Tuesday, December 28, 2010

FRENCH FRIES WITH CHEESY CREAMY SAUCE

Salam semua.....Emmm sedapnya french fries cicah dengan sos keju nih!!! Tambah pulak makan waktu hujan yang macam tak nak berhenti2 sampai ke besok, Alhamdulillah, hujan kan rahmat dari Allah. Dekat 1 bungkus kentang akak goreng, dah 2 nd round pun...takpe2 sesekali makan biar puas ya anak2ku...tapi takleh selalu makan benda macam ni, very fattening tau...ececehhh!!! Dari pemerhatian akak semasa cuti sekolah ni, badan anak2 akak dah bertambah2 berisi, kalau timbang mesti naik ber kg2 ni, which is not good for depa kan! So, yang bersalah dalam hal ni sudah semestinya akak lah kot :(( So, sesiapa yang rasa nak menambah lemak berkg2 kat badan boleh la try makan mcm ni hari2...(jgn harus diikut kata2ku ini...) RESEPI SOS KEJU BAHAN BAHANNYA
  • 10 kepingan cheese
  • 1/2 sudu makan serbuk cili
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan mentega

CARA MEMBUATNYA

  1. Kepingan keju dipotong kecil2
  2. Campurkan susu cair, serbuk cili, tepung gandum & 1 cawan air dan kacau2kan sehingga sebati, boleh jugak masuk semua dlm blender & blend hingga sebati
  3. Panaskan mentega sehingga mencair dengan api sederhana
  4. Masukkan kepingan keju tadi dan kacau2kan sehingga cair keju tersebut
  5. Masukkan campuran susu cair yang dikisar tadi dan kacau2kan selau hingga betul2 sebati
  6. Bila dah agak pekat boleh la ditutup apinya dan sedia untuk dihidangkan bersama apa saja makanan yang disukai

3 comments:

  1. Salam Azlina,
    nak tanya lah, azlina guna keju apa ye. mengancam betul nampak sos tu nak cuba buat lah

    ReplyDelete
  2. toce toceee..tq kak....dah lana nak recipe ni sbb ustaz kecik suke..mmmmm memang nampak sedap tu......:)

    ReplyDelete
  3. Wsalam kak Aidah, keju yg digunakan dibuat dari kelapa sawit & yg paling penting keluaran Bumiputra, brand dia x bape ingat kalau x salah Tja Cheese, selalu kalau beli simpan dlm tupperware, plastiknya terus dibuang..

    Ayu, cepat2 buat utk ustaz kecik tuuu, senang je nak buat pun kan...dah mkn yg cheesy2 ni kena aerobik 2 jam kot baru cair yg kat dlm bdn tu...:)

    ReplyDelete