pun pernah buat kek ni, belajar dari seorang saudara di Taiping. Akak masih ingat lagi saudara akak ni siap demo buat kek ni depan akak dan mama akak. Masa tu akak ni masih belasan tahun. Wuishhh, lama betui dah tu kan!!! Resepi ni bukannya yang dapat dari saudara akak tu tapi dari tak lain dan tak bukan Dayang Jack yang memang terkenal dengan pelbagai kek lapisnya yang cantik2 belaka. Frust jugak sebab kek lapis akak tak secantik yang DJ buat tu. Anyway, dah tinggal separuh kek dikerjakan anak2 lepas balik dari sekolah kejap tadi. Sedap sangat kek ni....  

Resepinya akak copy dari SINI untuk future reference. Thank you so much pada DJ sebab sudi berkongsi resepi kek lapis yang sedap ni. Mesti kena buat lagi ni... 

SUMBER : DAYANG JACK

 Bahan bahannya
  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (akak kurangkan ke 160 g)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflakes secukupnya
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara Membuatnya
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit).
  6. Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis.
  7. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
  8. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.

Tak cantik pon takpe la, yg penting sangat2 sedap. Tapi, camne nak bagi dia cantik arrr ?

8 comments:

  1. assalamualaikum kak,

    ape khbr? DJ nk ucap trm ksh ats kesudian akak mencube resepi kek hawflake ni dan satu lg ayam kashmir. thanks a lot.

    akak, kek tu nampak gebuss sgt2, DJ cam boleh rasa dgn jari je ni...hehe. Dah cantik dah tu dgn kaler yg menarik. nampak berseni. xpe, kalau kurang memuaskan, next time boleh try lagi yer kak. mekasih byk2 yer. :)

    ReplyDelete
  2. assalam kak, memamng sedap kek ni...terasa2 jer lagi kesedapan mkn kek ni buat hari tu...saya mkn byk betul abis bertambah lemak dibdn ni...hehe

    ReplyDelete
  3. Wsalam DJ, Akak ni lepas mkn kek lapis ni bertambah2 sihat nmpknye...Kek tu mmg gebu sgt,puas hati membuatnya. Cuma kurang dari segi kecantikannnya tu... Maceh ya DJ sbb sudi kongsi resepi! :)

    Wsalam Nieza, Betul la...akak pon mkn sama bnyk dgn anak2..hihi..nak buat camne dah sedap kan!!! Tapi yg Nieza buat tu lg cantik la...

    ReplyDelete
  4. salam azlina..saya pun dah lama simpan keinginan nak buat kek ni..tapi asyik lupa je nak beli asam manis tu...

    ReplyDelete
  5. cantiknya kek....mas pun berangan nak buat..cuma tak buat2 jer lagi...he..he...

    ReplyDelete
  6. cantikkk sangat dah ni kak, nak cantik camana lagi? yg penting sedap, kan!

    ReplyDelete
  7. Wsalam suri solehah, esok pagi2 pegi beli asam manis tu yea!!! yg akak pulak dh beli bnyk kali tp x buat2 sbb semua dah masuk peyut anak2..

    Mas, tunggu apa lagi...buat la cepat. akak gerenti mesti anak2 Mas suka mkn kek ni..

    Umi, betui3...yg penting sodap!!! akak geram la asam manis tu tenggelam rupanya, mcm x cun je..xpe la nnt akak try lg...:)

    ReplyDelete
  8. Tips utk buat lapisan kek sekata..tekan stiap lapisan yv elah dikukus sblm docurak lapisan seterusnya...tips ni sy dpt ketika belajar buat kek lapis di miri...

    ReplyDelete