Thursday, September 2, 2010

BARYANI DAGING

Assalamualaikum semua..semoga semuanya sihat2 saja menjalani ibadah puasa. Baryani daging ni dimasak untuk kenduri berbuka puasa di rumah mertua akak di Tapah semalam. Hidangan lain seperti nasi baryani gam yang dimasak oleh my hubby, dalca maghribi, pasembur dan ayam golek (hidangan wajib untuk kenduri tertentu sahaja di rumah mertua). Baryani daging ni memang antara masakan yang selalu akak masak semenjak baru2 kawin lagi (sekarang dah lama kawinnya, 15 tahun dah..)

 Dulu sewaktu zaman pekerjaan lagi acara masak-memasak ni memang dah tak asing lagi untuk akak dan hubby. Walaupun kedua2 kami ni bekerja di bank tapi kalau nak tau air tangan kami kenalah tanya pada yang pernah merasanya. Ada segelintir orang yang tertanya2 sewaktu baru buka restoran dulu (ni org yang tak betul2 kenal kami le...) reti ke orang kerja bank ni bab masak2, boleh masak ke, eh..eh..kesian pulak akak pada depa yang bertanya tu!! Bagi akak soalan tu tak payah la dijawap, buat penat mulut je...

Meh layan resepi baryani kat bawah ni,..


 BAHAN BAHANNYA
  • 1 kg daging lembu / kambing (potong sederhana besar dan rebus dahulu)
  • Bahan penumis 4 sekawan
  • 2 labu bawang besar dimayang halus
  • 12 biji bawang merah *
  • 5 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 6 biji badam *
  • 3 sudu besar rempah baryani (akak guna rempah mamak)
  • 1/2 cawan susu cair + perahan 2 biji limau kasturi
  • 3 biji cili hijau dibelah tengah
  • 5 biji tomato dibelah 4
  • 1 helai daun pandan dicarik dan disimpulkan
  • 2 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar minyak biasa
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak sapi & minyak biasa dan tumiskan rempah 4 sekawan bersama2 bawang besar dan daun pandan sehingga wangi dan agak layu. Masukkan bahan2 yang dikisar tadi diikuti rempah baryani dan kacau rata.
  2. Tambah sedikit air dan masak hingga agak garing rempahnya.
  3. Masukkan daging dan air rebusannya dan tunggu hingga mendidih agak lama supaya sebati rempah dan daging tu.
  4. Masukkan susu cair, diikuti cili hijau dan tomato.
  5. Bila kuah dah agak pekat masukkan garam dan gula secukupnya ikut citarasa sendiri 
  6. Dah mendidih, tutup api dan sedia dihidang bersama nasi kegemaran masing2.

1 comment:

  1. Ya Allah sedap nyer kak.....nasi beryani daging kan? Ayu masih terpaku dgn bunga dahlia kak ni, cantik, lepas masak pun tak peroi...comey jer...

    ReplyDelete